Followers

Thursday, October 25, 2012

Utamakan Kebersihan Zon V


WANITA mana yang tidak mahu tampil cantik dan menarik setiap hari? Tanyalah pada mana-mana wanita, pasti penampilan luaran seperti gaya berpakaian dan solekan menjadi titik fokus sebelum keluar rumah bagi menjalani aktiviti harian.

Apabila terlalu memberi perhatian kepada dandanan dan penampilan luaran yang menarik, ramai wanita lazimnya mengabaikan penampilan dalaman khususnya di zon-V iaitu kawasan alat sulit hingga akhirnya menjejaskan keyakinan diri. 

Setiap wanita sepatutnya terlebih dulu menitikberatkan kebersihan zon-V kerana ia berkait rapat dengan kesihatan.

Tidak sukar sebenarnya untuk memastikan zon-V itu sentiasa sihat dan bersih.



Pertama, periksa kawasan terbabit secara kerap untuk mengenal pasti jika ada bau atau lelehan pelik, juga benjolan dan darah yang tidak sepatutnya. 
Semua itu boleh menjadi petanda bahawa zon-V mengalami masalah kerengsaan atau jangkitan lalu perlu segera mendapatkan rawatan.

Kedua, bersihkan zon-V menggunakan pencuci yang sesuai dengan pH serta elakkan pencuci yang terlalu banyak bahan kimia atau mengandungi wangian. 
Sebaiknya bersihkan dengan air suam dan sabun lembut. Selesai membersihkannya, lap kering bagi mengelakkan ruam di kawasan terbabit.

Langkah ketiga ialah melindungi zon-V dengan memakai seluar dalam jenis kapas, selain kerap mengganti tuala wanita atau liners setiap 4 jam sekali. 

Cara ini membolehkan kulit bernafas dengan lebih baik serta membantu mengelakkan jangkitan dan bauan yang kurang menyenangkan. Ia juga memberi kesegaran dan keselesaan berpanjangan.

Tabiat menggunakan liner setiap hari adalah perlu untuk memastikan zon-V sentiasa kering dan segar.

Sumber : Harian Metro 25/10/2012

No comments:

Post a Comment