Followers

Friday, November 30, 2012

KENALI 5 TANDA PASANGAN BERBOHONG

Berbohong mengenai perkara yg kecil mungkin boleh dimaafkan tetapi bila melibatkan hal-hal yg besar, sejuta maaf pun belum tentu dapat dilakukan. Bagi mengelakkan diri terus dipermainkan, kenali beberapa tanda yg menunjukkan bahawa pasangan anda tidak bercakap benar.

1. Tidak berani bertentang mata

Lazimnya, orang yg berbohong tidak berani bertentang atau menatap mata individu yg bercakap dengannya. Jika pasangan anda berperangai demikian, pasti ada sesuatu yg disembunyikan. Apatah lagi apabila matanya sering dikerdipkan. Berdasarkan kajian, seseorang manusia akan mengedipkan matanya sekurang-kurangnya 15 ke 20 kali seminit sekiranya dia dalam keadaan yg malu, tertekan atau cuba berbohong.

2. Percakapan yg tidak lancar

Sebelum ini pasangan anda cukup pandai berkata-kata tetapi bila berbohong, percakapan yg lancar akan mudah tersekat-sekat. Ini adalah cara yg boleh dilihat sekiranya mereka berbohong. Kebiasannya, individu sebegini akan kehabisan kata-kata apabila berhadapan dengan orang yg dibohonginya. Gaya percakapannya pun tergagap-gagap kerana di kepalanya ligat memikirkan cerita-cerita bohong yg logik utk dijadikan alasan.

3. Enggan duduk berdekatan

Utk mengesan pasangan yg berbohong, cuba anda ajak dia duduk di sebelah anda. Kebiasannya, orang yg berbohong keberatan utk duduk berdekatan dengan individu yg dibohonginya kerana diselubungi rasa bersalah. Perhatikan gerak-gerinya. Jika dia menolak pelawaan anda atau sibuk memainkan tangannya, berkemungkinan besar cerita-cerita yg disampaikan tidak benar belaka.

4. Gugup bila diaju soalan spontan

Boleh dikatakan orang yg berbohong mempunyai fikiran yg kreatif. Ada sahaja cerita-cerita menarik di fikirannya. Malah sebelum bertemu pasangan, dia telah memikirkan apa yg akan disampaikan agar semuanya berjalan lancar. Disebabkan itulah anda perlu lebih bijak darinya dgn mengajukan soalan-soalan secara spontan. Kalau boleh soalan yg tidak terfikir dek akalnya. Lihat, bagaimana reaksinya ketika itu. Jika berbohong, pasti dia menggelabah dan tidak tentu arah.

5. Cerita yg meleret-leret

Individu yg suka berbohong mempunyai satu kelebihan iaitu pandai mengarang cerita. Kadang-kadang sampai tak logik bila difikirkan. Dalam pada itu, mereka juga gemar panjangkan cerita-cerita yang boleh diringkaskan. Pada pendapat mereka, cerita yg panjang lebih meyakinkan drpd cerita yg oendek. Kerana itu, berhati-hatilah. Jangan terus jadi mangsa penipuan pasangan sendiri.

P/S : Semoga kita semua peroleh cinta yg ikhlas dari si dia & semoga cinta yg disemai berkekalan. Amin..



Thursday, November 29, 2012

Jauhi makanan tinggi kalori agar hati sihat dan muda

Selain berolahraga, ternyata dengan jauhi makanan yg tinggi kalori mampu membuat fungsi hati lebih sihat seakan-akan orang-orang yang berusia 20 tahun lebih muda. Kajian yg dilakukan oleh kumpulan penyelidik University School of Medicine St. Louis di Washington mendapati bahawa dengan mengurangkan jenis makanan berkalori mampu membuat tubuh mengadaptasi aktiviti fizikal dgn lebih mudah, kurang stres & akan memiliki kualiti tidur yg lebih baik.


Biasanya makanan tinggi kalori ini adalah seperti makanan segera, makanan ringan, goreng-gorengan, gula-gula getah, aiskrim, mayonis, kuah daging, kopi segera, bijiran sarapan manis, puri kentang dengan tambahan keju, kerepek, susu tinggi lemak dan daging yang diolah.

Selain itu, bagi penyelidik pula mengurangkan makanan yg berkalori akan membantu jantung berfungsi dengan lebih baik lagi. Hal ini kerana, lebih tinggi kadar variabaliti jantung akan membuat jantung lebih mudah menyesuaikan diri. Menjauhi makanan berkalori juga akan mengurangkan risiko akibat penyakit jantung sehingga 30-40%.


Wednesday, November 28, 2012

Tips Atasi Mulut Berbau

Jangan risau jika anda mengalami masalah mulut berbau. Cuba petua di bawah :
  1. Ambil sebatang serai, beberapa biji ketumbar & beberapa helai daun sirih.
  2. Selepas itu, tumbuk lumat semua bahan-bahan tersebut.
  3. Kacau rata bersama kapur sirih dan air secukupnya.
  4. Simpan di dalam sebuah bekas.
  5. Tutupkan dgn kain nipis pada mulut bekas berkenaan dan embunkan semalaman.
  6. Pada keesokan harinya, gunakan air jernih yg terbentuk di permukaan bekas utk berkumur.


Tuesday, November 27, 2012

Tips Hilangkan Bau Badan Guna Beras

  1. Jika badan anda berbau, ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. 
  2. Ramas hingga hancur dan campurkan dgn sedikit air asam jawa.
  3. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit.
  4. Kemudian, bilas atau mandi.
Boleh juga cuba petua yang ini (lebih mudah) : 





Monday, November 26, 2012

Cara sembuhkan bisul

  1. Bagi mengubati bisul di tubuh menggunakan bahan yg ada di dapur ialah mengambil segumpal kapas & mencelupnya seketika ke dalam cuka makan hingga meresap.
  2. Sapu keliling bisul tersebut setiap malam.
  3. Lakukan sehingga sembuh.
Sumber gambar : google

Sunday, November 25, 2012

Tips bibir sentiasa berseri

  1. Utk mendapatkan bibir yg berseri, ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 santan kelapa yg pekat & sedikit garam. 
  2. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata.
  3. Minumlah setiap pagi. 

Saturday, November 24, 2012

Tips Hilangkan Mabuk Naik Kenderaan

Jika anda seorang yg mudah merasa pening & loya ketika menaiki kenderaan utk jarak jauh, cuba petua ini :

  1. Campurkan madu asli dgn sedikit garam.
  2. Bancuh sebati.
  3. Minum dengan sedikit air sebelum anda mulakan perjalanan.

Friday, November 23, 2012

Cuaca Panas Punca Jiwa Pemarah


Bagi sesetengah orang, cuaca panas menjadi sumber rezeki mereka, begitu juga cuaca hujan. Namun, keadaan yg terlalu panas terik sememangnya kurang digemari. Bukan hanya tidak selesa kerana membuat tubuh berpeluh-peluh, tetapi cuaca panas juga memberi kesan pada jiwa seseorang. Suhu panas kerap dilihat membuat seseorang menjadi kurang sabar dan pemarah.

Cuaca panas dan lembap didapati mempunyai hubungkait dengan peningkatan agresif & kekerasan serta suasana hati yg lebih buruk. Keadaan tersebut berlaku kerana manusia cenderung sukar tidur, dehidrasi & mengalami keterbatasan aktiviti disebabkan mahu menghindari cuaca panas di sepanjang hari tersebut. Semua itu boleh menyebabkan suasana hati semakin memburuk, lebih-lebih lagi apabila cuaca semakin panas.

Selain itu, faktor kurangnya kawalan di atas situasi tersebut mungkin juga boleh mengganggu sebahagian orang. Antara lain, orang yg berada dalam situasi ini mudah tertekan, sangat gelisah & tidak mustahil boleh memudaratkan lagi jiwa & perasaan mereka hingga ke tahap yg paling buruk.


Sumber : majalah wanita

Thursday, November 22, 2012

Telur tingkat risiko sakit jantung


  • Telur sering dikatakan sebagai jenis menu yg boleh membuat tubuh lansing. Namun, dalam penyelidikan yg dijalankan di University of Athens Medical School, sarapan telur di pagi hari boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. 
  • Kesimpulan tersebut diambil setelah melakukan penyelidikan terhadap lebih kurang 43 ribu responden wanita Sweeden selama 15 tahun. Dari beberapa kes sepanjang penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa mereka yg mengikuti pola diet dengan mengambil protein tinggi dan karbohidrat rendah, sebanyak 28% lebih cenderung mengalami kemungkinan utk menghadapi penyakit jantung.
  • Semakin kurang jumlah karbohidrat dan semakin tinggi pengambilan protein di dalam menu diet mereka seharian. Seterusnya, daripada data tersebut didapati bahawa semakin tinggi juga risiko seseorang itu untuk menghidap penyakit jantung. 
  • Meski banyak penyelidikan menyebut bahawa pengambilan telur ketika bersarapan menyumbang terhadap pemangkasan lemak, namun fakta bahawa makanan berprotein tinggi cenderung datang daripada sumber produk daging yg mempunyai kadar lemak jenuh tinggi dan itu sebenarnya boleh menyebabkan risiko penyakit jantung, apatah lagi apabila diambil setiap hari.
  • Sebagai maklumat tambahan, sebutir telur rebus mengandungi 78 kalori, 6.5 gram karbohidrat dan 5.8 gram lemak. Perlu diketahui juga, daripada keseluruhan lemak tersebut, 1.7 gram adalah lemak jenuh. Kuning telur mengandungi lebih banyak lemak berbanding putih telur.  Sumber : Majalah Wanita


Tuesday, November 20, 2012

Minuman bersoda buat tubuh malas bekerja

  • Minuman yg mengandungi banyak gula seperti minuman bersoda memang terasa nikmat lebih-lebih lagi di waktu panas terik. Namun, di sebalik kenikmatannya, minuman bergula ternyata dapat membuat otot menyesuaikan diri sengan cepat seperti mereka yg mengalami obesiti dan pesakit diabetes.
  • Menerusi penyelidikan yg dilakukan didapati bahawa mengambil minuman bersoda dan minuman dengan kandungan gula lainnya secara rutin boleh mengubah cara kerja otot utk lebih memilih membakar gula berbanding membakar lemak.
  • Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa kebimbangan akan kesan buruk minuman manis telah membuktikan kebenarannya. Bukan hanya mengubah metabolisme tubuh, tetapi juga mengubah sensor otot terhadap gula serta membuatnya semakin tidak efisien bekerja. Ia bukan sahaja kesan segera tetapi juga kesan dalam waktu yg mendatang.
  • Menurut kajian itu lagi keadaan tersebut membuat kemampuan membakar lemak juga semakin menurun. Selain itu, ia juga boleh membuatkan tubuh semakin sukar membiasakan diri dengan kenaikan gula darah.

Monday, November 19, 2012

5 tips semasa menghias rumah

1. Buat pilihan sendiri

Rumah anda ruang peribadi anda. Elakkan orang lain yg menentukann apa yg patut anda lakukan pada rumah anda sendiri.

2. Elak mengecat dahulu

Sebaiknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen terlebih dahulu sebelum memikirkan warna cat, baru ia kelihatan lebih senada.


3. Jangan pilih cat dari kertas contoh

Sebaliknya, beli 1 tin kecil warna pilihan utk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semulajadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian, acukan pada dinding utk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

4. Jangan abaikan psikologi warna

Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya, bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

5. Elak dekorasi paksa

Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah 'paksa' menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenal pasti perhiasan utama dalam ruang itu.

Sunday, November 18, 2012

Cara kurangkan bau badan


1. Guna deodoran

Setiap kali sebelum kelaur rumah, sapukan sedikit deodoran pada kawasan ketiak anda. Namun, pastikan sapuan ini dibuat selepas mandi. Deodoran mengandungi bahan utk menutup kelenjar peluh utk tempoh tertentu. Justeru, penggunaan deodoran dapat membantu mengurangkan jumlah perpeluhan pada bahagian ketiak. Ada juga deodoran yg ditambah pewangi. Terpulang kpd anda memilih haruman yg disukai.

2. Kerap mandi

Anda perlu mandi secara teratur. Mandi pada waktu pagi adalah satu kemestian. JANGAN biasakan diri tidak mandi pagi. Anda perlu mandi pada waktu pagi dan pada waktu petang atau malam setelah balik dari kerja. Sekiranya anda pesara, anda berpeluang utk mandi pada waktu sebelum solat Zuhur dan itu ialah satu kelebihan utk anda bagi mengurangkan bau badan. Mandi menggunakan sabun antiseptik adalah lebih baik. 

3. Pakai pakaian longgar

Sarungkan pakaian longgar pada tubuh anda utk membolehkan tubuh terutama kawasan ketiak utk bernafas sekali gus mengurangkan pembiakan bakteria pada bahagian itu. Jenis fabrik pakaian anda juga boleh mempengaruhi bau badan. Utamakan kain kapas apabila membeli pakaian anda. Paling utama, JANGAN pakai semula pakaian yg telah anda gunakan.

4. Ubah gaya hidup

Cabut bulu ketiak sekerapnya dan usah biar bulu itu panjang. Mungkin ada yg berfikiran semakin kurang bulu ketiak, maka ciri-ciri maskulin turut berkurangan. Namun, usahlah fikir mengenai ciri maskulin, sebaliknya fikirkan mengenai bau badan yg kurang menyenangkan. Bukankah bau badan yg tidak menyenangkan juga boleh menyebabkan kelakian anda tercabar? Selain itu, kurangkan minuman berkafien dan kurangkan tabiat merokok.



Saturday, November 17, 2012

Kriteria Lelaki Pilihan Wanita

1. Boleh dipercayai 


Dalam mencari cinta, lazimnya wanita mencari lelaki yg boleh dipercayai. Dalam erti kata lain, jujur. Ramai lelaki khususnya yg cuba menjadi buaya darat lazimnya tidak jujur dan gemar mempermainkan hati wanita. Jadi, kalau anda mahu disayangi, jujurlah dan jadilah orang yg boleh dipercayai.

2. Berani dan punya komitmen

Sesetengah lelaki sangat takut utk meluahkan kata-kata kerana tidak yakin dengan diri sendiri. Jadilah lelaki yg berani kerana apabila mahu mengikat komitmen dengannya, anda harus memikul tanggungjawab besar.


3. Ikhlas

Lebih ikhlas anda dgn pasangan, itulah yg bakal anda terima darinya. Tetapi jika anda tidak jujur selagi itulah anda tidak akan mendapat cinta ikhlas darinya. Sesetengah lelaki beranggapan pasangan tidak tahu segala tindakannya tetapi sekali rahsia anda terbongkar, hatinya begitu terluka dan pastinya dia tidak mempercayai anda lagi.

4. Romantis

Ramai wanita mengidamkan lelaki romantis. Ia bukan ukuran kasih sayang. Romantis hanya menambah baik pada suatu hubungan. Namun, AWAS, lelaki romatis ini biasanya dikaitkan dengan lelaki mata keranjang.

5. Pegangan agama

Wanita bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di dunia, tetapi juga di akhirat. Oleh itu, mereka mencari lelaki yg ada cahaya keimanan dalam dirinya. Lelaki yg tahu hukum hakam agama dan bukan lelaki yg mengabaikan perintah Allah dan membuat undangp-undang dan hukumnya sendiri.



Friday, November 16, 2012

Asam Keping Ubat Sakit Gigi

Bagi mengubati sakit pada gigi, masukkan 5 keping asam keping ke dalam periuk. Kemudian, masukkan segenggam garam kasar bersama 2 gelas air. Biarkan mendidih dan air bertukar menjadi kekuningan. Berkumur dengan air tadi apabila sudah suam.


Thursday, November 15, 2012

Buah Delima Hapus Lemak Tubuh

Jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan, ambil 5 biji buah delima dan keluarkan isinya. Tumbuk isi delima sehingga hancur dan masukkan ke dalam 2 gelas besar air. Campurkan sedikit garam. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jadikan ia sebagai minuman setiap pagi selepas bersarapan. Amalkan selama 2 minggu untuk melihat hasilnya. Cubalah! Sumber : Majalah Wanita

Wednesday, November 14, 2012

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH


SALAM AWAL MUHARAM


Tomato Petua Atasi Jerawat

Buat anda yang tercari-cari kaedah untuk menghilangkan jerawat, ambil sebiji tomato yang segar. Lenyek atau kisar tomato hingga hancur dan sapukan pada wajah sebelum tidur. Ulang 3x seminggu. InsyaAllah jerawat hilang dan wajah lebih berseri.

Tuesday, November 13, 2012

Tips Kulit Kepala Terasa Segar

Bagi anda yang mementingkan penjagaan kulit kepala, ramas 7 biji limau nipis yang telah dipotong melintang ke dalam bekas air suam. Tapis air limau itu dan lumurkan di kepala selama 10 minit. Kemudian barulah bilas.

Monday, November 12, 2012

Limau Nipis Redakan Batuk Berkahak

Jika anda mengalami batuk berkahak, perah sesudu besar limau nipis dan campurkan secubit garam. Kacau dan minum bancuhan tersebut. Batuk cepat sembuh dan kahak mudah cair.

Sunday, November 11, 2012

Tips Membersihkan Botol Air

Apabila sering menyimpan air di dalam botol yang sama, botol akan kelihatan kekuningan di bahagian bawahnya. Cara membersihkannya adalah dengan memasukkan sesudu beras beserta sedikit air. Goncangkan botol tersebut. Kemudian, tuangnya keluar dan bilas bersih botol tersebut.
Sumber : Majalah wanita


Friday, November 9, 2012

Perkongsian Motivasi : Jumpa SMS Manja Suami


SAYA sudah berkahwin selama 4 tahun dan bakal melahirkan anak kedua pada Ogos nanti. Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Baru-baru ini, hati saya terdetik ingin buka peti simpanan mesej milik suami.

Dengan rasa terkejut saya menemui mesej dengan menggunakan perkataan 'cyg' (sayang). Saya rasa sungguh sedih. Pada masa yang sama, saya terus bertanya hal ini kepada suami mengenai mesej terbabit. Dia menafikan dengan dengan mengatakan dia tidak menjalin hubungan sedemikian. 
Dia turut menegur supaya saya tidak menyimpan perasaan curiga dengan berfikiran terhadapnya hanya berdasarkan mesej itu. Tindakan itu diibaratkan tangkap muat kerana mungkin mesej itu tersesat.

Namun Dang Setia sebenarnya saya ada juga memeriksa peti keluar telefon suami, dia turut menggunakan pengganti diri serupa terhadap wanita. Saya bertambah curiga dan apabila saya hubungi nombor tertera pada mesej terbabit, perempuan terbabit tidak mengangkat panggilan saya. Malah mesej pun tidak berbalas.



Untuk meyakinkan saya, suami sanggup bersusah payah menghubungi wanita berkenaan. Tetapi terdapat sekelumit dalam diri saya masih tidak dapat mempercayai suami. Adakah saya patut mempercayai atau selidiki lanjut suami. Tambah sekarang saya tengah sarat membuatkan saya benar-benar tertekan.


PUTERI
Kuala Lumpur




Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kalau sudah namanya bangkai disorok manapun ia, busuk pasti terhidu juga. Dua peribahasa sebenarnya ingin memberi saranan supaya puan mengambil langkah bertenang.

Memikirkan keadaan puan begitu sarat ketika ini, hal boleh mendatangkan risiko terhadap kandungan serta kesihatan sendiri perlu diutamakan. Hal membabitkan suami perlu dikemudi kemudian agar perkara menjadi keutamaan iaitu soal persediaan dalam melahirkan zuriat sihat perlu diambil berat.

Dang Setia bimbang ia bakal memberi mudarat kepada bayi puan kelak. Amalkan petua mengurangkan tekanan seperti tarik nafas dan sibukkan diri mempelajari beberapa tips membantu memudahkan kelahiran bayi adalah lebih baik.

Hal membabitkan suami, puan perlu tangani dengan bijaksana. Andai si dia gemar bermain seloka dengan lagak tidak ubah alim si kucing, puan perlu bertindak seperti akal si kancil dalam menangani suami bermain kayu tiga di belakang.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik tidak putus, tepung pula tidak berselerak adalah gambaran emosi tidak seharusnya menjadi panduan dalam menyelesaikan isu rumah tangga.

Jangan terus menuduh dan ambil posisi sebagai pemerhati gerak laku suami mencurigakan. Dalam pada masa yang sama kerap pinta dia menemani puan dan selitkan kata nasihat agar suami tidak melakukan perkara membuatkan dia sesal kelak.

Sementara itu, berikan bayangan mengenai keadaan sebaik kepercayaan puan terhadapnya dibalas dengan kecurangan. Perhatikan respons dan puan perlu lebih peka. Ia bukan bermaksud mencari kesalahan pasangan tetapi lebih kepada tindakan mengambil berat.

Kerap berbual manja dan sering meluangkan masa bersama agar dia berasa diperlukan kerana ada segelintir suami mula beralih arah disebabkan sikap isteri sendiri.

Thursday, November 8, 2012

Perkongsian Motivasi : Diketepikan Sahabat Sebab gemuk


SAYA sering diketepikan oleh rakan sebaya kerana mempunyai susuk badan berisi dan mudah berpeluh. Malah, apabila keluar hujung minggu, rakan sering mengelak memaklumkan pada saya.

Apabila saya cadang ingin keluar bersama, mereka akan memberi alasan sibuk. Mulanya saya percaya dengan alasan diberi tetapi kebelakangan ini kerap terserempak mereka keluar bersama menyebabkan saya percaya disisih. 

Saya berasa seperti dipermain-mainkan rakan. Saya menangis dan mengadu pada abang saya tindakan rakan seakan-akan mengetepikan saya. Abang melarang saya daripada bergaul dengan rakan. Bagaimanapun, saya tidak sanggup berpisah dengan teman saya disebabkan kami sudah bersama sejak sekolah rendah lagi. Saya buntu Dang Setia, apa yang perlu saya lakukan.

Aira

Subang Jaya, Selangor. 

Masalah diketepikan oleh sahabat hanya disebabkan faktor penampilan saudari tidak menarik amatlah tidak wajar. Tambahan pula mereka sudah mengenali saudari seawal usia tujuh tahun dan seharusnya mampu melihat ‘kecantikan’ daripada sudut lain.

Benarlah kata orang, rakan senang mudah dicari, rakan susah sukar ditemui dalam erti kata lain teman sejati sanggup menerima seadanya dan berada di sisi tatkala dalam kesusahan sekalipun.

Namun, ketika ini saudari kelihatan masih menyayangi persahabatan bersama mereka. Seelok-eloknya, guna pendekatan lebih mesra dengan berhadapan rakan.

Pada masa sama pujuk diri supaya tidak membuat spekulasi membuta-tuli mengenai situasi berkenaan. Malah jangan mencipta ilusi negatif dengan mengatakan atas faktor kelebihan fizikal menyebabkan rakan menjauhkan diri daripada saudari.

Selain itu, saudari juga harus bijak mengatur bicara dengan menggunakan ayat sesuai agar tidak berlaku salah faham yang mampu mengundang perasaan tidak selesa antara saudari dan rakan.

Akhir sekali, reda dan kekal positif apa juga bentuk maklum balas diberikan rakan dan nyatakan betapa saudari menghargai mereka sebagai sahabat sepanjang mengenali mereka. sumber

Wednesday, November 7, 2012

Perkongsian Motivasi Cinta : Pelajar Runsing Kekasih Merisik


SAYA berusia 19 tahun dan bercinta dengan lelaki 35 tahun. Dia teman lelaki baik tetapi jarak usia kami agak jauh.
Ada ketikanya, kami sukar mencapai kata sepakat membuatkan saya kerap bergaduh dengannya. Teman lelaki saya ingin melamar saya tetapi saya pula ingin melanjutkan pelajaran. Kini saya menuntut di tingkatan enam dan bakal menghadapi peperiksaan hujung tahun ini. 
Sebaik teman lelaki menyuarakan ingin menghantar keluarganya untuk merisik saya, saya hilang fokus dan tidak dapat membuat persediaan sempurna kerana tertekan.

Andai sudah berkahwin kelak, saya khuatir tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Tambah pula, saya bukan pelajar bijak membuatkan saya perlu fokus banyak terhadap kelas.



Saya meminta dia menangguh hasrat untuk meminang saya. Saya masih ada impian yang ingin digapai membuatkan saya berasa masih tidak sedia bergelar isteri.


Namun teman lelaki tidak puas hati dengan permintaan saya, membuatkan saya tidak pasti dengan hala tujuan hubungan kami. Patutkah saya meninggalkannya atau lebih wajar bergelar isteri? Bantulah saya Dang Setia.

AEILA
Mersing, Johor



Lumrah buat teman lelaki saudari sudah menginjak usia 35 tahun berhasrat menyunting saudari sebagai isterinya.

Seharusnya, awal perhubungan saudari sedia maklum dengan situasi hubungan cinta saudari bakal berakhir dengan alam perkahwinan dalam tempoh terdekat berikutan usia pasangan selayaknya sudah berumah tangga.

Namun disebabkan keengganan saudari menerima hakikat berkenaan membuatkan saudari tidak bersedia serta gagal mengawal tekanan akhirnya memakan diri saudari.

Saranan Dang Setia, kenal pasti pendirian saudari sama ada mahu bertoleransi dengan pasangan atau berputus asa serta memberi sepenuhnya komitmen pada pelajaran.

Malah, keputusan ini cukup besar turut memerlukan pembabitan kedua ibu bapa. Bincang dengan kedua ibu bapa saudari serta dapatkan pendapat mereka mengenai perkahwinan terbabit.

Di samping itu, pertimbangkan juga situasi pasangan yang mana dia sanggup memberikan sokongan sepenuhnya andainya saudari menyambung pelajaran. Jika si dia boleh bertoleransi, mungkin saudari perlu beri kredit terhadap pengorbanannya.

Saudari juga boleh mohon teman lelaki memberi sedikit ruang daripada segi masa dengan mengikat tali pertunangan agar saudari dapat belajar menyesuaikan diri mahupun mengatur kehidupan sebelum melangkah alam perkahwinan.


sumber

Tuesday, November 6, 2012

Langkah penyediaan ruang dapur sempurna


RUANG dapur antara yang perlu diberi perhatian kerana ia secara tidak langsung melambangkan keperibadian pemiliknya.

Bagi memastikan segalanya berjalan baik, keadaan ruang berkenaan haruslah dititikberatkan. 
Ruang itu juga bakal menjadi zon penting kerana selain dijadikan tempat menyediakan juadah makanan, dapur juga berfungsi sebagai zon berkumpul dan berinteraksi tetamu yang hadir.

Justeru, pastikan ruang dapur rumah anda berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk menerima kehadiran tetamu.



Beberapa langkah penyediaan ruang dapur sempurna dikongsi bersama:



1. Pastikan permukaan kaunter dapur bersih

Ia menjadi antara elemen paling penting sebagai ruang kerja dan menempatkan pelbagai rempah ratus yang dijadikan bahan masakan.

Permukaannya perlu dibersihkan daripada sebarang kekotoran. Pada masa sama, bersihkan panel tahan percikan supaya tidak kelihatan berminyak, seterusnya menjadikan permukaan dapur kemas dan teratur.

Anda juga usah mengabaikan kebersihan ketuhar gelombang mikro.


2. Peti sejuk perlu bersih

Pastikan rak dalam peti sejuk sentiasa bersih. Keluarkannya dan cuci menggunakan sabun. Kemudian keringkan ia sebelum menempatkannya semula di dalam peti sejuk.

Memandangkan ia sering digunakan, sentiasa pastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapat selepas ia dibuka.


3. Jangan biarkan bakul sampah penuh dengan bahan buangan

Pastikan anda membersihkan ruang dalam bakul sampah yang mungkin ada sisa makanan yang melekat.

Anda juga boleh menyemburnya dengan penyembur pembersihan bagi mengelakkan jangkitan kuman.


4. Perkakasan dapur perlu tersusun dan kemas

Tentukan setiap set pinggan mangkuk, sudu garpu dan semuanya lengkap.

Tidak dilupakan elakkan adanya bahan pantri seperti minyak memasak, makanan dalam tin dan sebagainya yang sudah rosak berada dalam simpanan.


5. Zon selamat di dapur

Bagi memastikan keselamatan kanak-kanak, anda harus memastikan wujudnya zon selamat di ruang dapur.

Elak meletakkan perkakasan yang tajam dan berbahaya di ruang bawah yang mudah dicapai. 


Sumber : Harian Metro 20 Oktober 2012

Monday, November 5, 2012

Khasiat Teh


PELBAGAI jenis teh sama ada jenis hijau, hitam, merah mahupun putih boleh dianggap kunci kepada kulit yang cantik. Bagi mereka mengamalkan penggunaannya, ia mengandungi bahan antioksidan yang tinggi bersama kumpulan vitamin penting termasuk vitamin C dan E serta karotenoid dan flavonoid.

Semua vitamin itu berserta antioksidan di dalam teh berfungsi mewujudkan pertahanan yang dapat melindungi kulit daripada elemen merosakkan dari persekitaran dan pemakanan kita sendiri. 

Vitamin C berperanan mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit, sekali gus membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya. Ia juga diperlukan bagi proses sintesis kolagen untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki kulit.

Vitamin E ialah antioksidan yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas bertindak merosakkan kulit dan keupayaannya memperbaiki tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C.



Karotenoid pula ialah antioksidan yang mampu menyerap dalam lemak dan mampu menahan serangan radikal bebas yang diaktifkan oleh selaran ultraungu.


Pada masa sama, teh juga mengandungi kira-kira 30 peratus flavonoid yang dapat mengurangkan serta menenangkan masalah radang kulit, seterusnya menghalang penuaan pramatang serta risiko barah kulit.

Gabungan semua antioksidan semula jadi berkenaan mampu memperbaiki kesihatan kulit, menjadikannya lebih lembut, cerah dan berseri.

Selain diminum, teh juga boleh disapu pada kulit bagi mendapatkan faedahnya yang besar. Ia boleh digunakan untuk mengawal kulit berminyak terutama ketika cuaca panas memandangkan teh mempunyai sifat menenangkan yang mampu mengawal kelenjar terlalu aktif.

Caranya, dengan memasukkan teh ke dalam bekas ais dan bekukan sebelum digunakan pada wajah bagi mengawal peluh dan minyak, lalu membantu membuatkan solekan tahan lebih lama.

Teh juga boleh digunakan untuk menghapuskan bau badan yang tengik melalui cara mencampurkan teh bersama kelopak bunga ros dan dibiarkan rendam semalaman. Hasil rendaman itu kemudiannya dicampur dalam air mandian dan hasilnya, tubuh berbau harum sepanjang hari.

Ia juga boleh digunakan untuk mencuci wajah bagi mendapatkan faedah antioksidan bahan itu yang tinggi.

Melembapkan kulit kering, teh yang mengandungi bahan tambahan chamomile, lavender dan pudina boleh digunakan dengan memanaskannya dan wap yang terhasil diasapkan pada wajah.

Selain itu, teh yang mengandungi campuran herba seperti burdock, dandelion, echinacea, valerian wangi, goldenseal, akar marshmallow, selada air, daun strawberi dan akar yarrow boleh digunakan bagi merawat masalah kulit seperti jerawat.

Campuran teh bersama bunga raya pula mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu menghalang kulit daripada kerosakan akibat pelbagai elemen persekitaran dan dalaman.

Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat, turut melaporkan teh hijau mengandungi vitamin K yang mampu mengawal darah beku, sekali gus berkesan untuk mengurangkan kegelapan di kawasan orbit mata.

Oleh itu, uncang teh yang sudah digunakan tidak perlu dibuang sebaliknya boleh diletak pada kawasan mata dan dibiarkan seketika.

Sumber

Sunday, November 4, 2012

Nutrien Penting Untuk Tubuh


NUTRIEN yang cukup bukan saja mampu menjaga kesihatan tubuh malah ia menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut, tanpa memerlukan bantuan kosmetik yang mungkin merosakkan lagi kulit terutama kulit sensitif.
Kulit mulus dengan rambut lebat berkilau boleh dicapai sekiranya seseorang menjaga pemakanan dan hanya mengambil bahan terbaik bagi menyalurkan zat yang diperlukan tubuh. 
Ada lapan makanan yang boleh diamalkan dalam mendapatkan penampilan menarik antaranya me-ngambil sayuran hijau seperti bayam yang kaya dengan zat dan antioksidan.

Ia juga penuh dengan lutein iaitu zat yang mampu menjaga kesihatan mata. Bayam juga sumber kaya dengan dengan vitamin B, C dan E serta potasium, kalsium, zat besi, magnesium dan asid lemak omega-3.



Apabila perlu mengambil salad, tukar menu salad kepada daun bayam sebagai makanan ringan atau snek segera.


Tiram juga salah satu makanan yang mampu membolehkan kita memiliki kulit cantik kerana ia kaya dengan zink yang membantu memulihkan serta membantu penukaran sel kulit. Zink juga menjaga kesihatan kuku, rambut dan mata.

Sejenis lagi sayuran yang baik untuk kulit dan rambut ialah tomato kerana ia kaya dengan lycopene yang bersifat antioksidan dan mampu melambatkan penuaan kulit.

Lypocene yang terkandung dalam tomato lebih mudah diserap tubuh apabila
tomato dimasak atau diproses contohnya sos tomato, jus tomato atau tomato dalam tin.

Kacang walnut yang boleh dimakan begitu saja sebagai snek juga kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang menyumbang kepada kulit lebih lembut, rambut sihat, mata lebih terang dan tulang lebih kuat.

Selain dimakan begitu saja, walnut boleh dimasukkan dalam masakan harian bagi mendapat kebaikannya.

Antara buah yang banyak memberi kelebihan kepada pengamalnya ialah kiwi.

Ia penuh dengan vitamin C dan antioksidan, sekali gus membantu menganjalkan kulit, menghalang kedutan, menguatkan tulang dan gigi.

Coklat juga boleh memberi kebaikan kepada penampilan seseorang,tetapi pilih coklat gelap kerana ia kurang gula dan lebih kaya dengan kandungan coklat.

Selain membantu kulit kekal lembap, coklat juga menjaga kulit daripada kerosakan akibat selaran matahari. Pilih coklat yang mengandungi sekurang-
kurangnya 60 peratus kandungan coklat kerana ia tinggi kandungan flavanol.

Selain itu, secawan yogurt rendah lemak mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi berbanding satu cawan susu tanpa lemak, sekali gus bagus untuk postur tubuh, kuku dan gigi.

Yogurt boleh diamalkan sebagai sarapan yang penuh khasiat sekiranya ia dicampur dengan buah-buahan segar serta dimakan sebagai snek sihat.

Keledek juga memberikan nutrien terbaik untuk kulit dan rambut kerana ia kaya dengan beta karotena atau vitamin A, sejenis antioksidan yang melawan penuaan.
Rasanya yang lazat juga membolehkan ia dimakan pada bila-bila masa.


Saturday, November 3, 2012

Jauhi Cinta Palsu


USIA remaja adalah musim cinta berbunga. JadI salah satu fenomena remaja adalah menjadi pencari cinta dan mahu dicintai.

Rata-rata kita dapati remaja bercinta, ada yang selamat menaiki bahtera rumah tangga malah ada juga yang karam, tenggelam dan hanyut ditelan arus cinta ganas. 

Cinta sebenarnya satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Ia juga makhluk tidak bernyawa dan tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizikal.

Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa.


Cinta adalah biasan daripada Penciptanya Yang Maha Pencinta. Ia dibiaskan kepada segala ciptaan-Nya supaya mereka dapat hidup dalam cinta, kasih sayang dan aman bahagia. 

Cinta dan permasalahannya menjadi perkara serius yang dihadapi umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan golongan remaja menghadapi dilema perasaan yang kronik.

Krisis cinta palsu menyebabkan remaja memusnahkan etika spiritual membunuh solidariti dan menodai sosial hingga ada yang sanggup membunuh serta membunuh diri akibat tekanan perasaan yang sukar dikawal.

Menguruskan cinta satu perkara yang amat sulit, apatah lagi kalau cinta yang didambakan itu bersalut dengan cinta nafsu, sekadar cinta monyet atau cinta sekadar untuk berseronok saja.

Apa lagi kalau cinta yang tidak ada ‘pakej’ ketuhanan dan keredaan Yang Maha Pencinta. Cinta sejati adalah seperti cinta Allah kepada hamba-Nya dan cinta Rasulullah kepada umatnya hingga yang diinginkan Allah daripada hamba-Nya hanyalah kebaikan, kesempurnaan, kemuliaan dengan membenci segala kemungkaran serta kejahatan.

Seorang Muslim tidak mengenal cinta monyet, cinta buta, cinta dusta, cinta palsu dan cinta bodoh. Ia hanya mengenal cinta suci mulia yang penuh kearifan dan kesedaran yang melahirkan cinta kepada Allah serta Rasul-Nya.

Satu ketika, seorang Arab Badwi menghadap Nabi dan bertanyakan perihal datangnya kiamat, lalu beliau balik bertanya: “Apa yang kau persiapkan?” Ia menjasumberwab: “Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.” Beliau menyahut: “Engkau bersama siapa yang kau cintai” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah menjadi ‘penyaring’ berkenaan baik buruk, sekali gus ukuran dalam mencintai sesuatu. Dengan demikian, cinta yang tulus kerana Allah yang boleh bertahan sementara cinta bermotif lain pasti cepat berubah, bersifat sementara dan membuahkan penyesalan.

Sedikit panduan kepada mereka yang ingin dan tengah meredah samudera cinta supaya lebih berhati-hati supaya mendapat cinta yang diredhai Allah:

  • Jaga jangan sampai berkhalwat dan berdua-duaan kerana sabda Rasulullah: “Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan menjadi orang ketiga. Perlu juga diketahui bahawa khalwat itu bukan pada fizikal saja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).

  • Jangan saling mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu. Bukan tak boleh tengok pasangan tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan.

    Seperti sabda nabi: “Pandasumberngan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya” (Hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim).

  • Jaga jangan sampai bersentuhan, tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat. Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rasulullah:
    “Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu” (Hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).

  • Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatan zina. Surah al-Israk ayat 32 menyatakan: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”

    Berusaha menutup aurat dan menyembunyikan perhiasan serta dan kecantikan.
    Malah, bertunang juga bukan tiket untuk menghalalkan segalanya dalam perhubungan. sumber
  • Friday, November 2, 2012

    4 Syarat Isteri Masuk Syurga


    TERDAPAT hadis Nabi s.a.w yang menceritakan keadaan di neraka, antaranya ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat seksaan disebabkan dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

    Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad). 

    Wanita tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

    Daripada Aishah katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad? “ Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”



    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (Hadis Riwayat an-Nasa’i).


    Dari Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah bersabda bermaksud: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.”

    Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”

    Rasulullah bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. “

    Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah bersabda maksudnya: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.

    “Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”

    Dalam hadis lain, dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka adalah:

    1. Orang yang gemuk tapi kurus
    2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
    3. Orang yang alim tapi jahil


    Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa tiga golongan manusia yang akan menerima seksaan di neraka jahanam selama tujuh kali umur dunia.

    Hanya Allah yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula penciptaannya sehingga berlaku hari kiamat. Huraian untuk tiga golongan itu adalah seperti berikut:

    Pertama, orang yang gemuk tapi kurus. Mereka ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat? Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama di akhir haidnya.

    Wanita kurang mengambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contohnya, wanita yang bekerja di pejabat, apabila habis darah haidnya jam 3 petang biasanya mereka tidak akan mandi hadas di pejabat dan hanya mandi apabila pulang ke rumah.

    Hakikat sebenarnya, dia sudah meninggalkan solat fardu wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesibukan majlis kenduri-kendara.

    Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditinggalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya, di samping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah tetapi ramai wanita tidak mengambil berat fidyah yang wajib ditunaikan.

    Sebahagian wanita yang berkemampuan masih menangguh kewajipan menunaikan fardu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancong.

    Kedua, orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat kepada agama. Di tafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yang sempurna menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan di dada.

    Mereka seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang). Sesuailah dengan hadis Nabi yang mengatakan wanita berpakaian seksi tidak mencium bau syurga. Rasulullah bersabda maksudnya: “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka mengenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan lenggang-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang seperti bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim).

    Pada dasarnya, apa saja bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat berikut:

    1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
    2. Tidak nipis dan jarang.
    3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak ketat)
    4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
    5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata. Sebab pakaian yang menjolok mata akan mengundang perhatian kaum lelaki.


    Ketiga, orang alim tapi jahil ialah golongan ulama yang menghalalkan perkara haram bagi kepentingan peribadi. 

    Syarat layak digelar ulama adalah takutkan Allah.

    Seorang alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, di sisi Allah mereka tidak layak digelar ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

    Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu tertentu atau kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.

    Selain itu, takut kepada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu itu supaya manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.

    Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan diharamkan Allah atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya, maka ulama seperti itu amat dibenci Allah.

    Itulah yang dikatakan orang alim tetapi jahil. Marilah kita menginsafkan diri dan janganlah melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa kepada Allah.

    Buatlah amal soleh sebanyak-banyaknya semoga kita menjadi mukmin yang sentiasa diredai dan dirahmati Allah.

    Kita diberi pilihan untuk memilih jalan yang lurus atau bengkok.

    Jalan yang lurus adalah jalan ke syurga sedangkan jalan yang bengkok adalah jalan menuju ke neraka.


    Sumber

    Thursday, November 1, 2012

    Tips Lancarkan Zip Yang Rosak


    1. Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasut atau seluar tidak boleh dipakai lagi. 
    2. Ada cara yg mudah utk memperbaikinya.
    3. Taburkan bedak di atasnya, lalu anda gerak-gerakkan beberpa kali sehingga zip itu lancar semula.
    4. Selain itu, boleh juga menggunakan lilin.
    5. caranya, gosokkan lilin di atas zip dan gerak-gerakkan sehingga lancar.