Followers

Monday, September 10, 2012

Cara Bersahabat Kerana Allah

1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya’

(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya’

(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria’

(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya


Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah’

(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu’

6.Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang’

(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan’

No comments:

Post a Comment