Followers

Friday, October 10, 2014

Harga kereta dijangka turun selepas GST


Harga kereta dijangka turun selepas GST

Narayani Raj - Thursday, October 09, 2014
harga-kereta-dijangka-turun-selepas-gst

KUALA LUMPUR, (MLP) -  Harga kereta yang baru dijangka akan turun antara 1 hingga 3 peratus selepas pelaksanaan Goods and Service Tax (GST)

Walau bagaimanapun, ini akan diimbangi harga tinggi untuk komponen kenderaan yang diimport kerana faktor pertukaran wang asing. 

Komponen kenderaan kebanyakannya diimport dari negara Jepun dan jika matawang yen meningkat berbanding dengan ringgit, kos penjimatan akan berkurang. Ini adalah kerana kos komponen kereta akan menjadi lebih tinggi dan akan juga mempengaruhi harga kereta.

Pengarah Bahagian CBP Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy berkata ‘’kami tidak boleh jaminkan harga kereta akan menurun kerana tiada siapa dapat menjangka kadar pertukaran asing  pada bulan Disember atau pada Januari tahun depan’’.

Kredit Foto : Business Week

SUMBER ARTIKEL

No comments:

Post a Comment