Idea Kekalkan Keharmonian Perkahwinan - Oleh: HASNITA PAMA
- Bagi pasangan Muslim, solat berjemaah bersama adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Berdoa bersama meminta kepada Allah agar memelihara hubungan anda dan pasangan serta mengurniakan kebahagiaan dalam perkahwinan.
- Sesekali berbual tentang kenangan zaman percintaan anda berdua. Tentu banyak kisah manis yang boleh diimbas kembali selain kisah lucu yang pasti membuatkan anda berdua tertawa mengenangkannya.
- Sentiasa mengambil tahu aktiviti seharian pasangan. Keprihatinan yang ditunjukkan membuatkan anda berdua saling menyayangi antara satu sama lain.
- Jangan lupa mengucapkan kata-kata ‘saya sayang awak’ atau ‘saya cintakan awak’ setiap hari. Dengan cara ini pasti hubungan cinta kalian berdua tetap utuh dan manis selamanya.
- Pelukan dan ciuman juga mampu mengeratkan hubungan intim suami isteri. Jika sudah lama tidak memberikan pelukan kepada suami atau isteri, segera lakukan!
- Sentiasa mengucapkan kata-kata maaf setiap kali melakukan kesalahan dengan pasangan kerana ia adalah kunci kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment