Followers

Wednesday, November 7, 2012

Perkongsian Motivasi Cinta : Pelajar Runsing Kekasih Merisik


SAYA berusia 19 tahun dan bercinta dengan lelaki 35 tahun. Dia teman lelaki baik tetapi jarak usia kami agak jauh.
Ada ketikanya, kami sukar mencapai kata sepakat membuatkan saya kerap bergaduh dengannya. Teman lelaki saya ingin melamar saya tetapi saya pula ingin melanjutkan pelajaran. Kini saya menuntut di tingkatan enam dan bakal menghadapi peperiksaan hujung tahun ini. 
Sebaik teman lelaki menyuarakan ingin menghantar keluarganya untuk merisik saya, saya hilang fokus dan tidak dapat membuat persediaan sempurna kerana tertekan.

Andai sudah berkahwin kelak, saya khuatir tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Tambah pula, saya bukan pelajar bijak membuatkan saya perlu fokus banyak terhadap kelas.



Saya meminta dia menangguh hasrat untuk meminang saya. Saya masih ada impian yang ingin digapai membuatkan saya berasa masih tidak sedia bergelar isteri.


Namun teman lelaki tidak puas hati dengan permintaan saya, membuatkan saya tidak pasti dengan hala tujuan hubungan kami. Patutkah saya meninggalkannya atau lebih wajar bergelar isteri? Bantulah saya Dang Setia.

AEILA
Mersing, Johor



Lumrah buat teman lelaki saudari sudah menginjak usia 35 tahun berhasrat menyunting saudari sebagai isterinya.

Seharusnya, awal perhubungan saudari sedia maklum dengan situasi hubungan cinta saudari bakal berakhir dengan alam perkahwinan dalam tempoh terdekat berikutan usia pasangan selayaknya sudah berumah tangga.

Namun disebabkan keengganan saudari menerima hakikat berkenaan membuatkan saudari tidak bersedia serta gagal mengawal tekanan akhirnya memakan diri saudari.

Saranan Dang Setia, kenal pasti pendirian saudari sama ada mahu bertoleransi dengan pasangan atau berputus asa serta memberi sepenuhnya komitmen pada pelajaran.

Malah, keputusan ini cukup besar turut memerlukan pembabitan kedua ibu bapa. Bincang dengan kedua ibu bapa saudari serta dapatkan pendapat mereka mengenai perkahwinan terbabit.

Di samping itu, pertimbangkan juga situasi pasangan yang mana dia sanggup memberikan sokongan sepenuhnya andainya saudari menyambung pelajaran. Jika si dia boleh bertoleransi, mungkin saudari perlu beri kredit terhadap pengorbanannya.

Saudari juga boleh mohon teman lelaki memberi sedikit ruang daripada segi masa dengan mengikat tali pertunangan agar saudari dapat belajar menyesuaikan diri mahupun mengatur kehidupan sebelum melangkah alam perkahwinan.


sumber

No comments:

Post a Comment