Followers

Tuesday, January 31, 2012

Petua Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk


Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu 

makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan 

garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. 

Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.


Monday, January 30, 2012

Petua Mengempiskan Perut


Asam keping yang biasa digunakan dalam masakan juga boleh membantu anda untuk mengempiskan perut. Ambil sekeping asam keping dan rendamkan ke dalam air panas. Biarkan ia menjadi suam lalu diminum. Amalkannya pada waktu pagi dan malam. Insyaallah anda akan mendapat hasilnya. Selamat mencuba!


Petua Hilangkan Pijar Akibat Cili


Selepas memotong cili, jangan basuh tangan terlebih dahulu. Sebaiknya rendamkan tangan di dalam beras dan ramas beras tersebut sehingga rasa panas. Basuh tangan guna air. Selamat mencuba!





Sunday, January 29, 2012

Petua Elak Nasi Lemak Cepat Basi





Bagi mengelakkan nasi lemak daripada cepat basi, gunakan air masak ketika memerah kelapa yang telah dikukur. Setelah itu, jerangkan nasi pada api yang sederhana dan masa hingga sempurna. Hasilnya nasi lemak tidak cepat basi dan tahan sepanjang hari.










Petua Ikan Goreng Tambah Sedap


Jika anda mahu ikan yang digoreng tambah lazat, gorengkan terlebih dahulu asam keping di dalam kuali. Setelah itu, masukkan ikan yang hendak digoreng. Anda pasti akan merasa keenakan ikan yang telah digoreng. Cara ini juga boleh mengelakkan ikan goreng melekat pada kuali. Selamat mencuba!


Saturday, January 28, 2012

Sebelum Takluk Wanita, Baiki Kelemahan Diri

Menjalin hubungan cinta tidak semuanya manis belaka kerana akan ada onak ranjau yang perlu diharungi. Ada kalanya percintaan putus di tengah jalan kerana wujudnya pelbagai masalah seperti tiada persefahaman, berlaku curang dan sebagainya.


Untuk lelaki, sedikit tip untuk anda dalam menakluki hati wanita.

1. Jadilah pendengar setia

Lazimnya ramai yang boleh bercakap dan menuturkan apa sahaja tidak kira perkara itu bernas ataupun tidak. Silap-silap ia dilihat seperti menceceh kerana tiada idea yang boleh digunakan. Dalam memenangi hati wanita, jadilah pendengar yang setia kerana wanita sangat memerlukan lelaki begini. Bila mereka ditimpa masalah, mereka mencari orang yang mampu menenangkan jiwa. Lontarkan sedikit idea hebat anda, nescaya anda adalah lelaki idaman mereka.

2. Ingat Hari Penting

Lelaki dikatakan seorang yang pelupa terutama melibatkan hari penting yang berlaku dalam kehidupan orang yang disayangi. Usahkan hari lahir kekasih, silap-silap hari lahir sendiri pun boleh terlupa. Jadi jangan hairan kalau hari pertemuan, hari nikah dah sebagainya sudah pasti terlupa. Justeru itu, dalam mengetepikan signifikan bahawa lelaki pelupa. Anda mestilah mencatat segala peristiwa penting yang berlaku dalam hidup anda berdua. Barulah anda terus disayangi.





3. Saling Menghormati

Bukan saja anda perlukan aspek hormat ini tetapi wanita juga begitu. Kalau anda mahu diri anda dihormati, anda juga perlu menghormati dirinya juga. Sebenarnya ia tidak susah kecuali anda yang mahu menyusahkan sesuatu perkara tersebut.

4. Jangan Terlalu bersikap kebudakbudakan

Sama seperti anda yang tidak mahu mencari wanita yang bersikap kebudak-budakan, wanita juga mahukan perkara yang sama apatah lagi jika kala itu, usia mereka sudah memasuki 25 tahun ke atas. Ini kerana pada usia ini, bagi yang belajar sudah pun memperoleh ijazah dan mereka memerlukan lelaki yang matang dalam memasuki frasa perhubungan lebih serius iaitu perkahwinan. Jadilah lelaki yang matang di mata wanita dan andai anda jodohnya, nescaya anda akan menuju gerbang perkahwinan.


5. Jadilah Diri Sendiri

Ramai orang suka terikut-ikut dengan cara orang lain. Seolah-olah ia juga menjadi identiti mereka juga. Sebaik-baiknya jadilah diri sendiri, di mana wanita sebenarnya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung buat diri mereka. Lagi anda menunjukkan “sifat diri anda”, lagilah wanita akan tertarik.


6. Bersikap Sederhana

Biar papa asal bergaya. Ia sebahagian tabiat yang sukar dikikis baik lelaki mahu pun wanita. Mereka jarang mengukur kemampuan diri sendiri sebaliknya berbelanja melebihi pendapatan terutama yang menggunakan kad kredit. Untuk menjadi lelaki budiman, sebaikbaiknya bersikap sederhanalah dari segala aspek. Lagi anda merendah diri, lagi nilai anda akan lebih tinggi di mata wanita.



7. Kenali Diri Wanita Y
ang Anda Idamkan 

Mencari gadis yang baik tidak semudah membilang satu, dua atau tiga. Namun dalam mencari gadis idaman, anda perlu menilai diri anda juga. Anda tidak akan peroleh gadis yang baik kalau anda sendiri tidak berperangai begitu.


Sebaik-baiknya, berkenal-kenalannya terlebih dahulu. Tetapkan matlamat anda, apa yang anda inginkan daripada perhubungan tersebut. Kemudian tetapkan ciri-ciri yang anda ingini. Kalau boleh bukan saja mengenali dirinya tetapi belajarlah juga mengenal ahli keluarganya. Insya-Allah, hubungan anda akan berjalan lancar.


8. Jaga Penampilan Diri

Umumnya, jangan terlalu selekeh biar pun anda tidak dilahirkan sebagai lelaki kacak. Jaga kebersihan diri dan juga penampilan. Jika anda sukakan sesuatu yang cantik, wanita juga perlukan lelaki yang berpenampilan kemas dan segak. Rambut jangan dibiarkan terlalu panjang, begitu juga aspek kuku, bau badan dan sebagainya.



9. Bersikap Sensitif

Golongan wanita dikenali sebagai seorang yang mudah sensitif. Pantang ditegur sedikit, mulalah berkecil hati. Justeru itu, fahami sikap mereka barulah anda akan disayangi. Jika anda mencari wanita bersikap keibuan untuk dijadikan calon isteri, wanita juga mencari lelaki yang bersikap kebapaan untuk dijadikan calon suami. Bersikap lemah lembutlah dengan wanita kerana mereka dilahirkan sebegitu dan bukannya kasar seperti. Lagi pandai anda membelai dan menjaga hati mereka, lagilah anda akan dihargai.


Friday, January 27, 2012

Panduan Berjaya Menabung

Bagi sebahagian individu, walaupun mempunyai pendapatan yang tinggi, menabung boleh menjadi sukar untuk dilakukan. Hal ini kerana, berjaya atau tidak menyimpan  bukan bergantung kepada besarnya pendapatan, melainkan melakukannya dengan disiplin.

Jika anda termasuk dalam golongan yang sukar untuk menabung, panduan berikut boleh dicuba :

  • Tentukan terlebih dahulu tujuan menabung agar anda mempunyai sasaran tertentu yang harus dicapai. Dengan demikian, anda akan lebih bersemangat untuk menabung.
  • Asingkan segera dana yang akan disimpan setelah memperoleh gaji, bukan di akhir bulan untuk mengelakkan wang habis sebelum sempai disisihkan.
  • Berapa pun pendapatan anda, biasakan untuk menabung sehingga anda menghadkan ia sebagai satu kebiasaan. Pendapatan yang kecil bukan alasan untuk tidak boleh menabung.
  • Biasakan melakukan pengeluaran dengan jumlah lebih sedikit daripada pendapatan anda agar di akhir bulan anda masih mempunyai baki.
  • Buat senarai anggaran selama satu bulan, baik yang rutin atau tidak.
  • Jangan mudah rambang mata. Apabila anda mudah tergoda untuk berbelanja, jauhi perkara atau tempat yang boleh membuatkan anda menghabiskan wang di luar rancangan anggaran.
  • Apabila pendapatan bertambah, naikkan juga dana yang akan ditabung.
  • Tidak ada istilah terlambat untuk menabung. Mulai menabung seawal mungkin.

8 Cara Jauhi Radang Sendi

Statistik menunjukkan bahawa pengidap artritis mengalami hari-hari yang menyakitkan 3 kali ganda berbanding orang yang sihat. Proses penyembuhannya juga memakan masa dan menyakitkan. Di sini kami kongsikan 8 cara pencegahan artritis dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.

Minum Banyak Air 


Pergerakkan sendi melibatkan air yang cukup. Kurangnya air dalam badan akan  menjejaskan pergerakan sendi. 

Minum Jus Oren 



Antioksidan yang terdapat di dalam jus oren dikenal pasti dapat mengurangi risiko radang sendi.

Berjalan 


Sendi kita perlu aktif, sihat dan kuat.

Minum Susu



Umum mengetahui susu mengandungi kalsium yang diperlukan tulang.

Kasut Yang Sesuai 

Pakai kasut yang bukan setakat cantik dan bergaya tapi perlu baik untuk kesihatan dan struktur tubuh.


Senaman Di Pejabat 


Jangan duduk terlalu lama, sekali sekala bangun buat senaman ringkas, atau berjalan untuk mengaktifkan pergerakkan sendi.

Elakkan Angkat Barang Berat 

Tekanan yang terlalu berat pada sendi akan menyebabkan kesakitan sendi.


Ambil suplimen 

Minyak ikan dikatakan baik untuk mencegah artritis.



Setelah membaca, mari kita amalkannya. Harap perkongsian tip ini dapat dimanfaatkan bersama.

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

Thursday, January 26, 2012

8 Kesalahan Buat Wanita Kurang Menarik

Penampilan menarik tidak hanya dilihat pada solekan semata-mata, sebaliknya ia merangkumi segi berpakaian, gaya rambut dan sebagainya.

Oleh itu tidak sempurna penampilan seseorang jika menarik dari solekan tapi salah pula memilih pakaian. Ia sekali gus mempengaruhi imej seseorang. Berikut ini ada beberapa kesalahan yang sering kita lakukan dalam penampilan. Perhatikan dan elak dari melakukannya.

1. Pemerah Pipi Tebal

Kesalahan biasa dilakukan ketika bersolek adalah menyapu pemerah pipi terlalu tebal, terlalu banyak menggunakan bedak asas dan penggaris mata. Sebagai contoh, penggunaan bedak asas yang terlalu tebal menyebabkan wajah nampak tidak natural seolah-olah bertopeng. Sebaiknya, pilih bedak yang sesuai dengan kulit wajah dan sapukan tipis sahaja.

Penggunaan penggaris mata pula adalah untuk membuat bulu mata nampak lebih tebal. Justeru, pastikan anda menggunakan penggaris mata sedekat mungkin dengan bulu mata. Manakala untuk pemerah pipi, pilih warna yang tidak terlalu gelap atau terang dan pastikan ia sebati dengan warna kulit anda.


2. Baju Terlalu Kecil Atau Besar

Pemilihan baju juga mempengaruhi penampilan. Sebagai contoh, pemilihan baju kecil tidak akan membuatkan tubuh anda nampak kecil. Sebaliknya ia menyerlahkan lagi tubuh anda. Jadi pilih pakaian yang sesuai dan membuatkan anda tampil selesa tanpa rasa sempit atau terlalu besar.


3. Pakai Kasut Yang Salah Atau Sudah Usang

Walaupun letaknya di kaki, namun ia harus diberi perhatian supaya sentiasa bersih dan sesuai dengan saiz kaki. Pemilihan jenis kasut turut mempengaruhi cara berpakaian. Misalnya, jika anda bekerja di bahagian yang berhawa dingin atau di pejabat, kasut jenis bertutup sesuai digayakan. Menggunakan sandal, loafer tidak begitu sesuai sekiranya anda tampil dengan kot, blaus dan seluar slack.


4. Beg Tangan Ketinggalan Zaman

Menggunakan beg tangan yang ketinggalan zaman boleh menyebabkan penampilan anda nampak tua, dan kurang up-todate. Meskipun ia bukan satu keperluan tetapi dengan pemilihan beg tangan yang mengikut gaya semasa atau terbaru, ia menambahkan lagi keyakinan ketika anda berhadapan dengan orang ramai. Model beg tangan lama akan membuat anda dilihat old-fashion.


5. Rambut Tidak Rapi

Sesekali tampil dengan gaya rambut yang kurang rapi tidak mengapa tetapi jangan biasakan. Dalam pada itu pemilihan warna rambut yang tidak sesuai dengan warna kulit turut memberikan kesan yang kurang baik pada gaya penampilan anda. Seeloknya dapatkan bantuan dari pakar gaya salun sebelum memilih fesyen rambut.


6. Terlalu Setia Pada Jenama Tertentu

Sesetengah individu terlalu setia atau ketagih dengan produk tertentu sehinggakan dari hujung kepala hingga ke kaki menggunakan jenama yang sama. Untuk penampilan yang lebih profesional, dan sofistikated sebaiknya pilihlah produk yang sesuai dengan penampilan tidak kira apa jua jenis jenama. Jika ada antara teman mengagumi anda yang terlalu taksub dengan sesuatu jenama sahaja, pasti mereka bukanlah teman yang baik. Teman yang baik pasti akan menasihati andai ada penampilan teman lain yang dirasakan tidak sesuai.


7. Pakaian Tidak Sesuai Usia

Pemilihan gaya pakaian yang tidak sesuai dengan usia boleh merosakkan penampilan seseorang. Sebagai contoh, pemilihan gaya pakaian remaja, padahal usia anda lebih tua semata-mata untuk nampak muda adalah satu kesalahan dari segi berfesyen. Usia tua tidak bermakna anda tidak boleh berfesyen tetapi harus kena dengan caranya. Anda tetap dapat tampil bergaya misalnya dengan memilih busana dengan potongan dan rekaan unik, namun tidak terlalu banyak motif serta warna yang sesuai.

8. Penggunaan Warna Yang Tidak Sesuai

Aturan penting agar penampilan dilihat lebih menarik adalah mengenakan pakaian dengan warna yang sesuai dengan warna kulit. Memilih pakaian dengan warna yang salah, akan membuat warna kulit anda nampak kusam atau pucat serta tidak menyerlahkan penampilan. Sebaliknya penggunaan warna yang tepat akan membuat kulit kelihatan bersih.


Secara umumnya ton kulit terbahagi dua iaitu sejuk (cool) dan panas (panas). Cara yang paling mudah untuk mengetahui ton kulit anda adalah melalui pemilihan aksesori. Jika aksesori emas misalnya lebih sesuai, maka kategori kulit anda adalah jenis panas. Manakala, bagi anda yang lebih sesuai dengan aksesori seperti perak maka kulit anda termasuk dalam kategori sejuk.


Rumah paling pengotor










Setiap manusia ada bermacam-macam level tahap kebersihannya. Ada yang terlalu pembersih sampai kita naik lemas dan ada yang terlalu pengotor kerana dia tak kisah hidup dalam rumah yang bersepah.

Walau macamana sibuk pun anda jangan sampai rumah kita tidak berkemas lama sangat. Kalau dah banyak sangat sampah nak membersihkannya pun makan masa juga. Kikis sifat suka bertangguh sebelum rumah anda jadi macam rumah ni. Rumah ni boleh dikatakan rumah paling bersepah dalam dunia.



Monday, January 16, 2012

Rumah Berusia 103 Tahun Di Tengah Laut








Rumah ini benar-benar luar biasa. Bukan hanya kerana usianya yang telah 103 tahun tapi juga kerana dibina di tengah laut. Dikatakan rumah ini telah berdiri sejak 1905, tepatnya di atas batuan Rhode Island yang ada di tengah laut. Rumah itu selalu disebut Clingstone.

Rumah ini cukup besar dan tergolong selesa. Rumah tersebut dibina oleh JS Lovering Wharton dengan kos sebanyak 36.000 dolar , sepupu Henry Wood (79), yang kini menjadi pemiliknya.

Henry Wood membelinya dengan bekas isterinya pada tahun 1961 dengan harga 3600 dolar AS. Kemudian dia mengubahsuainya dan kini menjadi manson yang menarik dan nyaman dan telah didiami selama dua dasawarsa lebih.