Followers

Friday, November 9, 2012

Perkongsian Motivasi : Jumpa SMS Manja Suami


SAYA sudah berkahwin selama 4 tahun dan bakal melahirkan anak kedua pada Ogos nanti. Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Baru-baru ini, hati saya terdetik ingin buka peti simpanan mesej milik suami.

Dengan rasa terkejut saya menemui mesej dengan menggunakan perkataan 'cyg' (sayang). Saya rasa sungguh sedih. Pada masa yang sama, saya terus bertanya hal ini kepada suami mengenai mesej terbabit. Dia menafikan dengan dengan mengatakan dia tidak menjalin hubungan sedemikian. 
Dia turut menegur supaya saya tidak menyimpan perasaan curiga dengan berfikiran terhadapnya hanya berdasarkan mesej itu. Tindakan itu diibaratkan tangkap muat kerana mungkin mesej itu tersesat.

Namun Dang Setia sebenarnya saya ada juga memeriksa peti keluar telefon suami, dia turut menggunakan pengganti diri serupa terhadap wanita. Saya bertambah curiga dan apabila saya hubungi nombor tertera pada mesej terbabit, perempuan terbabit tidak mengangkat panggilan saya. Malah mesej pun tidak berbalas.



Untuk meyakinkan saya, suami sanggup bersusah payah menghubungi wanita berkenaan. Tetapi terdapat sekelumit dalam diri saya masih tidak dapat mempercayai suami. Adakah saya patut mempercayai atau selidiki lanjut suami. Tambah sekarang saya tengah sarat membuatkan saya benar-benar tertekan.


PUTERI
Kuala Lumpur




Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kalau sudah namanya bangkai disorok manapun ia, busuk pasti terhidu juga. Dua peribahasa sebenarnya ingin memberi saranan supaya puan mengambil langkah bertenang.

Memikirkan keadaan puan begitu sarat ketika ini, hal boleh mendatangkan risiko terhadap kandungan serta kesihatan sendiri perlu diutamakan. Hal membabitkan suami perlu dikemudi kemudian agar perkara menjadi keutamaan iaitu soal persediaan dalam melahirkan zuriat sihat perlu diambil berat.

Dang Setia bimbang ia bakal memberi mudarat kepada bayi puan kelak. Amalkan petua mengurangkan tekanan seperti tarik nafas dan sibukkan diri mempelajari beberapa tips membantu memudahkan kelahiran bayi adalah lebih baik.

Hal membabitkan suami, puan perlu tangani dengan bijaksana. Andai si dia gemar bermain seloka dengan lagak tidak ubah alim si kucing, puan perlu bertindak seperti akal si kancil dalam menangani suami bermain kayu tiga di belakang.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik tidak putus, tepung pula tidak berselerak adalah gambaran emosi tidak seharusnya menjadi panduan dalam menyelesaikan isu rumah tangga.

Jangan terus menuduh dan ambil posisi sebagai pemerhati gerak laku suami mencurigakan. Dalam pada masa yang sama kerap pinta dia menemani puan dan selitkan kata nasihat agar suami tidak melakukan perkara membuatkan dia sesal kelak.

Sementara itu, berikan bayangan mengenai keadaan sebaik kepercayaan puan terhadapnya dibalas dengan kecurangan. Perhatikan respons dan puan perlu lebih peka. Ia bukan bermaksud mencari kesalahan pasangan tetapi lebih kepada tindakan mengambil berat.

Kerap berbual manja dan sering meluangkan masa bersama agar dia berasa diperlukan kerana ada segelintir suami mula beralih arah disebabkan sikap isteri sendiri.

No comments:

Post a Comment