Followers

Friday, May 31, 2013

Tips Kempis Perut

1. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik. Elakkan makanan berminyak dan mengandungi garam/gula yang tinggi. Begitu juga elakkan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna yang terlalu tinggi kandungannya.

2. Minum banyak air dan kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi  kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul. Pakar pemakanan juga menyarankan supaya kita minum dulu sebelum makan tetapi jangan minum air sejurus selepas makan.

3. Pastikan makanan/tenaga yang masuk tidak melebihi tenaga keluar. Jika makan banyak maka aktiviti yang dilakukan juga perlu banyak. Mengambil makanan tambahan untuk membantu meningkatkan metabolisme yang dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori.

4. Apakata kita kurangkan pengambilan nasi. Ambil sekali sehari sudah memadai. Tak pun untuk mendapat berkat dan menambah pahala, cubalah kita berpuasa isnin dan khamis dalam tempoh seminggu sekaligus merehatkan badan, perut dan minda.

5. Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan atau semasa berdiri. Tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang.

6. Rajin-rajinlah melakukan aktiviti riadah. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti. Anda tidak perlu melakukan sit up beratus-ratus kali setiap hari sebaliknya satu atau dua sessi seminggu dengan latihan berkualiti sudah memadai. 

Lakukan semua ini secara berterusan dengan disiplin. Tips ini tak perlu guna duit yang banyak pun. Anda perlu amalkan saja. Ingat..!, jangan buat sekali je terus nak dapat effect. Kena sabar dan rajin berusaha. Orang lelaki pun jangan segan-segan memanfaatkan segala panduan.

sumber 

Thursday, May 30, 2013

Makanan Yang Membahayakan Kulit


Sering kali kita mendengar bahawa pemakanan yang sihat terdiri daripada mengamalkan makanan yang sihat terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Walaupun begitu, adakah kesemua jenis sayur dan buah ini baik untuk tubuh badan kita? Dan haruskah kita mengamalkan pengambilan sayur-sayuran itu setiap hari? 


Bagi mereka yang gemar memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, sudah pasti mereka pernah memakan biji benih dan biji buah-buahan itu sendiri. Kajian menunjukkan bahawa biji benih dan biji mengandungi sebuah bahan yang diberi nama amygdalin. Bahan ini jika pengambilannya diambil di dalam kuantiti yang banyak, ia akan menghasilkan hidrogen sianida yang mungkin akan berakhir dengan maut. Buah-buahan seperti epal, mangga dan pic mengandungi asid itu. Tetapi jika tertelan biji itu dengan cara tidak sengaja, ia tidak mendatangkan apa-apa bahaya kerana ia memerlukan amaun yang banyak untuk melakukan reaksi. 


Selain itu, ubi kentang yang telah bertukar menjadi hijau juga mendatangkan bahaya. Warna hijau mula muncul di kulit ubi kentang ini terjadi kerana terlalu didedahkan kepada cahaya. Toksik mungkin telah terhasil di bahagian bawah kulit ubi kentang berwarna hijau itu. Jika individu termakan bahagian itu, ia mungkin mendatang kesan seperti sakit kepala, mual dan cepat letih. Hal ini boleh dielakkan melalui menyimpan ubi kentang di dalam tempat yang kering dan gelap. 


Kacang merah mentah juga berbahaya kerana ia mengandungi toksin yang dipanggil lectins. Toksin ini akan mendatangkan kesan seperti mual, muntah-muntah dan perut memulas. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara memasak kacang merah ini dulu. Ubi kayu merupakan salah satu makanan karbohidrat yang paling tinggi amaun pengambilannya di dunia. Akan tetapi, ubi kayu ini mengandungi cyanogenic glycosides secara semula jadi. Hal ini kerana asid itu bertujuan untuk melindungi tumbuhan. Langkah terbaik untuk membuang asid itu adalah dengan menjemur, merendamnya di dalam air ataupun memasaknya selepas dipetik. 


Penting bagi kita untuk mengambil tahu jenis toksin dan asid yang wujud di dalam makanan kita dan apakah kesannya jika berlarutan. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.  


Wednesday, May 29, 2013

Tips Diet Yang Seimbang

  • Diet seimbang perlulah diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.
  • Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.
  • Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.
  • Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.
  • Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.
  • Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.
  • Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.
  • Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.
  • Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.
  • Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.
  • Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.