Followers

Thursday, October 31, 2013

ayat-ayat berguna dari al Quran Surah Al-A'raf

Khasiat Ayat 1-3 Surah Al-A'raf
-Akhlak yang baik

Khasiat Ayat 10 Surah Al-A'raf
 -Rezeki yang melimpah

Khasiat Ayat 26 Surah Al-A'raf
 -Mendapat taufiq

Khasiat Ayat 31 Surah Al-A'raf
-Aman dari sihir

Khasiat Ayat 43 Surah Al-A'raf
-Kasih sayang

Khasiat Ayat 47 Surah Al-A'raf
-Aman dari kezaliman

Khasiat Ayat 54-56 Surah Al-A'raf        
-Aman dari sihir dan makhluk halus

Khasiat Ayat 97-99 Surah Al-A'raf
-Terpelihara daripada serangga perosak

Khasiat Ayat 154 Surah Al-A'raf 
-Menghilangkan kemarahan

Khasiat Ayat 171 Surah Al-A'raf
-Menghafal Ilmu

Khasiat Ayat 200-201Surah Al-A'raf
-Menghilangkan was-was

sumber

Wednesday, October 30, 2013

Ayat-ayat berguna dari Surah Al-Maidah

Faedah umum
 -Aman dari kecurian -Hilang dahaga

Khasiat Ayat 7  Surah Al-Maidah        
-Penawar was-was

Khasiat Akhir Ayat 18 dan Ayat 20-21 Surah Al-Maidah 
-Menjadi seorang yang penyabar dan Qana'ah

Khasiat Ayat 63  Surah Al-Maidah  
-Membubarkan perhimpunan maksiat

Khasiat Ayat 89-101 Surah Al-Maidah 
-Penawar berdusta

Khasiat Ayat 112-114 Surah Al-Maidah  
-Murah rezeki dan pelbagai hajat

Tuesday, October 29, 2013

Ayat-ayat berguna daripada Surah Al-An'am

Surah Al-An'am      -Perlindungan

Khasiat Ayat 1-3  
-Penawar pelbagai jenis penyakit

Khasiat Ayat 13   
-Penawar sakit / pening kepala

Khasiat Ayat 17-18 
-Penawar sakit dada -Dukacita, kecewa

Khasiat Ayat 59   
-Menghadapi masalah

Khasiat Ayat 63-64         
-Ombak besar, angin kencang

Khasiat Ayat 75-79        
 -Fasih berpidato

Khasiat Ayat 95   
-Subur tanaman

Khasiat Ayat 96-97 
-Belayar dengan selamat

Khasiat Ayat 99  
-Perigi yang berkat

Khasiat Ayat 103  
-Meredakan angin ribut taufan 
-selusuh

Khasiat Ayat 122          
-Pengasih dan pendamai 
-Pembungkam Ular

Khasiat Ayat 141 
-Subur tanaman 
-Pelindung haiwan

Khasiat Ayat 160-162
-Selamat dari penipuan
-Penawar penyakit dalaman
-Penawar sakit mata

Faedah Umum Surah An-Nisa'

Khasiat Ayat 75  Surah An-Nisa'  -Perlindungan dari kejahatan
Khasiat Ayat 148-149 Surah An-Nisa' -Terjaga dari diumpat dan dikeji
Khasiat Ayat 174-175 Surah An-Nisa' -Menang berhujah

Saturday, October 26, 2013

8 Sebab Senaman Penting Untuk Wanita

Senaman penting untuk semua.  Lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Mengapa?  Kaum wanita melalui pelbagai fasa dan perubahan fizikal dalam kehidupan mereka dari zaman remaja dan bermulanya menstruasi ke fasa kehamilan, menjadi seorang ibu hinggalah ke tahap menopaus.  Fuh, pelbagai dugaan dihadapi oleh wanita! Apatah lagi bagi mereka yang juga bertugas sepenuh masa.  Di samping bekerja dan menjaga anak-anak dan rumahtangga, bila pula ada masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan sendiri?
Berikut adalah 8 sebab mengapa senaman itu begitu penting untuk wanita dan mengapa anda tidak boleh mengabaikannya lagi.

1.        Membantu mengurangkan berat badan
Ia adalah azam kebanyakan wanita di kala tahun baru menyapa.  Mahu mengurangkan 5, 10 atau 20 kg.  Senaman adalah satu aspek yang penting bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan.  Sekiranya anda telah memulakan pelan pemakanan yang sihat dan seimbang, senaman akan membantu dan mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan dan pembakaran lemak tersebut.  Dengan mengurangkan berat badan, anda akan mempunyai tubuh yang lebih sihat dan mengelakkan pelbagai permasalahan yang mungkin dihadapi sekiranya mempunyai berat badan yang tinggi atau obes.

2.       Membina kecergasan dan kekuatan tubuh
Sekiranya anda mudah berasa letih dan berasa lemah untuk mengerjakan aktiviti fizikal tertentu, senaman akan membantu membina kecergasan dan kekuatan tubuh anda.  Bayangkan anda dapat mengikuti aktiviti sukan syarikat anda dengan penuh bertenaga atau boleh bermain dan berkejaran dengan anak-anak anda.  Bukankah itu lebih baik daripada hanya duduk di  tepi sebagai penonton?

3.       Menjana tenaga
Anda sudahpun menghadapi hari yang sibuk dan tubuh anda hanya mahu berehat.  Tetapi banyak lagi kerja atau perkara lain yang anda perlu siapkan. Bagaimana? Percaya kah anda, senaman yang anda rasakan mungkin lebih meletihkan dan menyambar tenaga anda sebenarnya akan menjana lebih tenaga dan anda akan berasa lebih hidup!  Ini adalah kerana senaman itu menghasilkan endorfin dan adrenalin, hormon-hormon yang memberikan tenaga kepada anda.  Meskipun begitu, jangan bersenam terlalu lewat pada waktu malam. Anda mungkin terlebih tenaga dan sukar untuk tidur pula.

4.       Membantu menjaga kesihatan jantung, mencegah osteoporosis dan barah payudara
Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga di mana ahli keluarga anda menghadapi masalah jantung, osteoporosis atau  penyakit barah, mula lah bersenam kerana ia telah terbukti dapat membantu mencegah permasalahan berikut. Osteoporosis dan barah payudara khususnya adalah penyakit yang kritikal kepada wanita. Apa sahaja yang anda dapat lakukan untuk membantu mencegahnya adalah satu langkah yang baik. Statistik menunjukkan yang senaman memang membantu merendahkan risiko penyakit-penyakit ini pada wanita. 

5.       Sebagai penghilang stress
Dengan seribu satu perkara yang perlu dihadapi dan disiapkan setiap hari, siapa yang tidak akan stress?  Bersenam adalah satu outlet yang baik untuk meredakan tekanan yang anda hadapi seharian.  Bila anda bersenam, anda mengeluarkan peluh dan mengeluarkan toksin dari badan anda.  Senaman seperti kickboxing, seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo dan senaman aerobik dan menari memang bagus untuk melepaskan stress anda.  Malah, ia sebenarnya menyeronokkan!

6.       Sebagai aktiviti tambahan untuk diri anda sahaja
Sebagai ibu, isteri dan sekiranya bekerja sepenuh masa, anda akan jarang-jarang mempunyai masa untuk diri sendiri.  Keluarga, anak-anak dan tugas pejabat sentiasa didahulukan.  Pilihlah satu masa untuk diri anda sahaja iaitu ‘Me Time’. Lebih baik sekiranya anda isi dengan senaman yang menyeronokkan dan membantu menyeimbangkan kesihatan fizikal dan mental anda.

7.       Satu contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak anda
Bersenam menetapkan contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak anda agar mereka juga menjaga kesihatan dari usia yang muda.  Ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak menggemari subjek pendidikan jasmani di sekolah dan anda boleh membantu merubah tanggapan mereka ini.  Bersenam sebenarnya boleh menjadi aktiviti mingguan keluarga yang menyeronokkan dan mengukuhkan lagi talian kekeluargaan anda.

8.       Anda akan berasa dan kelihatan hebat!
Tentunya salah satu sebab yang paling penting di antara semua! Apabila anda bersenam, anda menjaga kesihatan anda dari segi fizikal dan mental, dalaman dan luaran.  Dan ia akan menunjukkan hasil luaran di mana anda akan kelihatan dan berasa hebat sama sekali!  Tahap keyakinan anda akan meningkat dan ini mampu merubah tanggapan anda terhadap kehidupan.  Dan itu sudah pastinya tidak ternilai.

sumber

Friday, October 25, 2013

Makanan yang Membantu Meningkatkan Tenaga

Rasa lemah? Mengantuk? Letih? Memang mustahil untuk kita dapatkan tidur yang secukupnya pada setiap malam. Mungkin ada kerja yang harus di siapkan sehingga lewat malam, sukar tidur dan sebagainya. Namun masalah untuk kekal segar dan bertenaga boleh di atasi dengan memakan makanan yang berkualiti. Mari kita lihat makanan-makanan yang boleh membantu meningkatkan tenaga kita seharian. 


Ikan Salmon

Banyak nutrisi yang terkandung dalam ikan salmon contohnya mineral, vitamin dan omega-3 yang terbukti boleh merangsang emosi. Tubuh anda juga menggunakan ia untuk membina otot-otot dan tisu badan selain daripada menambahkan pengeluaran tenaga pada badan. Ia turut merangsang aktiviti otak, peredaran darah dan kesihatan jantung anda. 


Telur ayam

Telur merupakan makanan yang sangat tepat semasa bersarapan pagi. Ini kerana telur adalah tinggi dalam protein dan juga zat besi yang membantu memberikan tenaga yang secukupnya untuk aktiviti seharian. Telur mengandungi choline iaitu sejenis vitamin B yang dapat terlibat dalam fungsi otak, ingatan, metabolisme, sistem saraf dan tentunya pengeluaran tenaga.


Oat
Sajian ringkas seperti oat adalah amat sesuai untuk merangsang tenaga tubuh badan anda. Ianya sarat dengan magnesium, kalium, vitamin E, vitamin B, kalsium, protein dan banyak lagi. Selain daripada membantu memperbaiki sel kulit anda, ia juga menjadi pilihan yang tepat untuk anda yang mengalami tekanan dan keletihan kerana ia merangsang tenaga dalam badan. Campurlah oat anda bersama buahan beri dan kismis untuk jadikan ia lebih enak


Thursday, October 24, 2013

Tabiat yang Membantu Anda Mengurangkan Berat Badan

Tabiat sukar di ubah tetapi tak mustahil untuk mengubahnya. Tabiat adalah salah satu perkara kecil yang jika di gabungkan boleh menjadi perkara yang besar. Perkara yang kecil ini jika boleh di ubah akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan anda kepada berat badan yang anda impikan. Jadi, cubalah untuk memperbetulkannya. Ini adalah antara tabiat yang membantu mengurangkan berat badan anda. 


Semak semula tabiat

Cuba ingat semula tabiat yang anda sering lakukan. Adakah anda suka mengunyah ketika menonton televisyen? Menghabiskan makanan anak-anak? Makan lewat malam? Menyemak semula tabiat boleh memudahkan anda untuk mengubah semula kepada tabiat yang boleh menjimatkan pengambilan kalori.


Bersarapan

Sarapan adalah waktu makan yang paling penting dalam hari anda. Badan anda memerlukan sumber yang mencukupi untuk metabolisme dan tenaga sepanjang hari selepas waktu tidur yang panjang. 


Makan perlahan

Jangan makan terlalu laju kerana anda tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati makanan tersebut. Kunyahlah dengan teratur. Jangan berterusan menyuap makanan ke dalam mulut tanpa memberi peluang mulut untuk menghabiskan kunyahan sebelumnya. 


Rancang pemakanan

Setiap perkara perlukan strategi dan perancangan. Begitu juga dengan proses menurunkan berat badan. Jika anda ingin menonton wayang, sediakan bungkusan kekacang yang tidak bergaram ataupun sayuran sebagai snek semasa menonton. Jika tidak, anda pasti terpaksa mengikut nafsu makan anda dengan membeli makanan yang tidak sepatutnya dan akan menambah jumlah kalori anda dengan lebih banyak seperti bertih jagung, makanan ringan, air berkabonat dan sebagainya. 


Makan sebelum membeli belah

Sebelum membeli barangan dapur, lebih elok jika anda mengenyangkan perut terlebih dahulu ataupun akhirnya anda akan membeli barangan yang tidak sepatutnya. Bawa senarai barangan yang perlu di beli akan menjimatkan masa sekaligus mengikut apa yang dirancang dalam pelan pemakanan anda. Bekalan makanan yang sihat di dapur rumah anda juga mempengaruhi diet anda. 


Wednesday, October 23, 2013

Cara Meningkatkan Kadar Metabolisma

Ingin menurunkan berat? Pastikan metabolism anda semakin meningkat, dan bukan semakin menurun. Hal ini kerana dengan peningkatan metabolism akan meningkatkan kadar untuk membakar tenaga dan lemak (calorie).
1.   
Minum air tak kurang dari 2 Liter. ( 3 or 4 Liter pun dah ok)
Perbanyakkan minum air akan meningkatkan metabolism untuk memudahkan proses penghadaman dan detox. Untuk meningkatkan pengambilan air kepada tubuh badan dalam sehari, pertingkatkan aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh, maka secara otomatik akan memerlukan pengambilan air pada tubuh badan.

Makan 5 atau 6 kali sehari, kuantiti yang sedikit
Mengikut Penn State University, makan selang 3 jamakan meningkatkan kadar metabolism. Apabila mengambil makanan untuk tubuh badan, metabolism akan menjadi aktif untuk memproses dan menghadam  calories dan nutrisi dari pengambilan makanan dari pengambilan makanan. Haruslah diingat, sumber pemakanan seeloknya dari yang original untuk mendapat nutrisi yang bagus.

Weight-Training Exercises
Weight-Training adalah sejenis senaman yang melatih otot untuk meningkatkan metabolism. Sungguhpun tubuh badan masih dalam keadaan obesity dan overweight, anda masih memerlukan weight-training untuk meningkatkan jisim otot dalam badan agar memudahkan pembakaran lapisan lemak tubuh badan.

Minum Teh Hijau
Teh hijau mengandungi polyphenols yang diklasifikasikan sbg catechins. Mengikut University of Maryland Medical Center,catechin yg paling aktif ialah EGCG (Epigallocatechin gallate) yang memberikan kebolehan untuk membakar lemak. Teh hijau juga mengandungi caffeine yg rendah,utk merangsang dan meningkatkan metabolism.
5.       Cubalah Cardio Exercises
Cardio exercises melibatkan senaman yang melatih pernafasan dan ketahanan otot. Melakukan cardio exercise dengan kerap akan meningkatkan metabolism kerana ia melibatkan ketahanan otot untuk membakar calories.Training ini bukan sahaja akan membakar calories, ia juga akan menjadikan kadarmetabolism berada pada tahap yang bagus setelah melakukan cardio exercises.
6.       Makanan Pedas
Makanan Pedas mengandungi chemical compound yg terdiri daripada capsaicin. Ia meningkatkan suhu dalaman badan, dan menjadikan tubuh badan mudah untuk membakar calories dgn peningkatan kadar metabolism.Akhirnya dapat membantu mengurangkan berat.

Tuesday, October 22, 2013

Kelebihan Badminton

Sukan badminton sememangnya tidak asing lagi dengan kita di Malaysia sejak dari zaman anak-anak Sidek sehinggalah ke zaman kegemilangan hero kebanggaan kita, Datuk Lee Chong Wei. Badminton menjadi sukan yang di minati ramai tidak mengira peringkat umur. Ianya menjadi sukan kegemaran ramai kerana ia adalah sukan yang mudah untuk di pelajari dan seronok di samping dapat mengekalkan gaya hidup sihat. Jadi, mari kita lihat kelebihan berbadminton.


Mengurangkan berat badan

Berat badan boleh dikurangkan kerana kalori terbakar lebih 250 kalori dalam masa sejam. Lemak dibakar dan ini dapat membantu dalam mencapai berat badan yang ideal. Tapi ianya mestilah di turuti dengan penjagaan pemakanan.


Membentuk bentuk badan

Sukan bandminton ini memerlukan banyak pergerakan seperti berlari dan melompat  yang dapat meningkatkan lagi ketangkasan dan fleksibiliti badan anda. Ia dapat menguatkan bahagian kaki dan tangan anda. Keseimbangan badan juga akan meningkat dan otot anda akan bergerak lalu menghasilkan badan yang lebih terbentuk.


Kesihatan jantung

Pengaliran darah dalam badan boleh ditingkatkan dengan menaikkan kadar degupan jantung. Senaman kardio penting untuk jantung. Oleh kerana sukan badminton ini meliputi banyak pergerakan dan aktiviti, ia termasuk dalam latihan interval. Dengan melakukan senaman dan banyak terlibat dengan sukan, peratus untuk penyakit jantung adalah rendah dan rendah paras kolesterol.


Membuat anda gembira

Apa yang paling penting ialah aktiviti ini membuatkan anda berasa gembira dan boleh mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Aktiviti sihat ini boleh di lakukan bersama keluarga dan rakan terdekat di samping dapat meluangkan masa berharga bersama mereka


Monday, October 21, 2013

Fadhilat Ayat Al-Quran (Surah Al-Imran)

Surah Ali-Imran -Sabda Rasulullah s.a.w -Mendapat zuriat

Khasiat Ayat 1-4  
-Pendinding 
-Kebahagiaan dan segala hajat

Khasiat Ayat 8     
-Husnul Khatimah

Khasiat Ayat 9     
Mengembalikan barang yang hilang

Khasiat Ayat 7-9  
Kecerdikan luar biasa

Khasiat Ayat 14   
-Pengasih

Khasiat Ayat 26-27 
-Luas rezeki 
-Karamah 
-Segala hajat

Khasiat Ayat 35-37 
-Perlindungan kepada perempuan hamil 
-Pelaris

Khasiat Ayat 73-74 
-Pelaris dan meminang

Khasiat Ayat 83   
-Menghadapi binatang buas, liar dan orang zalim

Khasiat Ayat 103-104  
-Pengasih dan Pelembut Hati

Khasiat Ayat 111-112   
-Menghadapi musuh

Khasiat Ayat 134-136   
-Pelindung dari kejahatan

Khasiat Ayat 144         
-Menghentikan darah

Khasiat Ayat 146-148  
-Menghilangkan kesedihan ketika menghadapi musibah

Khasiat Ayat 169-171  
-Penerang hati dan mendapat taufiq

Khasiat Ayat 173-174 
-Menghadapi musuh  -Pengasih

Khasiat Ayat 190-194  
-Teguh Iman 
-Qiamullail

Khasiat Ayat 200          
-Isteri derhaka, anak degil, binatang liar

Sunday, October 20, 2013

Khasiat ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah (ayat 255- Ayatul Kursi)

Khasiat Ayat 255  (Ayatul Kursi)

-Sabda Rasulullah s.a.w
-Segala kebaikan
-Penawar gila
-Mimpi buruk
-Musafir
-Menghilangkan kahak
-Menghadapi kezaliman
-Penerang hati
-Doa Malaikat
-Digeruni dan Disegani
-Perlindungan dan murah rezeki
-Kaya
-Menghadapi Bala dan Malapetaka
-Segala hajat
-Menghapuskan rasa cinta

Saturday, October 19, 2013

Fadhilat Ayat Al-Quran (Surah Al-Baqarah)-Sabda Rasulullah s.a.w

Khasiat Ayat 1-5 -Penerang hati, menguatkan keyakinan

Khasiat Ayat 25   -Subur tanaman

Khasiat Ayat 70   -Mendapat yang terbaik

Khasiat Ayat 102 -Gila dan Sihir

Khasiat Ayat 125 -Bangun pada waktu yang dikehendaki

Khasiat Ayat 127 -Penawar Buasir dan menghentikan darah

Khasiat Ayat 138 -Bercelak

Khasiat Ayat 144 -Penawar Herot Muka (Stroke)

Khasiat Ayat 148 -Kecurian

Khasiat Ayat 164-Menghafal

Khasiat Ayat 201-Menghadapi bala. isteri solehah

Khasiat Ayat 243-Menjaga makanan



Friday, October 18, 2013

Fadhilat Surah Al-Fatihah

Fadhilat secara umum : 

-Penawar segala penyakit
-Menghilangkan kesakitan
-Penawar darah gemuruh, was-was dan lain-lain
-Pembuka Ikatan
-Penawar sakit mata
-Penawar sakit telinga
-Menghilangkan rasa lapar
-Penyembuh Luka
-Penerang hati
-Penawar Angin Ahmar, Stroke dan lain-lain
-Mendapatkan zuriat, pangkat dan lain-lain
-Segala hajat
-Penunduk orang zalim
-Sakit gigi
-Penawar Mujarab
-Pendinding
-Murah rezeki
-Selamat dalam perjalanan
-Kaya

Fadhilat secara khusus :

Khasiat Ayat Pertama :

-Ditunaikan hajat
-Sebelum tidur
-Orang zalim
-Penyembuhan
-Murah rezeki
-Penerang hati
-Selamat daripada keguguran
-Menyuburkan tanaman
-Mengumpan Ikan
-Perlindungan dan pelaris
-Doa Musafir
-Doa makan bersama orang-orang yang berpenyakit
-Penolak bala
-Doa penolak bala

Khasiat Ayat Kedua :

-Pendinding
-Sakit gigi
-Pengasih

Khasiat Ayat Ketiga :

-Menghadapi orang zalim
-Kerasukan
-Penawar
-Zuriat
-Penyubur Tanaman
-Pembungkam
-Lembut hati

Khasiat Ayat Keempat :

-Perlindungan daripada bala, wabak dan lain-lain

Khasiat Ayat Kelima :

-Subur tanaman
-Menghadapi binatang liar dan orang jahat
-Temuduga, peperangan dan lain-lain

Khasiat Ayat Keenam :

-Orang zalim
-Lupa

Khasiat Ayat Ketujuh :

-Sesat
-Lapar dahaga
-Menghadapi musuh
-Penyejuk