Selalu berpenampilan menarik
Setelah menjalani alam rumah tangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan.
Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu,
bila berada di luar seperti di tempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.
Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain
terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan sal;ah satu punca
yang memungkinkan berlakunya kecurangan.
Keperluan seks yang sihat
Memenuhi keperluan seks pasangan amat penting untuk menjaga
perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat
masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan
dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.
Persamaan
Bernikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama
dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan
memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak
antara suami isteri dapat memperkecil kecenderungan untuk berlakunya
kecurangan.
Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu
untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlansung lebih lama jika pasangan anda
berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku
dalam perkahwinan anda.
Waktu hanya berdua
Ada pasangan yang menganggap perkara ini sebagai perkara
remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu
sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
Mencari kaunselor
Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor atau
orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada
masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah jika tidak disiram dan dipupuk. Begitu
juga dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yang bersikap produktif dalam
menjaga keutuhan rumah tangga, siapa lagi yang anda harapkan?
Menghargai pasangan
Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan
kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala
berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda menghargai apa yang
dilakukan.