Followers

Sunday, February 3, 2013

Tip Menyegarkan Kulit Muka

  1. Ambil sebiji buah epal hijau dan dapatkan jusnya. 
  2. Sapukan jus ke muka dan biarkan selama 5-10minit. 
  3. Cuci bersih dan amalkan setiap hari pasti wajah anda akan lebih berseri dan segar.

Saturday, February 2, 2013

STRATEGI DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

  • Kerap membuat senaman
Terdapat bukti yang menunjukkan rutin senaman atau latihan yang dilakukan termasuklah membuat senaman regangan dan aktiviti aerobik dapat memperbaiki tidur yang terganggu. Walaupun begitu, anda tidak disarankan melakukan aktiviti senaman sebelum waktu tidur.


  • Gunakan sarung kaki
Bila anda menyarungkan kaki atau sarung tangan. rasa panas atau suam pada tangan dan kaki akan melebarkan saluran darah dan memudahkan perjalanan darah ke seluruh anggota badan. Ia juga boleh membantu tubuh anda untuk memindahkan haba ke tubuh badan yang lain seterusnya membuatkan anda berasa tenang dan memudahkan anda untuk tidur dengan nyenyak.


  • Jangan tidur dalam keadaan lapar
Rasa lapar membuatkan tidur anda terganggu. Anda akan kerap terjaga jika anda tidak makan dengan cukup sepanjang hari. Kadar gula dalam darah anda akan menjadi rendah tatkala anda tidur hingga menyebabkan adrenalin dibebaskan ke dalam darah. Hal ini akan membuatkan anda terjaga, dan biasanya sekitar 3 atau 4 pagi. Simpan sedikit kalori untuk snek jika anda terjaga dari tidur, seperti telur rebus atau sepotong kecil keju.


  • Buat undang-undang di bilik tidur
Buat undang-undang di dalam bilik tidur anda. Pastikan bilik tidur anda senyap dan sunyi serta cukup gelap untuk membantu anda tidur. Menurut Lisa Helmanis, penulis buku Sleep of Better naturalitiy, tidur di dalam bilik yang gelap meningkatkan penghasilan melatonin, hormon yang membuatkan anda rasa ingin tidur. Tip lain yang mungkin boleh membantu adalah gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja. jangan gunakannya untuk makan, menonton televisyen dan aktiviti-aktiviti lain.

Sumber : Majalah Remaja  

Friday, February 1, 2013

Waktu terbaik untuk minum air

Minum juga punya waktu-waktu tertentu yg didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sembarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :
 
Pagi selepas bangun dari tidur

Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika dia tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat mengelakkan anda daripada mencari minuman berkafien untuk memulakan hari anda.



30 minit sebelum waktu makan

Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu anda mengurangkan rasa lapar. Malah minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk menguyan kudap-kudapan atau pun coklat, boleh mengelakkan anda berbuat demikian. Jadi, diri anda terselamat daripada menambah kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.


Sepanjang hari

Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membntu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.