Followers

Wednesday, January 30, 2013

Tip Membeli Pakaian

Ketika membeli pakaian, ada kalanya anda begitu rambang mata sehingga terlebih berbelanja. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan :



  • Harus mempunyai perancangan. Periksa dulu almari pakaian anda. Lihatlah koleksi pakaian anda. Apa yang ada, apa yang kurang. Beli pakaian yang anda belum miliki.
  • Anggarkan bajet anda bagi memudahkan anda berbelanja.
  • Berbelanjalah lebih awal bukan di saat-saat akhir.
  • Pakai pakaian yang sesuai ketika berbelanja. Apabila mahu mencari pakaian untuk majlis khusus, sesuaikan pakaian yang ingin dipakai.
  • Tutup mata terhadap barang promosi. Jika kita hanya memerlukan pakaian tertentu, jangan melihat kiri dan kanan lagi. Barang promosi akan membuatkan kita berbelanja pakaian yang tidak diperlukan.
  • Minta bantuan penjual. Tidak ada salahnya minta bantuan penjual untuk mencari pakaian yang diperlukan. Selain menjimatkan masa, ia dapat mengelakkan anda daripada membeli pakaian yang tidak diperlukan.

  • Cubalah pakaian terlebih dahulu sebelum membelinya. Membeli pakaian harus teliti dengan memeriksanya secara cermat. Ketika mencuba pakaian baru misalnya jean, cuba berjalan, duduk dan bertinggung. Jika selesa barulah anda membelinya.
  • Gunakan cermin tiga sisi. Lihatlah dari semua sudut, kiri kanan atas bawah.
  • Periksa label infromasi tentang pakaian yang ingin dibeli. Mungkin ada sesetengah pakaian lebih sesuai untuk cucian kering sahaja. Jika anda ingin berjimat, elakkan daripada membeli pakaian sebegini kerana kos untuk cucian kering lebih mahal berbanding kos cucian biasa. 

No comments:

Post a Comment