Followers
Sunday, February 26, 2012
Saturday, February 25, 2012
Friday, February 24, 2012
Thursday, February 23, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Tuesday, February 21, 2012
Monday, February 20, 2012
Sunday, February 19, 2012
Saturday, February 18, 2012
Waktu Digalakkan Manusia Untuk Berdoa
Allah SWT telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu manusia begitu hampir dengan rahmat Allah SWT dan kurnia-Nya. Pada masa-masa ini manusia begitu dekat dengan Allah SWT, di mana pintu-pintu langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 masa sepertimana yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi SAW, iaitu;
1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali.
2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga pukul 5/6 pagi lebih kurangnya.
3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat.
4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah.
5. Masa selepas setiap solat fardhu.
6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa.
7. Masa turunnya hujan.
8. Masa berlakunya peperangan fi sabilillah. Ini jarang-jarang berlaku.
9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu dalam bulan Ramadhan.
10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9 Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Saya berpendapat (berdasarkan hadith-hadith), masa mustajab berkenaan adalah mengikut jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.
(Faedah disaring daripada kitab al-Wasiyyah al-Nabawiyyah lil-Ummah al-Islamiyyah fi Hajjah al-Wada' oleh Prof. Dr. Faruq Hamadah, hlm. 168-174)
sumber
1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali.
2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga pukul 5/6 pagi lebih kurangnya.
3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat.
4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah.
5. Masa selepas setiap solat fardhu.
6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa.
7. Masa turunnya hujan.
8. Masa berlakunya peperangan fi sabilillah. Ini jarang-jarang berlaku.
9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu dalam bulan Ramadhan.
10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9 Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Saya berpendapat (berdasarkan hadith-hadith), masa mustajab berkenaan adalah mengikut jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.
(Faedah disaring daripada kitab al-Wasiyyah al-Nabawiyyah lil-Ummah al-Islamiyyah fi Hajjah al-Wada' oleh Prof. Dr. Faruq Hamadah, hlm. 168-174)
sumber
Thursday, February 16, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Petua Meningkatkan Penghadaman
- Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.
- Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.
- Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.
- Jangan disulami minum air ketika makan.
- Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukos, yogurt dan lain lain.
Monday, February 13, 2012
Petua Hilangkan Bau Badan
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih.
Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang
mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan
setiap hari. Selamat mencuba!
Saturday, February 11, 2012
Tuesday, February 7, 2012
BIBIR Merah Bak Delima
Ramai yang mengimpikan bibir yang sinar dan berwarna kemerah-merahan secara semulajadi. Untuk mendapatkan bibir sebegitu, ambil sedikit madu dan sapukan bibir pada setiap malam. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan bibir yang menarik dan sihat. Selamat mencuba!
Monday, February 6, 2012
Mengilangkan Kesan Kotor Di Dalam Cerek
Jika sudah lama menggunakan cerek, perhatikan di bahagian dalamnya. Kesan karat di dalam cerek jelas kelihatan. Untuk menghilangkannya, anda perlukan soda bikarbornat. Masukkannya ke dalam cerek dan kemudian isi dengan air. Didihkan air tersebut seketika. Bilas dengan air bersih dan anda akan mendapati bahagian dalam cerek sudah kembali bersih. Selamat mencuba!
Atasi SINGKI Tersumbat
Singki yang tersumbat amat meresahkan. Terdapat cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini. Apabila air di dalam singki sudah tiada, ambil garam dan taburkan ke dalam lubang singki. Kemudian, jirus air panas perlahan-lahan. Jika diamalkan sellau, singki tidak akan lagi tersumbat. Selamat mencuba!
Sunday, February 5, 2012
PETUA Menghalau Lalat
Kehadiran lalat cukup mengganggu persekitaran. Lalat bukan sahaja pembawa penyakit malah kita pasti berasa tertekan dengan bunyinya yang membingitkan. Mudah sahaja untuk menghal;au laalat iaitu dengan mengambil secekak daun bawang dan juga daun sup. Letakkan di kawasan yang diohinggapi lalat. Cubalah!
KULIT LIMAU Mencantikkan Kulit
Sesudah memakan limau, jangan buangkan kulitnya. Kulit limau boleh dibuat skrub untuk menghaluskan kulit anda. Ambil kulit limau dan jemur sehingga kering. selepas itu, kisar sehingga hancur dan simpan di dalam bekas kedap udara. Untuk mendapatkan kulit badan yang cantik dan halus, ambil kulit limau yang telah dikisar tersebut dan campurkan bersama oat, susu dan madu. Sapukan pada kulit anda dan nikmati kesan yang mengagumkan. Selamat mencuba!
Kulit cantik macam Maya Karin, hikhik
Saturday, February 4, 2012
PETUA Mengilatkan Periuk
Apabila sudah lama menggunakannya, pasti bahagian bawah periuk bertukar warna. Untuk menghilangkan warna hitam pada bawah periuk anda hanya perlu dapatkan sabun mandi. Gosok menggunakan berus pada permukaan periuk yang hitam. Kemudian, bilas dengan air bersih. Ulang beberapa hari sehingga mendapatkan hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!
Thursday, February 2, 2012
STOP minum berdiri!
Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri?:)
Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer.
Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup
ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di
olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak
tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh
sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan
penyakit kristal ginjal.
Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi
umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR
MASAK..
1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan
organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu
fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan
darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke +
serangan jantung
Wednesday, February 1, 2012
Petua Untuk Kurus
JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG
Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.
Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT
Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
PILIH MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
DIARI PEMAKANAN
Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
CARA MASAKAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
PILIHAN PERKAKAS
Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
Petua Tercekik Tulang Ikan
- Kepal2kan nasi dan terus telan.
- Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.
Subscribe to:
Posts (Atom)