Followers

Sunday, December 9, 2012

10 makanan paling menggemukkan di Malaysia

Ramai orang suka makan. Setiap orang sukakan makanan. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan - kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1.         Nasi Lemak


Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2.         Roti Canai


Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Lari 10 km dulu baru boleh makan lebih sikit!:) 

3.         Nasi goreng

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang khasiatnya. Ada kurang situ!

4.         Ais krim


Sedapnya dapat ais krim, lagi lagi dengan cuaca di Malaysia ni kan? Tetapi ingat! Ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori - dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5.         Burger

Kaya dengan karbohidrat, protein (patty), lemak. Satu hidangan burger 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori? 

6.         Mee kari


Hidangan mee dengan sup kari, santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7.         Makanan bergoreng


Rata rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) kadang kadang pakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh elakkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll).

8.         Whole milk

Susu penuh krim ini sememangnya tak elok utk anda! Kandungan lemak sangat tinggi dan walaupun ada memberi anda kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak.

9.         Roti

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Somehow, roti pun high in fat dan karbohidrat. Sekeping pun dah 80 kalori. Boleh cuba roti wholemeal. Satu keping baru 50 kalori.

10.       Mayonis

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori dan 40 gram lemak. Agak tak berapa sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!


Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri. Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!


P/S : nak ambil semua makanan di atas ni boleh je, tapi disarankan ambil suplement yg leh pecahkan lemak2 tu, di samping ade manfaat lain.. leh cuba produk ni : Shaklee Lecithin . Belum cuba belum tahu, dah cuba nak orang lain tahu ! :-)

No comments:

Post a Comment