Followers

Friday, December 21, 2012

Perkongsian : 12 sebab mengapa haid anda lewat

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.



Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:


• Tekanan: Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

• Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

• Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

• Berlebihan hormon prolaktin: Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

• Menyusu badan: Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

• Masalah tiroid: Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

• Gemuk: Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

• Terlalu kurus: Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

• Tersilap kira: Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

• Menopos: Bagi mereka yang berusia lewat 40'an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

• Pencegah hamil: Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

• Hamil: Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

Thursday, December 20, 2012

Perkongsian : Pakai korset untuk buang lemak. Berbaloi atau tidak? By : Kevin Zahri


Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan seperti langsing bagi si pemakainya. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen. Persoalan yang sering timbul oleh orang ramai tentang penggayaan korset adalah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di badan dan dalam erti kata lain mengurangkan berat badan?


Jika dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia nya bukanlah pembakar lemak di dalam badan. Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.


Berkesankah?
Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan. Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infrared atau sebagainya, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak. Walaubagaimanapun, teori yang digunakan ini akan mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:
• Ketidakselesaan untuk bernafas - penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
• Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati,paru-paru dan jantung.
• Penyebab kepada chlorosis (greensickness)  iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh  adanya gangguan pada hempedu.
• Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.


Kesimpulannya, pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainya. Amatlah tidak berbaloi jika melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli pakaian yang akhirnya memberi kesan yang negatif keatas tubuh badan kita. Nasihat saya, apa yang paling penting untuk penjagaan kesihatan adalah pemakanan dan gaya hidup yang sihat secara keseluruhannya

Wednesday, December 19, 2012

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Perah sebiji limau nipis ke dalam segelas air sejuk. Amalkannya setiap hari selama sebulan. InsyaAllah anda akan nampak hasilnya.


Tuesday, December 18, 2012

Petua Merawat Demam Campak

Amalkan minum air kelapa muda 2 kali sehari sehingga demamnya menurun dan semua bintik2 merah hilang.

Monday, December 17, 2012

Menyembuhkan Luka Dalaman dan Memulihkan Peranakan

Sedikit kunyit dikisar dan dicampurkan dengan segelas air suam. Amalkan minum air kunyit setiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.



Sunday, December 16, 2012

Petua Mencegah Barah

Ambil sebatang lobak merah, basuh bersih, dipotong2, campur sedikit air, kemudian dimesin hingga hancur. Setelah itu, ditapis (boleh tambah susu jika suka) dan minumlah airnya. Amalkan minum air lobak merah setiap hari.


Saturday, December 15, 2012

Penawar resdung

Petua paling mudah & berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti waktu kita berwuduk). Kemudian, picit sebelah hidung & hembuskan sekuat hati. buatlah berulang2 kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu, basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu2 destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana sahaja. Kesannya sungguh menakjubkan! Cubalah!


Friday, December 14, 2012

Manfaat Air Nenas Untuk Penyakit Batu Karang

Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak tentu arah dan demam. Setiap kali buang air kencing berasa sakit. Petua ini dapat membantu anda :
  1. Kupas sebiji nenas dan cincang. 
  2. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.
  3. Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

Thursday, December 13, 2012

Petua Merawat Sakit Tekak

Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam gelugur. Asam gelugur ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu, ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu, sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. InsyaAllah tekak anda akan sembuh seperti sedia kala. Perkongsian daripada majalah yg baru dibaca. Bolehlah cuba!



Wednesday, December 12, 2012

Tips Atasi Masalah KencingTidak Lawas

Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yg ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya. Cubalah! 




Tuesday, December 11, 2012

Ketahui 10 cara untuk otak cerdas

Makanan penting bagi setiap manusia kerana ia sumber tenaga untuk meneruskan kelansungan hidup mereka. Namun, nutrien semua makanan boleh diambil begitu sahaja terutama menjelang hari penting seperti peperiksaan atau sebagainya.

Dalam proses perkembangan otak, terdapat banyak makanan berkhasiat yg boleh diambil. Berikut ialah 10 juadah berkhasiat bagi membantu perkembangan otak dan sekali gus sebagai persiapan untuk anda menghadapi peperiksaan. 

1. Coklat


Coklat atau koko telah dibuktikan sangat berkhasiat utk otak. Secara mudah, coklat mampu meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus memberi kecerdasan pada otak.

2. Madu 


Madu dan kesihatan bukanlah sesuatu yang baru, malah turut digelar Raja Ubat kerana kemampuan madu menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu juga membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental anda. Selain itu, madu turut menghindarkan kepenatan pada otak yang melakukan banyak kerja. 

3. Kismis 


Kismis membekalkan zat besi utk pertambahan darah bagi memastikan bekalan oksigen ke otak mencukupi. Hasilnya kismis membantu masalah mengantuk, pelupa, lembap dan lemah dalam berfikir. 

4. Susu segar


Susu mengandungi 3 elemen yang membantu pertumbuhan badan dan otak iaitu air. keju dan lemak. Susu tidak hanya membekalkan kalsium pada tulang, tetapi turut menguatkan ingatan, memberi tenaga fizikal dan mental. Malah, susu juga ialah penawar utk menghindari masalah lupa. 

5. Daun salad


Makan daun salad dapat menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan. Apabila sistem pernafasan lancar, kamu akan berasa lebih tenang dan mudah untuk mengulangkaji pelajaran. 

6. Teh


teh mengandungi sejenis bahan yg dikenali sebagai Catechins yang berfungsi utk mengekalkan kesegaran minda anda kerana ia sebagai ejen yg membenarkan otak kamu berehat dan membantu melawan keletihan mental. Jadi, bolehlah amalkan minum secawan teh setiap pagi.

7. Telur


Telur juga merupakan salah satu makanan yg menyumbang kpd kecerdasan otak. Makanan ini mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Telur terutama kuning telur bukan sahaja mampu mengatasi kelemahan tenaga fizikal tetapi juga minda.

8. Mangga


Buah mangga bukan sahaja enak utk dimakan, tetapi juga mengandungi khasiat yg baik utk otak. Kandungan jumlah asid glumatik yg cukup ini sangat berguna khususnya utk meningkatkan daya ingatan. 

9. Tiram


Menurut kajian, makanan laut ini boleh menajamkan fikiran dan meningkatkan kebolehan utk meningkatkan kembali maklumat yg diperoleh dgn mudah. Hal ini kerana, tiram mengandungi zink dan zat besi yg membantu daya ingatan anda.

10. Air

Air selalu juga dikaitkan dengan bahan yang boleh mengelak penyakit. Air berfungsi utk mengeluarkan kotoran, membersih dan mengalirkan darah serta zat ke seluruh badan. Amalkan minum air sebanyak 8 gelas sehari utk membantu kecerdasan minda anda. 



jom amalkan ! 

Sumber : disalin dari surat khabar Utusan Malaysia, 3 Nov 2012.

Monday, December 10, 2012

5 tips mudah berdiet


Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?

Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1.  Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah dilihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ''minum air kosong secukupnya!'', ''makan buah-buahan!'', atau ''tidur 8 jam sehari!''. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

Sunday, December 9, 2012

10 makanan paling menggemukkan di Malaysia

Ramai orang suka makan. Setiap orang sukakan makanan. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan - kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1.         Nasi Lemak


Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2.         Roti Canai


Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Lari 10 km dulu baru boleh makan lebih sikit!:) 

3.         Nasi goreng

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang khasiatnya. Ada kurang situ!

4.         Ais krim


Sedapnya dapat ais krim, lagi lagi dengan cuaca di Malaysia ni kan? Tetapi ingat! Ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori - dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5.         Burger

Kaya dengan karbohidrat, protein (patty), lemak. Satu hidangan burger 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori? 

6.         Mee kari


Hidangan mee dengan sup kari, santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7.         Makanan bergoreng


Rata rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) kadang kadang pakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh elakkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll).

8.         Whole milk

Susu penuh krim ini sememangnya tak elok utk anda! Kandungan lemak sangat tinggi dan walaupun ada memberi anda kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak.

9.         Roti

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Somehow, roti pun high in fat dan karbohidrat. Sekeping pun dah 80 kalori. Boleh cuba roti wholemeal. Satu keping baru 50 kalori.

10.       Mayonis

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori dan 40 gram lemak. Agak tak berapa sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!


Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri. Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!


P/S : nak ambil semua makanan di atas ni boleh je, tapi disarankan ambil suplement yg leh pecahkan lemak2 tu, di samping ade manfaat lain.. leh cuba produk ni : Shaklee Lecithin . Belum cuba belum tahu, dah cuba nak orang lain tahu ! :-)

Saturday, December 8, 2012

7 health benefits of morning shower


Did you know that morning shower could decrease stress and increase fertility?

We have quite a love-hate relationship with morning shower – we know that it jumps-start our day but it is also a tough fight to drag ourselves out of bed and get water all over our bodies. Little known facts, however, that morning shower has quite a bit of significant health benefits – be it cold or warm shower.
Here we recap the seven health benefits of morning shower for you to print out and stick next to your bed – as a visual motivation when you are about to wake up tomorrow morning.
Rise and shine, Venusians!

1. Improve blood circulation

Standing below the shower does feel therapeutic, right? Some could even doze back off in the shower. The warm, running water we get during morning shower is good for our blood circulation and it also loosens the tension in our muscles and joints. It's good news for our persistent stiff shoulders problem! Whilst morning shower does not kiss the problems away for good, it stimulates healing, eases the pain and decreases inflammation.


2. Increase immunity

Morning shower stimulates the body to produce more white blood cells – which act as our 'army troop' against viruses and diseases. Due to our wondrous biological clock, such benefit is only found in AM shower, and not so much of an evening shower. So obey the mighty clock and take your morning shower.


3. Decrease stress

If you are one of the people who wake up with thumping heartbeats, it signifies stress and anticipation of what needs to be done today. To ease you up, take a morning shower – especially cold shower. Running cold water ensures all body parts get enough oxygen input, in which we know that sufficient oxygen in the brain eases stress up. So start your day fresh and positive with morning shower!


4. Relieve cough

If you are suffering from cold, morning could be excruciating for the accumulated phlegm gets thicker after a long night's sleep. Turn your hot water on and close your bathroom door for a few minutes before stepping in. Once you get in, the steam from the hot water will help you get rid of the phlegm and mucous in a matter of minutes. To make the 'instant therapy' more effective, add eucalyptus oil to your skin. The hot shower itself is known to ease body aches associated with cold.


5. Increase fertility

This one is for the lads. If you are planning to conceive, it would be a good idea to get hubby drenched in cold shower every morning. A recent research done at The University of California shows that men's production of sperm significantly increases after taking cold morning shower for a week whilst hot shower has the opposite effect. Cold shower also triggers testosterone production, the hormone in male that is responsible for sexual drive.


6. Act as an instant warm-up
 
For those who prefer morning exercise as opposed to after-work one, you should consider taking a quick warm shower before you hit the road (or gym). It loosens up your stiff muscles after a night's sleep, hence acts as a comforting, effortless warm-up session.


7. Improve hair condition

Those with hair fall and dull hair conditions should take note. A warm morning shower ending with a cold one just for the hair, or a complete cold shower, could strengthen your hair roots and protect the hair cuticle. As opposed to this, too hot a shower could damage your hair and leave it looking dull.


sumber

Friday, December 7, 2012

Kekacang untuk menguruskan badan

Bukan mudah untuk menguruskan badan dan juga bukan susah untuk merealisasikan target itu. Selain daripada pergi ke gym untuk melakukan senaman, pemakanan juga perlu di jaga. Pemakanan yang sihat akan membantu anda mengurangkan berat badan. Kekacang juga adalah salah satu makanan berkhasiat untuk membantu menguruskan badan. Tapi bukan semua kekacang boleh membantu. Kekacang yang telah di letak garam dan juga di tambah perasa adalah amat tinggi kalori dan sodiumnya. Makanlah kacang yang asli tanpa campuran TAPI jangan berlebihan kerana ianya tinggi kalori. Mari lihat kekacang penyelamat anda!

• Kacang badam (almonds)
Kacang jenis ini adalah yang paling terbaik untuk mengurangkan berat badan. Badam ini di penuhi serat, nutrien, protein dan lemak yang sihat untuk membantu anda merasa kenyang tanpa mengambil kalori yang tinggi. Ada juga kajian yang mengatakan orang yang obese dapat mengurangkan berat badan mereka setelah menjalani diet yang mengandungi badam. 


• Kacang gajus (cashews)
Bahan mineral seperti magnesium, phosporus dan zinc boleh di dapati di dalam kandungan kacang gajus ini. Ianya juga mengandungi lemak sihat, protein dan fiber yang membantu untuk mengurangkan berat badan.



• Kacang walnuts
Kacang ini juga sama seperti gajus dan juga badam iaitu mengandungi protein, serat, lemak yang sihat dan juga omega-3 fatty acids untuk membantu mengurangkan paras kolesterol. Seperti juga kekacang yang lain, walnuts ini membolehkan anda merasa kenyang dan dapat mengelakkan anda daripada memakan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan.






Thursday, December 6, 2012

Tips ayam goreng lebih enak

Untuk mendapatkan ayam goreng bersalut yg enak, anda boleh cuba petua ini. 
  1. Salut ayam sama ada dengan tepung atau pun serbuk roti. 
  2. Simpankan di dalam peti sejuk selama 30-60minit. 
  3. Kemudian, gorengkan ayam seperti biasa. 
  4. Hasilnya ayam goreng anda nyata lazat & sedap.

Wednesday, December 5, 2012

Petua melancarkan perjalanan darah

Bagi melancarkan perjalanan darah,
 ikuti petua ini:

Potong kecil daun lidah buaya yg telah cukup tua. Rebus dengan 3 cawan air. Setelah mendidih, tapis dan minum air tersebut ketika suam. Minum 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.


Tuesday, December 4, 2012

Cuci lantai dengan lemon

Tercari-cari cara semula jadi untuk menghilangkan kesan kotor pada lantai marmar? Anda hanya perlu menggunakan hirisan buah lemon dan taburkan sedikit garam kasar. Biarkan seketika sebelum anda menyentalnya. Segala kotoran degil akan tertanggal dengan mudah.

  

Monday, December 3, 2012

Melembapkan kulit muka



Kulit wajah yg lembap adalah rahsia kulit sihat. Untuk mendapatkan kulit lembap, parut sedikit kunyit basah yg telah dibersihkan & campurkan dengan satu sudu madu lebah. Setelah itu, sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air bersih.





Sunday, December 2, 2012

Redakan batuk dengan nasi panas

Untuk anda yg mengalami batuk, ambil 2 sudu nasi panas yang baru dimasak. Kemudian, masukkan ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut semalaman. Keesokan harinya minumlah air tersebut. 


Saturday, December 1, 2012

Manfaat dalam 100 gram soya

Soya memiliki nilai gizi yg terkenal lengkap. Di dalam 100 gram soya mengandungi sebanyak 34.9 gram protein, 331 kalori, 18.1 gram lemak, 34.8 hidrat arang, 227 kalsium, 585 fosfor, 8 mg besi, 110 Sl vitamin A, 1.07 mg vitamin B1 dan 7.5 gram air. 

Soya juga memiliki sejumlah phytochemical termasuklah isoflavon yg dapat bekerjasama utk membantu melawan keadaan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan kanser payudara.



Manfaat lainnya adalah soya juga berperanan penting utk mengusir penyakit diabetis mellitus, gangguan pada ginjal dan juga reumatik. Tanaman ini juga kerap diolah sebagai makanan yg menyihatkan.

Jadi, tidak hairanlah jika tempe dan tauhu sering menjadi makanan pilihan orang ramai. Hal ini kerana, ia bukan sahaja lazat tetapi juga mudah diolah di samping memiliki manfaat yg besar pada kesihatan. Proses fermentasi soya sebenarnya dapat membuat nutrisi yg terkandung di dalamnya lebih mudah diserap oleh tubuh.

Baca lebih lagi tentang KELEBIHAN TEMPE : baca sini. KLIK!