Rasa sakit hati kan, setelah cuba pelbagai cara dan senaman namun berat
badan masih belum berkurang? Tanpa disedari ini mungkin kerana bentuk
badan berbeza memerlukan tumpuan senaman dan diet berbeza. Kali ini kami
senaraikan amalan senaman yang sesuai untuk bahagian badan bermasalah,
mengikut jenis bentuk badan anda!
Bagi mereka yang miliki badan berbentuk “Pear”
Bentuk badan “Pear” miliki bahagian punggung dan paha lebih besar. Misalnya seperti diva antarabangsa Beyonce dan Rihanna.
Senaman yang wajar dilakukan:
Amalkan senaman yang meningkatkan metabolisma dan bakar kalori seperti
berlari. Cuba angkat berat untuk lengan dan bahu bagi seimbangkan
potongan badan anda yang asalnya lebih lebar di bahagian punggung. Bagi
tone bahagian kaki, amalkan lunge dan squat. Senaman lain hanya akan
membesarkan lagi kaki anda.
Bagi mereka yang miliki badan berbentuk Epal
Masalah utama bagi mereka yang miliki bentuk badan epal adalah lengan
yang besar. Mereka miliki bahagian atas badan yang lebih lebar, tetapi
kaki yang cantik dan kurus. Contoh terbaik adalah Catherine Zeta Jones.
Senaman yang wajar dilakukan:
Amalkan senaman kardio dan cuba angkat berat untuk bahagian kaki bagi seimbangkan bentuk badan anda.
Bagi mereka yang miliki badan berbentuk “hourglass”
Bentuk badan idaman kebanyakan jejaka namun tidak berapa diinginkan kaum
Hawa. Mereka yang miliki bentuk badan Hourglass miliki dada dan
punggung lebih terbentuk manakala pinggang yang ramping. Bentuk badan
ini juga harus menjaga permakanan kerana mudah untuk naik berat. Contoh
terbaik adalah Kim Kardashian dan Marilyn Monroe.
Senaman yang wajar dilakukan:
Amalkan senaman yang tumpukan kepada seluruh badan seperti berlari dan kardio.
Bagi mereka yang miliki badan Tubular
Inilah bentuk badan idaman kebanyakan wanita. Semulajadi kurus. Namun
ada kalanya nampak terlalu kurus, kerana badan seolah seperti papan,
dada kecil dan tidak berpunggung. Contohnya seperti kebanyakan
peragawati, termasuklah Cara Delevigne.
Senaman yang wajar dilakukan:
Tingkatkan pengambilan kalori untuk bina otot. Cuba aneka jenis senaman
untuk seluruh badan tetapi jangan terlalu leka dengan senaman kardio
kerana ini akan mengecilkan lagi badan anda.
SUMBER
No comments:
Post a Comment