• Kacang badam (almonds)
Kacang jenis ini adalah yang paling terbaik untuk mengurangkan berat badan. Badam ini di penuhi serat, nutrien, protein dan lemak yang sihat untuk membantu anda merasa kenyang tanpa mengambil kalori yang tinggi. Ada juga kajian yang mengatakan orang yang obese dapat mengurangkan berat badan mereka setelah menjalani diet yang mengandungi badam.
• Kacang gajus (cashews)
Bahan mineral seperti magnesium, phosporus dan zinc boleh di dapati di dalam kandungan kacang gajus ini. Ianya juga mengandungi lemak sihat, protein dan fiber yang membantu untuk mengurangkan berat badan.
• Kacang walnuts
Kacang ini juga sama seperti gajus dan juga badam iaitu mengandungi protein, serat, lemak yang sihat dan juga omega-3 fatty acids untuk membantu mengurangkan paras kolesterol. Seperti juga kekacang yang lain, walnuts ini membolehkan anda merasa kenyang dan dapat mengelakkan anda daripada memakan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan.
No comments:
Post a Comment