Followers

Thursday, July 24, 2014

Petua lebatkan bulu kening

  1. Bakar dua biji buah keras sehingga hitam. 
  2. Kemudian tumbuk halus. 
  3. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. 
  4. Bersihkan dengan air pada keesokan harinya. 
  5. Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik

Wednesday, July 23, 2014

Petua atasi rekahan pada bibir

Atasi rekahan pada bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya.

Tuesday, July 22, 2014

Petua rawat kulit berkedut

  1. Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan. 
  2. Selepas itu, campurkannya dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. 
  3. Gaul sebati bancuhan tersebut. 
  4. Sapukan  pada kulit sekali sehari.  

Monday, July 21, 2014

Petua Bayi Berkulit Bersih - Oleh: EDITORIAL PAMA

Semua ibu bapa mahu memiliki bayi yang mempunyai kulit bersih dan mulus. Ia boleh dimiliki dengan mengamalkan petua tradisional sejak mengandung lagi.
Amalan minum air kelapa ketika kandungan memasuki trimester ketiga amatlah digalakkan. Amalkan minum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa dikatakan berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih tanpa kesan yang biasa dialami oleh bayi lain yang baru lahir. In Shaa Allah sepanjang usia bayinya, anak jarang menghadapi masalah berkaitan kulit.

Sunday, July 20, 2014

Petua Ubati Bisul

  1. Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. 
  2. Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada bisul dan sekelilingnya. 

Saturday, July 19, 2014

Tips atasi kesan hitam pada celah kuku

Sapukan hirisan limau kasturi atau limau nipis pada jari dan kuku. 

Friday, July 18, 2014

Tips atasi masalah jerawat dengan lemon

Perah jus lemon ke dalam air masak.
Jadikan ia rutin minuman harian anda. 

Thursday, July 17, 2014

Tips Turunkan Berat Badan Guna Lemon

Amalkan pengambilan air suam yang dicampur perahan lemon dan madu. 
Sedap diminum dan membantu misi menurunkan berat badan.

Wednesday, July 16, 2014

Petua Meluruskan Rambut

  1. Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. 
  2. Campurkan dengan air limau nipis. 
  3. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. 
  4. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. 
  5. Tutup kepala dengan tuala selama satu jam. 
  6. Selepas itu, barulah bilas dengan air sehingga bersih. 
  7. Lakukan tiga kali seminggu. 
  8. Anda akan dapati rambut keriting menjadi lurus sedikit demi sedikit.

Tuesday, July 15, 2014

Tips atasi keputihan

  1. Rebus 10 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. 
  2. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.

Monday, July 14, 2014

Derma Darah Bantu Tubuh Langsing - Oleh: EDITORIAL PAMA

Menderma darah ternyata bermanfaat bukan hanya buat penerima darah tetapi juga buat penderma itu sendiri. Mereka yang sering menderma darah akan memperoleh banyak manfaat kesihatan dari darah yang disumbangkan.

Pertamanya, penderma darah dapat menurunkan risiko penyakit jantung. Hal ini kerana zat besi yang berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan oksidasi kolesterol. Oksidasi ini akan berkumpul pada dinding arteri yang akhirnya boleh memperbesarkan risiko terkena serangan jantung dan strok.

Selain itu, tindakan menderma darah juga dapat membantu tubuh untuk mengurangkan jumlah sel darah merah dalam darah. Anda tidak perlu panik dengan berkurangnya sel darah merah kerana sumsum tulang belakang akan segera menghasilkan darah merah bagi menggantikan sejumlah sel darah merah yang telah hilang.

Sebab itulah menderma darah menjadi langkah yang baik untuk menggalakkan penghasilan darah baru. Bagi yang ingin berdiet, pendermaan darah menjadi langkah yang bijak untuk menjalani program diet.

Hal ini kerana dengan mendermakan sejumlah 450 ml darah anda, ia akan dapat membantu proses pembakaran kalori sehingga 650 kalori. Jumlah ini cukup untuk mengurangi ukur lilit pinggang anda. Tunggu apa lagi, mari kita sama-sama menderma darah.


Sunday, July 13, 2014

Petua Menghilangkan Sengat Binatang Berbisa

  1.  Titiskan dua atau tiga titik getah keladi tua di atas tempat yang disengat. 
  2. Kemudian lap dengan kain bersih. 
  3. Ulangkan sebanyak tiga kali. 
  4. Rasa kesan sengatan akan berkurangan.

Saturday, July 12, 2014

Petua Gebukan Kulit

Jika anda inginkan kulit yang gebu dan halus, ambil ibu kunyit dan tumbuk halus bersama beras. Campurkan sedikit air mawar dan sapu pada wajah serta seluruh badan. Lakukan tiga kali seminggu. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

Friday, July 11, 2014

Tips Redakan Batuk Berkahak

  1. Perah sesudu besar limau nipis dan campurkan secubit garam. 
  2. Kacau dan minum bancuhan tersebut. 
  3. Batuk cepat sembuh dan kahak mudah cair.

Thursday, July 10, 2014

Petua Lebatkan Rambut

  1. Kisar sebiji nanas sehingga menjadi jus. 
  2. Biarkan jus tersebut semalaman. 
  3. Selepas itu, lumur jus tersebut pada rambut dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. 
  4. Amalkannya tiga kali seminggu.


Petua Ubati Luka

Jika terdapat luka di tubuh, sapukan sahaja madu asli pada bahagian luka. Ia membantu mempercepatkan luka kering dan parut kurang kelihatan apabila sembuh nanti.


Wednesday, July 9, 2014

Cara Semulajadi Awet Muda - Oleh: HASNITA PAMA

Pokok durian belanda banyak ditanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan Bahama.  Buah sukulen ini boleh dimakan mentah atau dibuat jus.  Rasanya yang masam manis menjadikan durian belanda buah atau jus yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca tropika yang panas di negara kita.

Satu kelebihan buah durian belanda dari segi pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi.   Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gram serat.  Ini bersamaan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, anda boleh memasukkan durian belanda dalam senarai bahan keperluan apabila anda membeli-belah.  Satu cawan durian belanda membekalkan lebih 600 mg kalium, iaitu zat galian yang mengimbangkan kenaikan tekanan darah disebabkan natrium.  Kalium juga membantu mencegah kekejangan otot, dan kerana itu ia juga baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Hidangan secawan durian belanda membekalkan separuh (50%) daripada pengambilan vitamin C yang disyorkan untuk orang dewasa.  Pengambilan vitamin C secukupnya dalam diet membantu pengeluaran kolagen kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit.  Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah durian belanda adalah cara semula jadi untuk awet muda.

Idea untuk jus – Isi durian belanda + buah belimbing + pear Cina

Tuesday, July 8, 2014

Petua Atasi Ruam Secara Tradisional - Oleh: HASNITA PAMA

Masalah ruam di kalangan bayi adalah masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan si kecil terjejas. Kulit bayi yang bersih dan mulus menjadi kemerah-merahan akibat alergi dengan banyak perkara termasuk susu, mandian, bedak dan persekitaran.

Jika bayi diserang masalah ruam, dia jadi tidak selesa dan akan meragam sepanjang masa. Sudah tentu ia turut membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenteram. Selain menggunakan ubat-ubatan moden tidak salah mencuba petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah ruam ini.

Masak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan ia (atau guna airnya sahaja) pada bahagian yang mengalami ruam.

Selain dari itu boleh juga mencuba cara lain iaitu tumbuk hancur ragi bersaiz sederhana. Selepas itu diayak, kemudian campurkan dengan sedikit bedak.  Sapukan pada kulit bayi.

Sapukan tepung ubi di kawasan yang terkena masalah ruam selepas memandikan bayi anda. Selepas beberapa hari mencuba In sha Allah ruam akan beransur hilang dan si manja boleh tersenyum riang.

Monday, July 7, 2014

Ulam-Ulaman Ibu Berpantang - Oleh: HASNITA PAMA

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana. Antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan perlbagai vitamin termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan dalam pantang seperti daun pengaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.


Sunday, July 6, 2014

Serai Legakan Sesak Nafas - Oleh: HASNITA PAMA

Mengalami masalah sesak nafas biasa dialami mereka yang mempunyai masalah asma atau semput. Kesukaran bernafas memang sangat menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti seharian. Masalah ini boleh menyerang semua peringkat manusia tidak kira tua atau muda, kanak-kanak atau orang dewasa.

Selain menggunakan ubat-ubatan kimia, anda boleh juga mencuba petua tradisional untuk merawat masalah sesak nafas ini. Serai yang sering digunakan untuk tujuan memasak sebenarnya ada manfaat untuk merawat masalah sesak nafas. Cara-caranya seperti berikut:

1. Ambil kira-kira 10 batang serai, cuci hingga bersih kemudian rebus dengan dua gelas air.

2. Sebelum mendidih, campurkan gula merah secukupnya.

3. Bila sudah mendidih, biarkan sehingga airnya tinggal segelas.

4. Kemudian sejukkan sekejap, kemudian ditapis.

5. Minumlah air rebusan serai yang sudah ditapi sekali setiap hari, iaitu setiap pagi sebelum makan.

Saturday, July 5, 2014

Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata

  1. Ambil sebiji timun dan hiris dengan ketebalan sederhana. 
  2. Kemudian, tekapkan hirisan timun tadi pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit. 
  3. Selain timun, anda boleh juga menggunakan buah tomato.

Friday, July 4, 2014

Cara Meleraikan Pergaduhan Si Kecil - Oleh: HASNITA PAMA

Kadang kala sedang asyik anak kecil anda bermain dengan temannya, tiba-tiba terdengar suara salah seorang menangis. Ia adalah perkara normal yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Jangan terkejut dengan hal ini, sebaliknya bersikap rasional untuk mengendalikannya.
Dalam proses tumbesaran dan bersosial, kanak-kanak kecil akan sekali-sekala bergaduh, terutamanya apabila mereka berasa bosan atau letih. Kanak-kanak lelaki biasanya lebih agresif daripada kanak-kanak perempuan.  Apabila pergaduhan tidak terkawal, libatkan diri anda dengan segera. Antaranya, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut:
*Asingkan kanak-kanak yang bergaduh.
*Alihkan perhatian mereka dengan memperkenalkan permainan lain atau mengalihkan perhatian mereka.
*Jangan menyebelahi sesiapa. Hampir mustahil untuk menentukan siapa yang betul dan salah dalam sebarang situasi.
Kadangkala ada kanak-kanak yang boleh bertindak agresif seperti menggigit lawannya dalam pergaduhan itu. Jadi anda perlu memberi perhatian kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa gigitan itu. Allihkan kanak-kanak yang menggigit itu dengan serta-merta dan letakkannya di suatu tempat lain, selamat dan bersendirian selama lima belas minit.
Semasa pertama kali bermain dengan kawan-kawan, mungkin anak anda cenderung untuk merampas atau merentap sesuatu barang apabila dia mula bermain buat pertama kali. Apabila berhadapan dengan situasi ini, anda hendaklah membantunnya belajar berkongsi dan lebih bersikap baik hati terhadap orang lain.
Mungkin ada kanak-kanak lain akan terus berkasar dan bersikap agresif, dan perangai mereka akan menyebabkan mereka tidak diminati dan sukar untuk disukai. Oleh itu untuk kebaikan anak anda, bantulah kanak-kanak itu untuk bersikap baik dengan orang lain.
*Berikannya suatu contoh yang baik untuk diikutinya dengan sentiasa berlemah lembut, bersabar dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya.
*Pastikan anda menjelaskan kepada anak melalui tindakan anda bahawa perangainya yang anda tidak suka, bukan dirinya.
*Sentiasa libatkan diri dan hentikan anak anda dengan serta-merta apabila dia mula memukul kanak-kanak lain. Bersikap tegas tetapi jangan berteriak atau bertindak agresif.
*Jangan sekali-kali membiarkannya melakukan caranya sendiri dengan berkelakuan agresif atau tidak baik. Sekiranya dia berjaya dengan caranya, dia akan cenderung bersikap sedemikian.

Thursday, July 3, 2014

Petua Kurangkan Bengkak Susu

  1. Ambil beberapa helai daun sirih.
  2. Cuci bersih dan sapu dengan minyak kelapa. 
  3. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. 
  4. Tampalkan di sekitar payu dara yang bengkak selagi daun masih hangat.

Langkah Penjagaan Apabila Rambut Anak Diserang Kutu - Oleh: HASNITA PAMA

 Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
  1. Tanya ahli farmasi tentang ubat yang boleh membunuh kutu dan telur kutu. Sapukan ubat ini di seluruh kepala anak anda dan biarkan ia atas kepala selama masa yang diarahkan, biasanya beberapa jam.

  1. Cuci dan bilas rambutnya. Sikat dengan sempurna menggunakan sebatang sikat haus untuk mengeluarkan kutu dan telur kutu yang mati. Anda mungkin perlu mengulang rawatan ini dua atau tiga kali, setiap tiga hari, untuk menghapuskan telur kutu.

  1. Bersihkan berus dan sikat anak anda serta topinya. Satu cara lain, simpan topinya di dalam beg plastik bertutup rapat dan biarkan selama sekurang-kurangnya sepuluh hari. Kutu dan telur tersebut akan mati.

  1. Elakkan anak anda menyertai kumpulan kanak-kanak atau pergi ke taman permainan bermain bersama kawan-kawan kerana bimbang akan menjangkiti kanak-kanak lain.  Biar dia tinggal di rumah sehingga kutu dan telurnya telah dimusnahkan sepenuhnya.

Wednesday, July 2, 2014

Tip Mudah Ibu Bekerjaya - Oleh: HASNITA PAMA

Menjadi ibu yang bekerja memerlukan anda bergerak pantas menguruskan diri sendiri, rumah tangga dan keluarga. Berfikiran kreatif dalam mengendalikan tugas harian di rumah membantu ibu menjadi lebih cekap dan efisien.
Sebaik pulang dari pejabat, ibu perlu menyinsing lengan memasak untuk keluarga pula. Dalam masa yang sama masih perlu memberi perhatian kepada anak-anak. Jika ada yang masih menyusu susu ibu, maka perlu disusukan dan pelbagai lagi kerenah si kecil yang lain.
Oleh itu ibu perlu bijak menyusun keperluan yang akan digunakan untuk tugas rutin seperti memasak, mengemas, mencuci pakaian dan sebagainya lagi. Berikut adalah beberapa contoh tip pantas yang boleh membantu ibu berkerjaya menguruskan tugas harian di rumah.
  1. Siapkan bahan asas memasak
Tugas memasak sebenarnya menjadi lebih mudah sekiranya segala macam bahan asas yang mengambil masa lama untuk disediakan seperti bawang, cili kisar, ikan, ayam, udang, sotong sudah tersedia. Oleh itu jadikan cuti hujung minggu untuk anda membuat persediaan mengisar cili, mengupas dan memotong bawang, menyiang ikan, sotong, udang dan sebagainya lagi. Untuk lebih mudah, anda boleh pekkan setiap bahan basah mengikut bahagian yang akan dimasak dalam sehari. Lebih mudah sekiranya anda sudah menetapkan jenis masakan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk kegunaan lima hari bekerja. Cara ini mempercepatkan proses memasak malah memelihara kesegaran bahan basah yang dibeli.

  1. Menyediakan pes masakan
Kaedah ini juga dijamin menjimatkan masa memasak anda di dapur. Anda boleh menyediakan pes masakan seperti pes cili, pes kari dan sebagainya bagi memudahkan kegunaan masakan anda. Pes tersebut boleh dipelbagaikan untuk memasak lauk pauk, pasta, mee dan sebagainya.

  1. Mencuci pinggan mangkuk
Kadang kala tugas di dapur menjadi berganda selepas memasak kerana perlu menyelesaikan tugas mencuci pinggan mangkuk kotor pula. Mengapa perlu tunggu selepas makan? Anda boleh jimatkan masa dengan mencuci segala alatan yang digunakan dalam penyediaan memasak. Sementara menunggu lauk yang ditumis atau direneh, ringankan tangan untuk mengosongkan sinki daripada peralatan dapur yang kotor. Ia dapat menjimatkan masa anda.

  1. Membasuh dan menyidai pakaian
Jangan biarkan bakul pakaian kotor anda sentiasa penuh. Usah bertangguh untuk membasuh pakaian kotor. Kini kebanyakan rumah dilengkapi dengan mesin basuh bahkan ada yang mempunyai alat pengering. Oleh itu pastikan membasuh pakaian setiap hari agar anda tidak terbeban pada hujung minggu.

  1. Usah tangguh melipat pakaian
Ia antara tugas yang paling tidak digemari oleh kebanyakan ibu. Untuk menjimatkan masa, sebaik mengangkat pakaian dari ampaian, jangan bertangguh melipatnya atau menunggu sehingga pakaian menjadi ‘gunung’. Jika mempunyai anak yang besar, anda boleh meminta bantuan mereka melipat pakaian masing-masing. Biarpun awalnya lipatan mereka kurang sempurna tetapi percayalah latihan awal akan membuatkan mereka ringan tulang membantu.

  1. Menggosok pakaian
Tugas menggosok pakaian memang mengambil masa yang panjang. Jadi untuk menjimatkan masa, peruntukan masa pada hujung minggu untuk menggosokan stok seminggu pakaian anda dan suami serta anak yang bersekolah.

Dengan perancangan yang cekap, anda masih boleh meluangkan masa untuk anak-anak pada waktu malam selepas menikmati makan malam sekeluarga.

Tuesday, July 1, 2014

Tip Pilih Hospital Bersalin - Oleh: EDITORIAL PAMA

Anda sedang hamil? Tentu persoalan di mana hendak bersalin bermain-main di fikiran. Memilih antara bersalin di hospital swasta atau kerajaan menjadi dilema pasangan bakal papa dan mama. Mana satu pilihan terbaik? Dapatkan maklumat berikut sebagai garis panduan.
Sewaktu melihat hospital dan klinik bersalin, anda tentu berasakan ia sama sahaja. Tetapi hakikatnya, bukan semua dapat memenuhi keperluan anda. Penting bagi anda menyenaraikan kriteria yang perlu ada pada hospital dan klinik bersalin yang sewajarnya menjadi pilihan anda.
Hakikatnya anda sendiri yang perlu membuat keputusan hospital mana untuk melahirkan bayi berdasarkan faktor keperluan, kemampuan dan keselesaan anda. Usah mengikut orang lain kerana setiap orang lain-lain keperluan dan kemampuannya.
Kebanyakan pakar obstetrik & ginekologi yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan di hospital swasta dan kerajaan mempunyai panduan untuk bakal-bakal ibu dan wanita yang sedang merancang untuk memiliki anak ketika membuat pemilihan hospital untuk bersalin.
1.      Pastikan anda tahu mengenai latar belakang sejarah kesihatan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, asma, jantung, kencing manis  atau komplikasi semasa hamil dan melahirkan (yang lalu)  yang memerlukan penjagaan rapi. Dapatkan pandangan daripada doktor O&G yang memeriksa anda.
2.      Adakah hospital yang dipilih membenarkan pasangan anda masuk ke bilik bersalin semasa proses kelahiran bayi? Jika anda merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ambil tahu adakah hospital pilihan anda merupakan hospital rakan bayi (menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif).
3.      Pastikan anda selesa dan serasi dengan doktor pakar O&G di hospital tersebut kerana dia akan memantau sepanjang kehamilan dan menyambut kelahiran bayi anda. Oleh itu sebaiknya biarlah pemilihan hospital bersalin dilakukan di awal kehamilan. Ini membolehkan anda dan doktor membina hubungan yang baik seterusnya memudahkan anda berkomunikasi jika ada sebarang masalah berkaitan kehamilan anda.
4.      Pastikan lokasi hospital bersalin yang dipilih paling hampir dengan rumah kerana tidak tahu bila berlaku kecemasan. Jadi ia mudah untuk datang secepat mungkin tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.
5.      Pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan yang lengkap jika berlaku sebarang kecemasan semasa melahirkan anak.  Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, berpengalaman bersalin secara pembedahan caesarean, ada komplikasi semasa hamil, digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana kemudahan dan kepakaran yang lengkap dan cukup. Ini kerana bukan semua hospital swasta mempunyai pakar bius yang bersedia sepanjang masa atau kemudahan unit rawatan rapi neonatal.
Selepas meneliti serba sedikit maklumat mengenai beberapa hospital berikut, mungkin anda sudah memiliki panduan untuk memilih hospital bagi melahirkan zuriat. Tidak kira sama ada pilihan anda adalah hospital kerajaan ataupun swasta pastikan kriteria penting yang memihak kepada keselamatan diri sendiri dan bayi menjadi keutamaan.
Memang tidak dinafikan antara kedua hospital mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang hanya boleh dipertimbangkan oleh bakal mama sendiri. Bagaimanapun faktor kewangan juga antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika memilih hospital bersalin.
Jika berkemampuan dan mahukan layanan lima bintang tidak salah memilih hospital swasta terkemuka sebagai pilihan bersalin. Namun bukan bermakna mereka yang memilih hospital kerajaan tidak menerima perkhidmatan berkualiti kerana kita sedia maklum fasiliti di hospital kerajaan lengkap dan canggih. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.