Followers

Saturday, November 26, 2011

Petua Untuk Menyayangi Seseorang


Kadang-kadang bila kita suka & cinta seseorang, belum tentu orang tu pun sama juga perasaannya mcm apa yg kita rasa. Mesti hampa kan kalau mcm tu. Tapi kadang-kadang kita tak berapa syg dia, dia pula sayang kita, pun rasa tak best juga kan. Biarla sama-sama menyayangi, barulah lahirnya perasaan cinta antara satu sama lain dan bahagia bersamanya. Namun, bukan sukar untuk menyayangi seseorang. Jadi, untuk belajar menyayangi seseorang, ada beberapa petua yang anda boleh cuba :

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. 

Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. 

Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. 

Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. 

Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. 

Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. 

Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji 

Menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA 

Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. 

Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda 

Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 

Namun, apa jua yang kita usaha untuk memenangi hatinya atau lebih menyayanginya, jangan lupa doa kita kepada Allah s.wt.. Allah mampu mengubah segala-segalanya walau sekelip mata. :)


Friday, November 25, 2011

Takut Tak Temu Jodoh



SEPERTI wanita lain, saya inginkan wajah idaman dan setiap kali melihat gambar atau rupa wanita cantik, saya melihat ketidakadilan.
Terasa tidak adil dunia ini kerana ada wanita yang dilahirkan cantik sedangkan saya dilahirkan dengan wajah yang hodoh. Hidung penyek, mata sepet, muka tidak licin dan badan gemuk. 
Pernah ada memanggil saya dengan nama atau gelaran tidak elok. Apakah orang hodoh saja yang selalu menerima gelaran dan panggilan tidak elok? Bukankah mereka layak hidup bahagia sama seperti orang lain.

Rupa wajah pelakon dan penyanyi sering kali menjadi idaman saya. Ada juga saya lihat wanita yang berusia, tetapi wajah mereka nampak muda. Begitu juga suami tua, tetapi isterinya muda.



Dunia seakan-akan sudah terbalik. Mana logiknya. Saya cemburu sedangkan saya yang masih muda ini tetap hodoh.


Saya juga sangat takut kerana beranggapan tiada lelaki yang ingin menjadi suami saya.

Saya trauma dan takut tidak akan mendapat pasangan hidup. Bantulah saya.

RENDAH DIRI
Melaka




TIDAK semua orang mengambil berat terhadap rupa paras orang lain. Setiap orang sibuk dengan urusan hidup mereka sehingga terlupa dengan kehidupan orang lain. Ini termasuk mengambil berat terhadap paras rupa.

Alam kehidupan bersifat berlawanan. Lawan cantik ialah hodoh, lawan baik ialah jahat dan lawan putih ialah hitam.

Mengenai soal ketidakadilan, ia lebih kepada bagaimana adik menerima rupa paras adik. Jika bersyukur atas kurniaan Tuhan, soal ketidakadilan tidak timbul. Malah, adik akan menerima kebahagiaan tanpa mengira rupa paras.

Insan yang baik akan menghargai orang lain seadanya. Gelaran yang tidak elok tetap diterima tanpa mengira siapa orang itu. Hodoh atau tidak ada juga wanita cantik yang menerima gelaran tidak baik.

Mengenai gelaran yang diterima, ia bukan soal orang yang menerima gelaran itu. Ia lebih kepada sikap orang yang memberi gelaran.

Individu yang memberi gelaran tidak baik tidak menghormati apa yang dimiliki orang lain. Ada ahli psikologi melihatnya sebagai masalah dalaman kerana individu ini berasa dirinya hebat dan melihat orang lain sebaliknya.

Mengenai wanita yang makin tua umur makin muda rupa, ia menunjukkan sikap dan mentaliti bagaimana ingin melalui kehidupan dan usia mereka.

Usah cemburu kerana walaupun luaran dan wajahnya nampak cantik, dirinya tetap wanita berusia dengan pelbagai isu-isu tersendiri dialami.

Berbalik kepada lelaki tua hodoh yang mendapat pasangan muda, ia adalah soal pilihan dan jodoh.

Berbalik kepada persoalan adik yang ‘hodoh’, ia bersifat fizikal dan luaran. Untuk mengubah ‘kehodohan’ adik, minda adik boleh membuatkan adik melihat perkara yang seperti diinginkan.

Jika ingin diri cantik, ubah minda untuk menukar rupa paras adik yang ‘hodoh’ kepada cantik. Ia semuanya satu permainan minda. Adik perlu mengubah minda itu. Walaupun, ia memerlukan proses dan masa, jika adik bersungguh-sungguh melakukannya, akan mendapat satu corak pemikiran yang positif.

Sekiranya ada formula yang menyatakan wanita cantik adalah untuk lelaki kacak, tentu formula juga mengatakan wanita yang hodoh adalah untuk lelaki hodoh.

Jika mengikut formula ini, tentu akan ada lelaki hodoh untuk menjadi pasangan hidup adik. Realitinya, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Ia tidak mengikut sebarang formula. Yakinlah dengan ketentuan Tuhan dan soal jodoh.



p/s : Setiap manusia mempunyai kecantikan tersendiri. Istilah 'cantik' itu berbeza menurut pandangan setiap orang. Allah sudah menetapkan jodoh masing-masing. Jadi, jgn khuatir jika belum bertemu jodoh, pasti akan datang jua. Teruskan berdoa, peace! :)




sumber: http://www.hmetro.com.my

Trofi Milik Anuar Zin


TUKAR TANGAN...(dari kiri) Edry, Yuna dan Anuar Zain pada sidang media rasmi AIM di sebuah hotel, semalam.


KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.


Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.


Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.



Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.


Thursday, November 24, 2011

tips bakal pengantin

Biasanya cuti-cuti sekolah mcm ni, ramai yang plan nk wat majlis kahwin kan.. terdapat 44 pantang larang untuk bakal pengatin.. check it out! :)



1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabukan utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.


2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.


3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.


4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.


5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.


7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak  diri dari perkara sihir.


8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.


9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. 


10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.


11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.


12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)


13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.


14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid.


15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.


16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.


17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.


18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.


19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.


20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.


21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.


22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.


23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.


24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.


25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.


26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.


27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).


28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.


29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.


30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.


31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.


32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.


33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.


34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.


35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.


37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.


38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.


39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.


40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.


41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.


42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.


43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.


44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.


Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Take note ya.. :)



source : http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/05/44-pantang-larang-bakal-pengantin.html

cerita lawak

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita 2

Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Cerita 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Cerita 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Wednesday, November 23, 2011

10 tabiat rosakkan otak

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.




Antara 10 tabiat yang boleh merosakkan otak ialah : 



1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. 



2. Terlebih makan


Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


 jangan jadi macam ni pula ya.. bukan lagi boleh merosakkan otak, 
diet juga tak seimbang dan kesihatan turut terjejas.



3. Perokok


Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.


Ini contoh perbandingan otak yg sihat dengan otak individu yang berpenyakit Alzheimer. 


4. Penggunaan gula yang berlebihan


Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Selain mengganggu perkembangan otak seseorang, kesihatan seseorang turut akan terjejas.



5. Pencemaran udara


Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 



6. Terlebih tidur


Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

Tidurlah dalam kadar waktu yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel otak berkembang dan kita dapat melakukan aktiviti yang lebih berfaedah.



7. Menutup muka ketika tidur


Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 



8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat


Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Persan tak, semasa sakit, selepas makan ubat kita akan mengantuk sebabnya nak suruh badan dan otak anda berehat. Bila dah sihat, boleh teruskan kerja anda.



9. Kurang berimiginasi


Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.



Berimiginasi dapat meningkatkan kecerdasan dan keaktifan otak manusia.


10. Jarang berfikir


Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.





Jadi, jagalah otak kita supaya ia dapat berfungsi dengan baik, badan juga sihat dan hidup akan lebih sempurna. Insyaallah.. :-)

Tuesday, November 22, 2011

solat hajat

Kali ni nak share tentang solat hajat la.. hehe..



MAKSUD SOLAT HAJAT : 
Solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah swt 
sama ada ingin mendapat sesuatu kebaikan atau menolak sesuatu keburukan.

HUKUM:

SUNAT


Dalil Solat Hajat:

عن عبد الله بن ابي اوفي ان النبي (ص) قال  : من كان له الي الله حاجة او الي احد من بتي ادم  ، فليتوضأ وليحسن الوضوء وليصل ركعتين ثم ليثن علي الله  وليصل علي النيي (ص)  ثم ليقل  : لا اله الا الله رب العرس العضيم والحمدلله رب العلمين اسألك موجبات رحمتك  وغزائم مغفرتك، والغنيمة من كل بر والسلامة من كل ذنب ، لا تدع لي ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته  ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها  يا ارحم الراحمين .
                                                                         ( رواه الترمذي  )                                                                                                             
Maksudnya : 

Abdullah bin Aufa meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada anak Adam, hendaklah menyempurnakan wuduknya. Kemudian hendaklah solat 2 rakaat serta memuji AllahS.W.T. , Bersalawat kepada Rasulullah & berdoa  : " Tiada tuhan  selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong & segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmatmu, keampunanmu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosaku, hilangkanlah kesusahanku, penuhilah hajatku yang Engkau redai, Ya Allah yang maha penyayang lagi  maha mengasihi" 


TUJUAN SOLAT SUNAT HAJAT

Melatih diri sentiasa berharap kpd pertolongan Allah swt ketika senang atau
 susah.

Mengakui kelemahan diri serta memohon sesuatu hajat kpd Allah swt.
mendekatkan diri kpd Allah swt.

Mengimbangi jiwa supaya reda menempuh sebarang ketentuan Allah.

Memohon hajat utk diri sendiri atau orang lain.


WAKTU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT HAJAT.

Boleh dilakukan bila-bila masa siang atau malam, kecuali waktu yg dilarang untuk melakukannya iaitu selepas solat subuh ketika matahari naik dan lai-lain-

.Lebih baik dilakukan pada waktu malam atau separuh malam



CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN  SOLAT HAJAT

  • Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya  pada niat
  • Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
  • Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah
       ( cara paling ringkas) ialah :

  1. Lafaz Niat  Solat Hajat :
اصلي سنة  الحاجة  ركعتين   لله  تعالي                                      
Maksudnya :  Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala

  1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram  :
    1. Baca doa iftitah
    2. Baca Al Fatihah
    3. Baca Surah Al Kafirun  1 kali.
    4. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
  2. Pada  Rakaat Kedua
    1. Baca Al Fatihah
    2. Baca Surah Al Ikhlas
    3. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
    4. Membaca Tahiyat  Akhir
  3. Memberi Salam
  4. Berdoa selepas memberi salam :
    1. Mulai doa  dengan lafaz  memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
    2. Setelah itu pohonlah  hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing  seperti  memohon kejayaan  cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll
Nota Tambahan :  
Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika  sujud  terakhir  tetapi berdoa di dalam hati sahaja  ( tidak boleh dilafazkan krn masih lagi berada  didalam solat- batal solat jika melafazkannya.

Hajat Juga boleh dipohon  di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi  salam ( boleh melafazkannya krn  telah keluar dari solat)

selamat beramal ! :)









yellow baby

mmg terbaik.. like like like.. sport n smart! :)

Finally, #PeroduaTweckbot is back! Imma get my Perodua car checked before I drive back to kampung!