Followers

Saturday, June 30, 2012

Cara Pemberian Ubat Kepada Kanak-kanak


Pengenalan
Memberikan ubat kepada kanak-kanak memang sesuatu yang menyukarkan. Ia memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul.
Apakah jenis peralatan yang diperlukan?
Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak (rujuk jadual di bawah)
Jenis-jenis peralatan :
JenisGolongan kanak-kanakGambar
Penitis berukuranBayi dan kanak-kanak kecil -Ukur ubat pada paras mata dan beri dengan segera
Picagari oralKanak-kanak kecil
Sudu berdosKanak-kanak yang tidak boleh minum dari cawan
Cawan ubatKanak-kanak yang boleh minum dari cawan
Bagaimana memilih jenis persediaan?
Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat.
Persediaan cecair.
  • Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun
  • Cara pemberian
    • Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
    • Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 450??
    • Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
    • Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
    • Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan
  • Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah.
  • Panduan pemberian
    • Campurkan ubat dengan puding.
    • Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
    • Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
    • Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat.
  • Kanak-kanak sekolah
  • Panduan pemberian.
    • Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding.
    • Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa
Apakah yang perlu anda lakukan jika anak anda muntah?
Jika anak anda memuntahkan ubat:
  • Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama
  • Berulang kali, berhenti dan hubungi doktor.
Bagaimanakah cara menghancurkan ubat biji?
  • Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangkamasa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat
  • Bila ubat diperlukan untuk jangkamasa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.
Bagaimanakah cara melarutkan ubat?
  • Ikut seperti arahan yang tertera di bungkusan ubat.
  • Jika anda kurang pasti tentang arahan ini, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis.

Friday, June 29, 2012

Faedah Berhenti Merokok

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM10.00 sehari, pelaburan =RM 300.00 sebulan = RM 3600.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM36,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'

Thursday, June 28, 2012

BERHENTI MEROKOK!


Apakah baiknya berhenti merokok?
  • Pernafasan bertambah baik
  • Stamina meningkat
  • Lebih sihat
  • Lebih diterima oleh masyarakat
  • Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
  • Melindungi orang lain dari bahaya merokok
  • Menjimatkan wang
  • Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?
  • Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
  • Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
  • Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
  • Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
  • Mengatasi gian dan keinginan merokok
Bagaimana cara berhenti merokok?
  • Menyedari anda mepunyai masalah.
  • Membuat keputusan.
  • Menetapkan tarikh berhenti merokok.
  • Elakkan pengaruh untuk merokok.
  • Minta bantuan dari rakan anda.
  • Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
  • Rancang hari hari tidak merokok anda.
  • Bina keyakinan diri.
  • Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok.
Petua mengatasi keinginan merokok.
  • Tarik nafas panjang
  • Minum air
  • Membuat kerja lain
  • Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
  • Mandi
  • Basuh tangan
  • Senaman ringan ( contoh : regangan)
  • Sembahyang / meditasi


Wednesday, June 27, 2012

Berhati-hati Di Bawah Sinaran Matahari


Pengenalan
  • Aktiviti luar seperti bersukan, berenang, meredah hutan, mendaki gunung dan berkayak menyebabkan pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang panjang
  • Kesan pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit, boleh menyebabkan kanser kulit
Risiko
Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan:
  • Kulit terbakar (Sunburn) - menyebabkan kerosakan kulit yang kekal
  • Penuaan pra-matang - kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok
  • Kanser kulit - kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama
  • Kerosakan mata akibat sinaran ultra violet (UV)
Tiga cara bagaimana cahaya ultra violet (UV )boleh merosakkan kulit:
  • Cahaya UVA menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik menyebabkan kulit terbakar teruk
  • Cahaya UVB akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer yang menyebabkan kulit terbakar
  • Kebanyakan kesan cahaya UVC akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan kerosakan kulit
Tanda dan gejala
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:
  • Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
  • Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:
  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  • Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
  • Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.
Langkah pencegahan
  • Elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran matahari amat terik
  • Gunakan topi atau pelindung untuk mengelakkan dari terkena matahari pada bahagian tengkuk, kepala dan mata
  • Pakai pakaian yang sesuai dan gunakan cermin mata hitam untuk mengelakkan terkena kesan cahaya ultra violet
  • Gunakan krim pelindung sinaran matahari yang melindungi daripada pancaran UVA dan UVB, serta mempunyai sekurang-kurangnya SPF 15 walaupun pada waktu mendung
Adakah anda tahu bahawa terdapat bahan pelindung cahaya matahari secara semula jadi di kulit yang dipanggil melanin?
  • Melanin merupakan pigmen semula jadi yang menyerap sinaran ultra violet dan menyebabkan kulit berubah dari cerah ke kuning ke perangan
  • Melanin melindungi kulit daripada kerosakan pancaran sinar ultra violet oleh matahari
  • Secara umumnya, orang yang berkulit cerah mempunyai kandungan melanin yang kurang dan ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sinaran ultra violet
Langkah berjaga-jaga
Sesetengah ubat, kosmetik dan ubat kimia bertindak balas dengan cahaya matahari menyebabkan kulit merah atau terbakar:
  • Ubat alahan dan ubat gatal
  • Antibiotik
  • Ubat penenang
  • Ubat kencing manis
  • Ubat jerawat
  • Pil perancang keluarga
  • Racun serangga
  • Sesetengah bahan antibakteria yang terdapat dalam sabun atau pencuci muka
  • Bahan pewangi dalam sabun atau minyak wangi
  • Sesetengah produk herba terutamanya yang berasaskan limau, seleri, dan herba dari kumpulan St. John's Wort
Sekiranya anda mengambil ubatan, sila dapatkan nasihat ahli farmasi sama ada terdapat bahan tersebut di atas dalam ubatan anda yang boleh menyebabkan kulit sensitif pada sinaran ultra violet.
Berhati-hati dan lindungi diri anda dari matahari sekiranya anda menggunakan ubat tersebut.

Tuesday, June 26, 2012

Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul


  • Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat ataupun dicapai oleh kanak-kanak.
  • Simpan ubat kecemasan di tempat yang senang dicari.
  • Simpan ubat di dalam kabinet atau laci berkunci.
  • Simpan ubat dalam bekas asal dan pastikan label pada bekas adalah jelas. Kestabilan ubat-ubatan tertentu akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut. Label pula mengandungi informasi penting mengenai cara pengambilan ubat yang betul.
  • Simpan ubat jauh daripada cahaya dan suhu tinggi.
  • Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan ubat kapsul atau tablet di dalam bilik mandi, berdekatan dengan sinki dapur, ataupun di tempat yang lembap. Simpan ubat anda di tempat yang sesuai seperti bilik tetamu atau bilik tidur. Ini adalah kerana kepanasan dan kelembapan boleh menyebabkan ubat rosak. Kapas di dalam bekas ubat harus dibuangkan selepas bekas dibuka untuk mengelakkan kelembapan berkumpul di dalam bekas ubat.
  • Simpan ubat anda di tempat berdekatan dengan meja supaya anda boleh membuka bekas ubat di atas permukaan rata. Sekiranya ubat tertumpah, ia akan terjatuh di atas meja dan bukan di atas lantai atau ke dalam longkang. (Pastikan anda tidak membiarkan bekas ubat terletak di atas meja selepas mengambil ubat).
  • Keadaan cahaya yang cukup terang berdekatan dengan tempat penyimpanan ubat dapat memastikan ubat yang betul diambil. Jangan sesekali mengambil ubat dalam keadaan gelap.
  • Jangan campurkan beberapa jenis ubat yang berlainan dalam satu bekas yang sama. Anda akan menghadapi masalah untuk mengecam ubat anda semasa kecemasan. Akibatnya, anda mungkin akan terambil ubat yang salah. Malah, keberkesanan ubat-ubatan yang disimpan bersama mungkin akan berkurang disebabkan oleh interaksi.
  • Ubat makan harus disimpan berasingan dengan ubat sapu (seperti krim, ointment atau losyen).
  • Ubat untuk diri sendiri harus disimpan berasingan daripada ubat untuk suami/isteri dan ahli keluarga lain. Contoh: disimpan berasingan di kabinet lain ataupun sekurang-kurangnya berasingan walaupun dalam kabinet yang sama. Ini dapat mengurangkan kemungkinan anda mengambil ubat yang salah.
  • Elakkan ubat cecair daripada beku dalam peti sejuk. Ubat yang disimpan dalam peti sejuk harus diasingkan daripada makanan dan minuman. Anda boleh simpan ubat anda dalam satu bekas plastik yang berasingan di dalam peti sejuk.
  • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Monday, June 25, 2012

Hidung Berdarah


Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?
Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.
Apakah punca hidung berdarah?
  • Kecederaan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung
Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera:
  • Duduk dan tunduk ke hadapan
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
  • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

Sunday, June 24, 2012

Panduan Makan Malam Yang Sihat


  • Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
  • Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
  • Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
  • Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat dan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
  • Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
  • Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
  • Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
  • Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.

Saturday, June 23, 2012

Kepentingan Makan Malam


  1. Membekalkan tenaga dan nutrien untuk keperluan tubuh badan. Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. 
  2. Makan malam melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak mencukupi di siang hari seperti pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. 
  3. Selain daripada kepentingan biologi, makan malam juga penting untuk memenuhi fungsi psikologi dan sosial. 
  4. Sekiranya ibu bapa bekerja di siang hari, makan malam adalah penting untuk merapatkan kemesraan di antara ahli keluarga. Ini kerana waktu makan malam mungkin merupakan satu-satunya masa untuk bersama ahli keluarga yang lain.  
  5. Bagi fungsi psikologi pula, makan malam mungkin adalah salah satu cara untuk merehatkan fikiran selepas seharian berdepan dengan pelbagai masalah terutama bagi mereka yang bekerja.


Friday, June 22, 2012

Jangkitan Seksual


Apakah Jangkitan Seksual(STIs)?
Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang.
Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan.
Bagaimana anda mendapat STIs?
Anda boleh mendapat STIs dari mereka yang dijangkiti melalui :
  • Perhubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah-langkah pencegahan samada melalui vagina, dubur atau seks oral
  • Ciuman
  • Menyentuh kawasan yang dijangkiti
  • Berkongsi jarum (AIDS dan Hepatitis B)
Bagaimana anda melindungi diri anda?
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
Apakah tanda dan gejala STIs?
Wanita mengalami gejala jangkitan yang lebih kerap dan teruk. Ini termasuklah :
  • Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing
  • Sakit semasa kencing
  • Ulser di mulut atau alat kelamin
  • Gatal pada kawasan kemaluan
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Bengkak pada pangkal peha
  • Kulit yang berkutil atau berketuat
Bukan semua jangkitan di bahagian alat kelamin disebabkan oleh STIs (contohnya : jangkitan kulat candidiasis di vagina).
Apakah jenis STIs yang biasa berlaku?
Berikut adalah jenis-jenis STIs yang biasa berlaku :
  • Human Immunodeficiency Virus / Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS)

Jangkitan herpes di mulut
Bolehkah anda pulih dari STIs?
Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat STIs.
Hanya STIs akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya.
STIs akibat jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selamanya. Contohnya : AIDS, Herpes dan Human Papilloma Viruses.
Mereka yang aktif dalam perhubungan seks, perlu membuat pemeriksaan doktor secara berkala supaya penyakit STIs dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
Jika anda mengidap STIs adalah penting untuk memberitahu pasangan anda supaya beliau juga boleh mendapat rawatan.
Apakah komplikasi STIs?
STIs boleh mengakibatkan :
  • Penyakit Radangan Pelvik (PID)
  • Kemandulan
  • Kandungan di luar rahim
  • Kanser servik
  • Jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran
  • Keguguran, kematian janin dan kecacatan pada bayi yang baru lahir
  • Kematian, contohnya : AIDS

Thursday, June 21, 2012

Ketumbuhan Otak


Definisi
Ketumbuhan Otak adalah ketumbuhan yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Penyakit ini tidak mengira usia kanak-kanak tersebut. Pada masa ini, lebih daripada separuh kanak-kanak yang telah di diagnosakan ketumbuhan di otak telah sembuh daripada penyakit ini. Walau bagaimanapun rawatan ketumbuhan di otak adalah sangat rumit disebabkan oleh lokasi ketumbuhan tersebut. Kebanyakan kanak-kanak yang menjalani rawatan ini mengalami masalah jangka panjang seperti perubahan kepada fungsi motor dan intelektual. Dengan ini, kanak-kanak tersebut memerlukan penilaian dan penjagaan yang rapi secara berterusan bagi membantu kanak-kanak ini pergi ke sekolah dan meneruskan kehidupan hariannya dengan sebaik mungkin.
Anatomi otak
Sistem saraf (central nervous system) terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Kedua-duanya mengawal ke semua fungsi-fungsi badan.
Terdapat 3 lapisan/selaput membran yang dipanggil meninges di antara otak dan tengkorak yang mana membaluti sepenuhnya otak dan tengkorak. Terdapat cecair yang dipanggil cecair cerebrospinal (CSF) di antara dua lapisan ini dan juga sebagai pelapik kepada otak (cushion of the brain). Cecair ini dihasilkan di dalam rongga kecil yang dinamakan 'ventricle'. Otak disambungkan kepada muka melalui 12 saraf 'cranial'/kranial yang khusus, yang mana mengawal mata, muka dan pergerakan lidah.
Seperti juga dengan organ-organ lain, otak dihasilkan daripada sel-sel. Terdapat 40 billion sel-sel saraf dipanggil neuron' di dalam otak. Sel-sel ini saling berhubung antara satu sama lain dan juga dengan lain-lain bahagian di dalam tubuh badan dengan menghantar pesanan atau impulse saraf melalui sistem perjalanan saraf dan jaringan saraf (nerve pathway or network).
Otak terdiri daripada :-
  • Cerebrum - adalah bahagian besar di otak. Mengandungi 2 hemisfera. Hemisfera sebelah kanan mengawal pergerakan di sebelah kiri badan, begitu juga sebaliknya. Cerebrum ini fungsi besarnya adalah mengawal pemikiran, ingatan, pertuturan, pendengaran dan penglihatan.
  • Cerebellum - Ianya terletak di bahagian belakang otak, berfungsi dalam pengimbangan dan koordinasi badan.
  • 'Brain Stem' - Mengawal fungsi-fungsi asas yang diperlukan untuk mengekalkan kehidupan termasuk pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah.
Sebab-sebab ketumbuhan otak
Penyebab ketumbuhan otak tidak diketahui. Kanak-kanak yang mewarisi sindrom genetik yang jarang berlaku seperti (neurofibromatosis, penyakit Hippel-Lindau, sindromLi-Fraumeni) berkemungkinan besar boleh mendapat ketumbuhan di bahagian sistem saraf. Kanak-kanak yang telah menerima rawatan radiasi di kepala sebagai rawatan kepada lain-lain penyakit yang malignan adalah berisiko tinggi untuk mendapat ketumbuhan otak.
Klasifikasi Ketumbuhan Otak
Ketumbuhan Otak Primer boleh terjadi daripada sel-sel yang berlainan yang terdapat di otak. Ketumbuhan ini boleh jadi benign (bukan kanser) ataupun 'malignan' (kanser)
Kebanyakan ketumbuhan otak primer adalah benign, di mana ketumbuhan ini akan berada di dalam otak dan tidak merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan, rawatan yang diperlukan hanyalah membuang ketumbuhan keseluruhannya.
Ketumbuhan otak yang malignan adalah ketumbuhan yang boleh merebak dan menyerang lain-lain bahagian badan. Walaupun ketumbuhan ini telah dibuang secara pembedahan, tetapi sel-sel barah ini akan tumbuh dan menyerang bahagian badan secara berterusan.
Klasifikasi di antara ketumbuhan benign dan malignan kadang kala boleh disalah tafsirkan. Ada kalanya ketumbuhan yang benign boleh menyebabkan kematian sekiranya ketumbuhan ini menekan organ-organ yang penting, ketumbuhan yang tidak dapat dibuang, akan terus merebak. Semua ketumbuhan di sistem saraf adalah merbahaya.
Gejala-gejala ketumbuhan otak
Gejala-gejala ketumbuhan berlainan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan tersebut.Ketumbuhan ini menyebabkan aliran cecair cerebrospinal tersekat dan menyebabkan cecair ini berkumpul di dalam ventricle. Ini dipanggil hydrocephalus.
Tekanan yang tinggi di dalam otak boleh menyebabkan gejala seperti :-
  • Sakit kepala
  • Mual dan muntah
  • Resah gelisah
  • Kurang tahap kesedaran
  • Perubahan personaliti
  • Fungsi jantung dan pernafasan berkurang yang boleh menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri jika tidak dirawat.
  • Di kalangan bayi, tekanan yang tinggi kepada otak boleh menyebabkan bahagian lembut di kepala akan membengkak dan menyebabkan saiz kepala akan menjadi lebih besar.
Ketumbuhan yang berlaku di dalam cerebellum akan menyebabkan lemah dan ke tidak seimbangan semasa berjalan.
Lain-lain gejala boleh di dapati bergantung kepada lokasi ketumbuhan tersebut. Di antaranya:
  • sawan
  • juling, penglihatan yang kabur
  • saraf yang lumpuh di bahagian otot muka atau separuh badan
  • Hilang ingatan jangka pendek
  • Pertuturan kurang jelas
  • Gangguan fungsi usus dan pundi kencing, sakit belakang yang dialami adalah melibatkan saraf tunjang
Gejala-gejala yang terdapat dalam ketumbuhan otak ini boleh menyerupai lain-lain keadaan atau lain-lain masalah perubatan. Jika terdapat gejala-gejala ini hendaklah dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
Jenis-jenis Ketumbuhan Otak
Terdapat banyak jenis ketumbuhan otak. Hanya 2 jenis ketumbuhan otak yang sering menyerang kanak-kanak iaitu medulloblastoma dan glicoma.
Rawatan
Rawatan ketumbuhan otak ini melibatkan pendekatan pelbagai disiplin. Kepelbagaian rawatan seperti pembedahan radioterapi dan kemoterapi, boleh juga dilakukan secara rawatan kombinasi/bersama.
Dalam kebanyakan kes, pakar bedah neurologi akan membuang sebanyak mungkin ketumbuhan tersebut. Tisu-tisu ini akan diuji oleh pakar patologi untuk menentukan jenis ketumbuhan yang sebenar.
Kadang kalanya saluran getah yang halus dimasukkan untuk mengalirkan cecair saraf tunjang yang berlebihan daripada otak ke dalam lapisan abdomen. Keadaan ini akan menghentikan tekanan intrakranial yang meningkat dan juga mengurangkan gejala-gejala.
Sekiranya ketumbuhan ini tidak dapat dibuang, disebabkan oleh terletak di lokasi yang berbahaya seperti di brain stem, atau pembedahan pembuangan ketumbuhan yang tidak dilakukan sepenuhnya, atau sel-sel kanser tidak dibuang, rawatan radioterapi akan diberikan selepas pembedahan dilakukan.
Rawatan kemoterapi ubat anti kanser digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser secara rutin bagi rawatan medulloblastoma dan sekarang digunakan secara meluas bagi merawat lain-lain jenis ketumbuhan otak.
Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang mengidap Ketumbuhan Otak?
Kesan terhadap pesakit bergantung kepada :
  • jenis ketumbuhan
  • Keterukan penyakit
  • saiz dan lokasi di mana ketumbuhan berlaku
  • ada atau tidak perebakan penyakit
  • tindak balas penyakit terhadap rawatan
  • umur dan taraf kesihatan kanak-kanak tersebut
  • Keupayaan kanak-kanak ini menerima rawatan ubatan yang khusus, prosedur yang dijalankan dan terapi yang diberi.
Sebagaimana dengan lain-lain jenis kanser, kesan jangka panjang terhadap jangka hayat individu adalah berbeza antara satu sama lain. Perawatan perubatan yang tepat dan terapi yang agresif adalah penting bagi menentukan kesan jangka panjang penyakit ini.
Apakah penjagaan lanjutan jangka panjang yang diperlukan?
Tujuan utama perawatan ini adalah untuk memaksimumkan rawatan jangka panjang terhadap kanak-kanak tersebut. Ini dapat dicapai melalui pemantauan dari berbagai-bagai disiplin dan intervensi dalam berbagai-bagai bidang termasuk :-
  • fungsi intelek
  • penilaian fungsi endokrin dan rawatan
  • penilaian fungsi neurologi
  • penjagaan psychososial
  • pendengaran, penglihatan
  • fungsi motor
Kanak-kanak yang telah mendapat rawatan daripada ketumbuhan otak selalunya menghadapi perubahan dalam fungsi intelek dan fungsi motor yang mana boleh memberi kesan kepada pendengaran pembelajaran mereka. Dengan itu adalah mustahak diadakan program khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini yang mana boleh memberikan berbagai-bagai perkhidmatan secara individu supaya kanak-kanak ini dapat pergi ke sekolah dan potensi yang tinggi untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang berjaya adalah penting.