Followers

Friday, August 31, 2012

Ubati Anak Nakal dan Malas


Saturday, August 25, 2012

Tips Membancuh Teh Dengan Betul


  1. Gunakan air matang.
  2. Untuk mendapatkan rasa yang enak, cuci daun teh dengan menggnakan air panas secukupnya pada bancuhan pertama. kemudian ditapis beberapa saat sebelum airnya dibuang. Hal ini dilakukan bagi membuang debu yang masih terdapat pada teh dan menjadikan rasanya lebih enak.
  3. Elakkan daripada menggunakan air yang baru mendidih untuk membancuh teh. Sebaiknya guna air panas yang bersuhu antara 80-90 darjah Celsius kerana ia dapat mengelakkan bahan anti oksida dalam teh daripada rosak.
  4. Minumlah segera setelah dibancuh.
  5. Elakkan daripada minum teh yang telah dibancuh lebih dari 24 jam. Teh basi lazimnya akan membuatkan kita cirit-birit.
  6. Simpanlah serbuk teh dalam bekas tertutup supaya aromanya dapat dikekalkan.

Wednesday, August 22, 2012

Tips Menjaga Rambut


1.      Pastikan rambut dicuci bersih sebelum didandan.


2.      Pastikan anda tidak tidur dengan rambut basah.

3.      Jangan sekali-kali membasuh rambut menggunakan air panas.



4.      Jangan menyikat rambut untuk mendapat stail tertentu ketika rambut basah. Sebaliknya, keringkan rambut terlebih dahulu.

5.      Elakkan fesyen rambut kembang dan berombak besar bagi mereka yang rendah.



6.      Untuk rambut sihat, hancurkan buah avakado masak dan lumur pada rambut yang kering selama setengah jam, kemudian syampu seperti biasa.


7.      Bagi yang gemar mewarnakan rambut, elakkan penggunaan inai kerana ia menyebabkan rambut kering dan mudah pecah.

8.      Jangan guna pewarna rambut sekurang-kurangnya sebulan selepas anda berbuat kemudian. Penggunaan terlalu banyak, bahan kimia boleh merosakkan rambut.  




Friday, August 17, 2012

Faedah Puasa Enam Di Bulan Syawal


Ibnu Rajab r.a menyebutkan beberapa faedah antaranya :

1.      Berpuasa enam di bulan Syawal setelah Ramadhan akan menyempurnakan ganjaran berpuasa setahun penuh.
2.      Puasa Syawal dan puasa Syaaban seperti halnya solat rawatib qabliah dan ba’diah. Amalkan sunat seperti ini akan menyempurnakan kekurangan dan cacat yang ada dalam amalan wajib. Setiap orang pasti memiliki kekurangan dalam amalan wajib. Amalan sunat inilah yang akan menyempurnakannya.
3.      Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan adalah tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan. Sebab jika Allah menerima amalan hamba, maka Dia akan memberi taufik pada amalan soleh selanjutnya.
4.      Begitu pula orang yang melaksanakan kebaikan lalu melakukan keburukan maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan yang pertama.
5.      Disebabkan Allah telah memberi taufik dan menolong kita untuk melaksanakan puasa Ramadhan serta berjanji mengampuni dosa kita yang telah lalu, maka hendaklah kita mensyukuri hal ini dengan melaksanakan solat malam, di siang harinya mereka berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah atas taufik yang diberikan.
6.      Sungguh beruntung sekali jika kita dapat melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal, ini sungguh keutamaan yang luar biasa. Marilah kita melaksanakan puasa tersebut demi mengharapkan rahmat dan ampunan Allah.
7.      Lebih baik bagi seseorang yang masih memiliki qada’ (puasa ganti) puasa Ramadhan untuk menunaikannya daripada melakukan puasa Syawal. Sebabnya, tentu sahaja perkara yang wajib harus diutamakan daripada perkara sunat.



Thursday, August 16, 2012

Hukum Memutihkan Gigi



Adalah diizinkan untuk berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi. Ini bukanlah satu perbuatan mengubah ciptaan Allah. Kamu hanya mengembalikan gigi kamu kepada keadaannya yang asal dengan menghilangkan kotoran asing yang terdapat padanya. Dan Allah mengetahui yang terbaik.

(Dijawab oleh Sheikh Husayn al-Jaburi, Professor di Universiti Umm al-Qura)


Wednesday, August 1, 2012

Mesej Pemakanan Semasa Ramadhan




Bahasa MalaysiaBahasa Inggeris
Mesej 1 Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 1 Limit sweet drinks when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan..
Mesej 2 Gantikan kuih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 2 Replace sweet kuih with fruits when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 3 Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan kuih dan pengat. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 3 Use less sugar when making kuih and pengat. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 4 Hadkan hanya satu masakan bersantan atau bergoreng semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 4 Limit to only one santan or fried dish when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 5 Kurangkan minyak ketika menggoreng nasi, mi, mihun dan kuetiau. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Mesej 5 Use less oil when frying rice, noodle, mihun andkuetiau. Practise healthy eating during Ramadhan
Mesej 6 Buang minyak berlebihan dalam kari, sambal tumis dan masakan goreng berlada. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 6 Remove excess oil in curry, sambal tumis and goreng berlada dishes. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 7 Elakkan daripada mengambil telur masin dan ikan masin setiap hari. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 7 Avoid eating salted fish and salted eggs every day. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 8 Elakkan makanan dan minuman yang disedia menggunakan pewarna tiruan.