Followers

Tuesday, July 8, 2014

Petua Atasi Ruam Secara Tradisional - Oleh: HASNITA PAMA

Masalah ruam di kalangan bayi adalah masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan si kecil terjejas. Kulit bayi yang bersih dan mulus menjadi kemerah-merahan akibat alergi dengan banyak perkara termasuk susu, mandian, bedak dan persekitaran.

Jika bayi diserang masalah ruam, dia jadi tidak selesa dan akan meragam sepanjang masa. Sudah tentu ia turut membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenteram. Selain menggunakan ubat-ubatan moden tidak salah mencuba petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah ruam ini.

Masak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan ia (atau guna airnya sahaja) pada bahagian yang mengalami ruam.

Selain dari itu boleh juga mencuba cara lain iaitu tumbuk hancur ragi bersaiz sederhana. Selepas itu diayak, kemudian campurkan dengan sedikit bedak.  Sapukan pada kulit bayi.

Sapukan tepung ubi di kawasan yang terkena masalah ruam selepas memandikan bayi anda. Selepas beberapa hari mencuba In sha Allah ruam akan beransur hilang dan si manja boleh tersenyum riang.

Monday, July 7, 2014

Ulam-Ulaman Ibu Berpantang - Oleh: HASNITA PAMA

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana. Antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan perlbagai vitamin termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan dalam pantang seperti daun pengaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.


Sunday, July 6, 2014

Serai Legakan Sesak Nafas - Oleh: HASNITA PAMA

Mengalami masalah sesak nafas biasa dialami mereka yang mempunyai masalah asma atau semput. Kesukaran bernafas memang sangat menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti seharian. Masalah ini boleh menyerang semua peringkat manusia tidak kira tua atau muda, kanak-kanak atau orang dewasa.

Selain menggunakan ubat-ubatan kimia, anda boleh juga mencuba petua tradisional untuk merawat masalah sesak nafas ini. Serai yang sering digunakan untuk tujuan memasak sebenarnya ada manfaat untuk merawat masalah sesak nafas. Cara-caranya seperti berikut:

1. Ambil kira-kira 10 batang serai, cuci hingga bersih kemudian rebus dengan dua gelas air.

2. Sebelum mendidih, campurkan gula merah secukupnya.

3. Bila sudah mendidih, biarkan sehingga airnya tinggal segelas.

4. Kemudian sejukkan sekejap, kemudian ditapis.

5. Minumlah air rebusan serai yang sudah ditapi sekali setiap hari, iaitu setiap pagi sebelum makan.