Pagi selepas bangun dari tidur
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika dia tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat mengelakkan anda daripada mencari minuman berkafien untuk memulakan hari anda.
30 minit sebelum waktu makan
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu anda mengurangkan rasa lapar. Malah minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk menguyan kudap-kudapan atau pun coklat, boleh mengelakkan anda berbuat demikian. Jadi, diri anda terselamat daripada menambah kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
Sepanjang hari
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membntu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.
No comments:
Post a Comment