Followers

Wednesday, October 31, 2012

Tips Bilik Nampak Kemas


1. Gunakan warna cerah – Dinding berwarna cerah dan terang adalah sifat pemantul di mana ia akan membantu memaksimumkan kesan yang dihasilkan oleh cahaya semulajadi.

2. Penggunaan cermin – Cermin boleh memberi kesan yang menarik bagi meluaskan bilik. Cermin juga memantulkan cahaya dari luar, masuk ke dalam bilik dan menjadikan bilik kelihatan lebih besar.

3. Perabot sepadan dan berskala – Pilihlah perabot yang sepadan dengan keluasan bilik. Sebagai contoh, dalam bilik kecil, gunakan kerusi bersaiz kecil dan tidak sarat dengan corak ataupun sofa yang ringkas.


Tuesday, October 30, 2012

Cara Hilangkan Hanyir Ikan Darat


Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut.
  1. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa.
  2. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. 
  3. Pasti ikan tidak hanyir lagi. 


Contoh ikan betul2 naik dari sungai, hehe  : 


Monday, October 29, 2012

Cara Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

  1. Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. 
  2. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.




Sunday, October 28, 2012

Cara Mengenal Ais Dari Air Paip Atau Air Masak


Saturday, October 27, 2012

Kelebihan Terung Susu Kambing

Dapat merawat darah tinggi, kencing manis dan demam kuning.

Cara2 :
Minum air rebusan buah dan makan buahnya,

Friday, October 26, 2012

Tafsir Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman


  • Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
  • Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
  • Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
  • Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
  • Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.

  • Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
  • Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
  • Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
  • Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
  • jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

  • Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
  • Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
  • Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
  • Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
  • Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat

  • Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
  • Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
  • Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
  • Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
  • Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
  • Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
  • Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
  • Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan


Thursday, October 25, 2012

Berita - Doktor Suruh Buka Baju


JOHOR BAHRU: “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.

“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hsubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini. 

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air. 

Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.



Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.


sumber

Utamakan Kebersihan Zon V


WANITA mana yang tidak mahu tampil cantik dan menarik setiap hari? Tanyalah pada mana-mana wanita, pasti penampilan luaran seperti gaya berpakaian dan solekan menjadi titik fokus sebelum keluar rumah bagi menjalani aktiviti harian.

Apabila terlalu memberi perhatian kepada dandanan dan penampilan luaran yang menarik, ramai wanita lazimnya mengabaikan penampilan dalaman khususnya di zon-V iaitu kawasan alat sulit hingga akhirnya menjejaskan keyakinan diri. 

Setiap wanita sepatutnya terlebih dulu menitikberatkan kebersihan zon-V kerana ia berkait rapat dengan kesihatan.

Tidak sukar sebenarnya untuk memastikan zon-V itu sentiasa sihat dan bersih.



Pertama, periksa kawasan terbabit secara kerap untuk mengenal pasti jika ada bau atau lelehan pelik, juga benjolan dan darah yang tidak sepatutnya. 
Semua itu boleh menjadi petanda bahawa zon-V mengalami masalah kerengsaan atau jangkitan lalu perlu segera mendapatkan rawatan.

Kedua, bersihkan zon-V menggunakan pencuci yang sesuai dengan pH serta elakkan pencuci yang terlalu banyak bahan kimia atau mengandungi wangian. 
Sebaiknya bersihkan dengan air suam dan sabun lembut. Selesai membersihkannya, lap kering bagi mengelakkan ruam di kawasan terbabit.

Langkah ketiga ialah melindungi zon-V dengan memakai seluar dalam jenis kapas, selain kerap mengganti tuala wanita atau liners setiap 4 jam sekali. 

Cara ini membolehkan kulit bernafas dengan lebih baik serta membantu mengelakkan jangkitan dan bauan yang kurang menyenangkan. Ia juga memberi kesegaran dan keselesaan berpanjangan.

Tabiat menggunakan liner setiap hari adalah perlu untuk memastikan zon-V sentiasa kering dan segar.

Sumber : Harian Metro 25/10/2012

9 Tafsir Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian (Bahagian 6)


  • Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  • Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
  • Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
  • Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  • Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

  • Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  • Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  • Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  • Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Wednesday, October 24, 2012

10 Tafsir Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian (Bahagian 5)


  • Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  • Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  • Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  • Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  • Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

  • Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  • Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  • Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  • Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

Tuesday, October 23, 2012

10 Tafsir Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian (Bahagian 4)


  • Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  • Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  • Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  • Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  • Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  • Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  • Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  • Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  • Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  • Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

Monday, October 22, 2012

Petua Mencuci Pakaian Yang Terkena Karat

  • Sediakan dua biji limau nipis, belah dan keluarkan bijinya. 
  • Lepas tu, ambil belahan limau nipis itu dan gosokkan ke bahagian baju atau seluar yang terkena karat. 
  • Kemudian, rendamkan pula baju itu ke dalam sebekas air yang dicampur dengan sedikit garam.
  • Rendam selama satu dua jam.
  • Kemudian, basuh pakaian dengan sabun seperti biasa. Selamat mencuba! ;-)

Sunday, October 21, 2012

10 Tafsir Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian (Bahagian 3)


  • Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  • Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
  • Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  • Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  • Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  • Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  • Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  • Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  • Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

Saturday, October 20, 2012

Petua Mudah Mengopek Kerang

  • Bagi yang mahu hidangan kerang tanpa kulit, boleh cuba petua ini.
  • Campurkan satu sudu minyak masak ke dalam bekas rebusan semasa merebus kerang.
  • Kerang akan terbuka sedikit dan mudahlah untuk mengopeknya.


Friday, October 19, 2012

10 Tafsir Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian (Bahagian 2)


  • Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira.
  • Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar.
  • Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran.
  • Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan.
  • Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang.
  • Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian.
  • Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan.
  • Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat.
  • Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
  • Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh.

Thursday, October 18, 2012

10 tafsir mimpi berkaitan peristiwa atau kejadian (Bahagian 1)


  • Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  • Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat.
  • Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.
  • Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia.
  • Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

  • Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda.
  • Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  • Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa.
  • Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat.
  • Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat.

Wednesday, October 17, 2012

Tips Berkahwin Pada Usia Muda


  • Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.
  • Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendaki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.
  • Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali lebih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

  • Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan hala tuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.
  • Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.
  • Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masa depan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, seperti mana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.
  • Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

Tuesday, October 16, 2012

5 Khasiat Salad


  • merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. 
  • kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu 
  • mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
  • Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .
  • Salad juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman

Monday, October 15, 2012

Petua Segarkan Salad

  • Perah sebiji lemon dan perah jusnya ke dalam mangkuk.
  • Rendam sayur yang layu ke dalam mangkuk itu selama setengah jam.
  • Sejat air dari sayuran hingga kering. 

Sunday, October 14, 2012

Petua Mengecutkan Tahi Lalat Hidup

  • Ambil tangkai daun sirih cina, tumbuk hingga hancur untuk mendapatkan air lendirnya.
  • kemudian, sapukan lendir itu pada sekeliling tahi lalat sambil digosok-gosokkan. (Kemungkinan akan rasa pedih semasa melakukan).
  • Sekiranya tiada tangkai daun sirih Cina, boleh guna daun sirih biasa.

Saturday, October 13, 2012

Petua Membuang Lemak Pada Sup

  1. Selepas memasak sup, biarkan sup sejuk terlebih dahulu.
  2. Letak sup di dalam peti ais supaya cepat sejuk.
  3. Setelah beberapa lama, ambil senduk untuk membuang lemak terapung yang terdapat di atas sup tersebut.

Friday, October 12, 2012

Petua Awet Muda (Koleksi 2)

Petua 1 : 
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

Petua 2 : 
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Surah Al-Waqiah Ayat 35-38 :


Petua 3 : 
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 4 : 
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

Petua 5: 
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.




Thursday, October 11, 2012

Petua Ikan Tetap Segar


Adakalanya ikan yang dibeli kurang kesegarannya. Petuanya ialah setelah ikan tersebut disiang, perapkan dengan beberapa biji buah belimbing buluh & sedikit garam. Kemudian cucilah dengan air. Masukkan ikan tersebut ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Wednesday, October 10, 2012

Ciri-ciri Isteri Yang Dicari Suami


Berikut ciri-cirinya :
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Tuesday, October 9, 2012

Petua Awet Muda (Koleksi 1)

Petua 1 :

Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.




Petua 2 :

Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 :

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.


Petua 4 :

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.


Monday, October 8, 2012

Petua Melembutkan Rambut Yang Kasar

  • Ambil secekak daun kangkung.
  • Setelah dibersihkan, masukkan dalam sebuah bekas yang diisi dengan air suam (lebih kurang setengah gelas).
  • Ramas-ramas daun kangkung dengan tangan hingga keluar lendirnya.
  • Ambil air dalam bekas tersebut, sapukan pada rambut.

Sunday, October 7, 2012

Petua Memperbanyakkan Susu Badan


  • Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan tetapi merasakan susu badan itu kurang. Cuba amalkan air rebusan daun betik.
  • Amalan minum air rebusan daun betik ini dipraktikkan oleh wanita dahulu.

Saturday, October 6, 2012

Petua Merawat Demam Malaria


  • Selain berubat dengan kaedah moden, boleh ikhtiar cara tradisional juga.
  • Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya.
  • Air perahan itu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. 
  • Mandikan pesakit dengan air daun betik ini 2 atau 3 kali sehari.
  • Kalau pesakit tidak dapat mandi, lap seluruh badan.
  • InsyaAllah membantu menyembuhkan demam malaria yang dihidapi.


Friday, October 5, 2012

Petua Satay Lebih Empuk Dan Wangi

Bagi sesetengah pembuat satay, lazimnya daging satay yang telah siap digaul dengan perencah akan dibungkus dengan daun betik selama satu jam. 

Dengan cara ini, daging satay itu akan menjadi empuk dan berbau wangi apabila dibakar.


Thursday, October 4, 2012

Petua Mendapat Anak Berkulit Cerah

  • Sebaik sahaja dapat tahu telah mengandung, banyakkan makan sayur-sayuran hijau terutama sekali sayur bayam. 
  • Makan telur ayam kampung. kalau boleh, sebiji setiap hari.
  • Amalkan petua sehingga anak dalam kandungan dilahirkan.

Wednesday, October 3, 2012

Petua Hilangkan Hanyir Udang

Untuk menghilangkan hanyir pada udang, semasa mencuci udang, gunakan air yang dicampur dengan asam jawa sebagai air basuhan. Boleh guna air perahan limau juga.


Tuesday, October 2, 2012

Cara Melawan Peragut


Monday, October 1, 2012

Doa Segala Penawar