Followers

Saturday, February 2, 2013

STRATEGI DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

  • Kerap membuat senaman
Terdapat bukti yang menunjukkan rutin senaman atau latihan yang dilakukan termasuklah membuat senaman regangan dan aktiviti aerobik dapat memperbaiki tidur yang terganggu. Walaupun begitu, anda tidak disarankan melakukan aktiviti senaman sebelum waktu tidur.


  • Gunakan sarung kaki
Bila anda menyarungkan kaki atau sarung tangan. rasa panas atau suam pada tangan dan kaki akan melebarkan saluran darah dan memudahkan perjalanan darah ke seluruh anggota badan. Ia juga boleh membantu tubuh anda untuk memindahkan haba ke tubuh badan yang lain seterusnya membuatkan anda berasa tenang dan memudahkan anda untuk tidur dengan nyenyak.


  • Jangan tidur dalam keadaan lapar
Rasa lapar membuatkan tidur anda terganggu. Anda akan kerap terjaga jika anda tidak makan dengan cukup sepanjang hari. Kadar gula dalam darah anda akan menjadi rendah tatkala anda tidur hingga menyebabkan adrenalin dibebaskan ke dalam darah. Hal ini akan membuatkan anda terjaga, dan biasanya sekitar 3 atau 4 pagi. Simpan sedikit kalori untuk snek jika anda terjaga dari tidur, seperti telur rebus atau sepotong kecil keju.


  • Buat undang-undang di bilik tidur
Buat undang-undang di dalam bilik tidur anda. Pastikan bilik tidur anda senyap dan sunyi serta cukup gelap untuk membantu anda tidur. Menurut Lisa Helmanis, penulis buku Sleep of Better naturalitiy, tidur di dalam bilik yang gelap meningkatkan penghasilan melatonin, hormon yang membuatkan anda rasa ingin tidur. Tip lain yang mungkin boleh membantu adalah gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja. jangan gunakannya untuk makan, menonton televisyen dan aktiviti-aktiviti lain.

Sumber : Majalah Remaja  

No comments:

Post a Comment