Madu mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dengan pengambilan madu
secara kerap. Orang zaman dahulu memang gemarkan madu dan
menggunakannya sebagai produk kecantikan semulajadi.
Masalah rambut kusam? Kulit berjerawat? Wajah tak berseri? Tidak perlu
risau, madu mampu menyerlah kecantikan kulit dan rambut anda.
3 manfaat madu bagi mengatasi masalah rambut dan kulit:
Menyuburkan rambut
Campurkan madu dengan minyak zaitun dengan jumlah yang sama banyak dan
sapukan pada rambut serta kulit rambut. Selepas setengah jam, bilas
dengan syampu. Mudah kan?
Mengatasi jerawat
Madu mempunyai kandungan anti bakteria yang berkesan untuk mengatasi
masalah kulit berjerawat. Campurkan madu dengan kunyit and sapu pada
bahagian yang berjerawat selama 15 minit lalu bilas. Lihatlah perbezaan
yang ketara pada wajah anda!
Mencantikkan kulit
Untuk kulit yang cantik dan berseri secara semulajadi, minumlah madu
secara berkala serta gunakannya pada kulit. Madu mengandungi nutrisi
seperti magnesium, potassium dan kalsium yang membantu menghasilkan
kulit yang lebih sihat and berseri.
SUMBER
No comments:
Post a Comment