Followers

Friday, August 17, 2012

Faedah Puasa Enam Di Bulan Syawal


Ibnu Rajab r.a menyebutkan beberapa faedah antaranya :

1.      Berpuasa enam di bulan Syawal setelah Ramadhan akan menyempurnakan ganjaran berpuasa setahun penuh.
2.      Puasa Syawal dan puasa Syaaban seperti halnya solat rawatib qabliah dan ba’diah. Amalkan sunat seperti ini akan menyempurnakan kekurangan dan cacat yang ada dalam amalan wajib. Setiap orang pasti memiliki kekurangan dalam amalan wajib. Amalan sunat inilah yang akan menyempurnakannya.
3.      Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan adalah tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan. Sebab jika Allah menerima amalan hamba, maka Dia akan memberi taufik pada amalan soleh selanjutnya.
4.      Begitu pula orang yang melaksanakan kebaikan lalu melakukan keburukan maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan yang pertama.
5.      Disebabkan Allah telah memberi taufik dan menolong kita untuk melaksanakan puasa Ramadhan serta berjanji mengampuni dosa kita yang telah lalu, maka hendaklah kita mensyukuri hal ini dengan melaksanakan solat malam, di siang harinya mereka berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah atas taufik yang diberikan.
6.      Sungguh beruntung sekali jika kita dapat melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal, ini sungguh keutamaan yang luar biasa. Marilah kita melaksanakan puasa tersebut demi mengharapkan rahmat dan ampunan Allah.
7.      Lebih baik bagi seseorang yang masih memiliki qada’ (puasa ganti) puasa Ramadhan untuk menunaikannya daripada melakukan puasa Syawal. Sebabnya, tentu sahaja perkara yang wajib harus diutamakan daripada perkara sunat.



No comments:

Post a Comment