Followers

Wednesday, September 7, 2016

TIPS PERMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

1. Tambahan Protein

ntuk pertumbuhan otot,  kulit, rambut dan kuku janin, ibu mengandung memerlukan tambahan protein sekurang-kurangnya 10gram. Protein dapat diperoleh drpd daging, susu, keju, ikan, telur, tauhu, tempe dsb.

2. Tambahan Kalsium

Kalsium diperlulan ntuk pertumbuhan tulang dan persediaan gigi janin. Kalsium boleh diperoleh drpd susu, kacang, sayuran dsb.


3. Tambahan Kalori

Makanan yg banyak karbohidrat, gula dan lemak mempunyai kalori tinggi. Ibu mengandung boleh memperoleh kalori tersebut drpd makanan utama seperti nasi, mi atau roti.

4. Tambahan Vitamin

Vitamin diperlukan utk melancarkan perjalanan darah. Vitamin B kompleks boleh didapati dalam kacang. Vitamin A boleh didapati di dalam kuning telur, susu, hati, sayur dan buah warna hijau serta kuning kemerahan. Vitamin C boleh didapati di dalam sayur dan buah.


AYAT-AYAT AL-QURAN YANG PERLU DIBACA SEMASA MENGANDUNG

1. Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi

2. Surah Yasin hingga akhir

3. Surah At-Taubah hingga akhir

4. Surah Yusuf hingga akhir. (Agar memperoleh anak soleh, sihat, cantik, sempurna)

5. Surah Luqman hingga akhir. (Agar memperoleh anak yg taat)

6. Surah Maryam hingga akhir. (Agar memperoleh anak yg sabar, taat)

7. Surah An-Nahl ayat 78

8. Surah Al-A'raf ayat 189

Jom sama-sama kita amalkan! Semoga anak yg akan lahir ini menjadi anak yg soleh dan solehah. In sha Allah. Aamiin..

Tuesday, September 6, 2016

TANDA-TANDA MENGANDUNG

1. Putus haid


2. Loya dan muntah-muntah, terutama waktu pagi

3. Sering rasa letih, badan rasa tidak sedap, lain daripada biasa.

4. Buah dada sengal-sengal atau bengkak

5. Kerap buang air kecil

6. Rasa runsing tidak menentu

7. Mulut rasa payau atau rasa tidak enak

8. Hilang minat terhadap makanan atau minuman kesukaan

9. Tidak taham atau alahan sesetengah bau yg sebelum ini tidak menjadi masalah

10. Kerap ke tandas dan sukar membuang air besar

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas, TAHNIAH!
Cepat-cepatlah buat UPT & berjumpa dgn doktor utk pengesahan!