Followers

Tuesday, November 6, 2012

Langkah penyediaan ruang dapur sempurna


RUANG dapur antara yang perlu diberi perhatian kerana ia secara tidak langsung melambangkan keperibadian pemiliknya.

Bagi memastikan segalanya berjalan baik, keadaan ruang berkenaan haruslah dititikberatkan. 
Ruang itu juga bakal menjadi zon penting kerana selain dijadikan tempat menyediakan juadah makanan, dapur juga berfungsi sebagai zon berkumpul dan berinteraksi tetamu yang hadir.

Justeru, pastikan ruang dapur rumah anda berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk menerima kehadiran tetamu.



Beberapa langkah penyediaan ruang dapur sempurna dikongsi bersama:



1. Pastikan permukaan kaunter dapur bersih

Ia menjadi antara elemen paling penting sebagai ruang kerja dan menempatkan pelbagai rempah ratus yang dijadikan bahan masakan.

Permukaannya perlu dibersihkan daripada sebarang kekotoran. Pada masa sama, bersihkan panel tahan percikan supaya tidak kelihatan berminyak, seterusnya menjadikan permukaan dapur kemas dan teratur.

Anda juga usah mengabaikan kebersihan ketuhar gelombang mikro.


2. Peti sejuk perlu bersih

Pastikan rak dalam peti sejuk sentiasa bersih. Keluarkannya dan cuci menggunakan sabun. Kemudian keringkan ia sebelum menempatkannya semula di dalam peti sejuk.

Memandangkan ia sering digunakan, sentiasa pastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapat selepas ia dibuka.


3. Jangan biarkan bakul sampah penuh dengan bahan buangan

Pastikan anda membersihkan ruang dalam bakul sampah yang mungkin ada sisa makanan yang melekat.

Anda juga boleh menyemburnya dengan penyembur pembersihan bagi mengelakkan jangkitan kuman.


4. Perkakasan dapur perlu tersusun dan kemas

Tentukan setiap set pinggan mangkuk, sudu garpu dan semuanya lengkap.

Tidak dilupakan elakkan adanya bahan pantri seperti minyak memasak, makanan dalam tin dan sebagainya yang sudah rosak berada dalam simpanan.


5. Zon selamat di dapur

Bagi memastikan keselamatan kanak-kanak, anda harus memastikan wujudnya zon selamat di ruang dapur.

Elak meletakkan perkakasan yang tajam dan berbahaya di ruang bawah yang mudah dicapai. 


Sumber : Harian Metro 20 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment