Udang yang disimpan terlalu lama di dalam peti ais menyukarkan untuk mengupas kulitnya. Atasinya dengan langkah ini. Campurkan garam ke dalam semangkuk air, masukkan udang dan biarkan direndam selama 10 minit. Tos dan kupas kulit udang. Ia lebih memudahkan. Cubalah ! :-)
Followers
Wednesday, June 12, 2013
Tuesday, June 11, 2013
Petua hilangkan kerak periuk
Periuk kadangkala meninggalkan kesan kerak kekal di tepinya, kesan daripada proses memasak. Aplikasi petua ini di rumah untuk membersihkannya. Bersihkan kentang dan kupas kulitnya. Masukkan kulit kentang ke dalam periuk dan rebus selama beberapa minit.Kesan kerak akan hilang. Cubalah! :-)
Sumber gambar ; google
Monday, June 10, 2013
Tips merawat tumit kaki yang pecah
Tumit kaki pecah tentunya merisaukan anda. Untuk mengatasinya, masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam bekas yang berisi beberapa sudu cuka makan. Tambah sedikit air sejuk ke dalamnya. Rendamkan tumit ke dalam bekas tadi selama beberapa minit supaya tumit kaki menjadi licin dan bersih.
Sunday, June 9, 2013
Tips Hilangkan Rasa Lenguh dan Letih
Untuk menghilangkan rasa lenguh dan letih tubuh, gosokkan daun sirih muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Kemudian, sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap mungkin.
Cubalah. :-)
Saturday, June 8, 2013
5 tips rawatan sakit kepala tanpa ubat
1. Minum air kosong/air lumau purut/ teh
Kemungkinan badan dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedao air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kemudian rehat.
2. Bernafas lebih efisien sambil tutup mata
Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).
3. Spa/stim/mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yg boleh dibeli di pasar raya utk kegunaan di rumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan sauna.
4. Picit/urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belekang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yg berlaku di sekitar kepala.
5. Meditasi/tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutp lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.
Sumber ; Majalah Mingguan Wanita
Sumber ; Majalah Mingguan Wanita
Friday, June 7, 2013
Tips untuk pasangan memastikan kerukunan rumah tangga
- Paling utama adalah memupuk dan menyamai keimanan yg tinggi dalam ahli keluarga. Sebagai suami dan khalifah dalam keluarga, sepatutnya berusaha mendapatkan ilmu yang berkaitan dgn agama bagi membimbing keluarga di jalan yg diredhai Allah S.W.T.
- Suami dan isteri hendaklah sama-sama merancang, menyusun dan melaksanakan aktiviti dalam rumah tangga dan menjadikan tugas ini sebagai tanggungjawab bersama tanpa ada sikap salah menyalahi antara satu sama lain.
- Sentiasa prihatin mengenai kesusahan satu pihak sama ada kesusahan suami sebagai ketua keluarga dan pencari rezeki utama dalam keluarga atau kesusahan isteri sebagai pengurus rumah tangga. amat penting jika ada perasaan saling menghormati satu sama lain.
- Menggalakkan komunikasi secara terbuka antara pasangan tanpa menyembunyikan rasa tidak puas hati antara satu sama lain dan sentiasa bersedia berbincang secara berhemah jika ada yg perlu dibincangkan.
- Jangan sesekali menceritakan mengenai masalah rumah tangga kepada orang ketiga kerana ini akan mengundang kemurkaan Allah SWT kerana membuka rahsia rumah tangga kepada orang lain. Apatah lagi jika orang ketiga itu tidak boleh dipercayai dan mengambil peluang utk memporak-pernadakan rumah tangga mereka.
- Cuba menerima kelemahan pasangan dan jika ada peluang, sama-sama memperbaiki kelemahan masing-masing.
- Suami isteri hendaklah menerima teguran dan pandangan secara terbuka.
- Elakkan daripada wujudnya persaingan atau pertandingan antara pasangan yang akan membibitkan rasa tidak puas hati apabila salah seorang akan lebih baik. Seharusnya sama-sama memberi semangat dan peransang kepada satu sama lain dalam apa jua kerja yg dilakukan.
- Wujudkan sikap selamat dan menyelematkan antara satu sama lain khususnya dalam mencari keredhaan Allah SWT. Jika suami melihat isteri dan anak-anaknya lalai dan cetek ilmu agama, suami sepatutnya menegur dengan baik dan cuba perbaiki. Begitu juga isteri, perlu mengingatkan suami jika ia terlalai utk menjalankan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT dan keluarga.
- Lakukan aktiviti riadah dan menguruskan rumah tangga secara bersama (suami isteri) atau berpasukan (bersama anak-anak).
- Suami atau ayah seharusnya dari semasa ke semasa memberi tazkirah kepada isteri dan anak-anak bagi mengingatkan mereka mengenai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga.
Thursday, June 6, 2013
Perkara yang kena ada sebelum lelaki mengayat perempuan
Ketampanan atau jenis kereta seseorang lelaki itu bukanlah semata-mata dicari wanita. Banyak lagi perkara lain yg perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Ketahuilah lelaki, anda perlu ada 6 ciri ini sebelum melangkah keluar rumah utk memancing hati gadis idaman.
1. KEBERSIHAN DIRI
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yg tampan, tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain-lain. Walaupun kacak seperti Brad Pitt sekali pun, anda tidak akan dipandang oleh wanita.
2. MEMPUNYAI GAYA TERSENDIRI
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Shah Rukh Khan mahupun Anuar Zin utk bergaya. Percaya dgn gaya anda. Pasti ada yang akan suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut, jgn lupa nak 'trim' sikit takut geli gadis melihatnya nanti.
3. ADA SIKAP LUCU DALAM DIRI
Lelaki lucu selalunya akan diminati oleh ramai wanita, kerana tidak akan bosan bila bersama mereka. Kadang-kadang wanita ini sudah cukup bermasalah, jadi lelaki menjadi tempat mereka utk melepaskan tekanan itu.
4. BERSIKAP PRIHATIN
Anda juga perlu prihatin atau mengambil berat kpd wanita. Tak perlu bersungguh utk menunjukkan keprihatinan anda. Cukup dgn membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta utk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita, mereka sudah terasa terharu hika anda menunjukkan sifat gentlemen ini.
5. SELALU SENYUM
Senyuman adalah 'make up' terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk setiap mata wanita yg memandang. Walaupun tak tampan, anda sudah kelihatan manis jika senyum. Wanita pun lebih berani mendekati anda daripada yg kacak tapi muka masam 24 jam.
6. BERSIKAP COOL
Lelaki cool atau tenang ini juga antara salah satu sifat yg disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yg tenang tetapi anda yg teruk menggelabah. Lelaki cool adalah lelaki yg dapat menghadapi segala masalah dgn tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.
Sumber ; Harian Metro (Gen.Y)
Wednesday, June 5, 2013
Snek Lazat Elakkan Stress
Sering kali kita dengar bahawa jika seseorang menghadapi tekanan tentang sesuatu perkara, mereka akan mencuba pelbagai alternatif agar dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi. Ada yang menghadapinya secara positif, manakala ada yang melakukan tindakan yang kurang wajar seperti makan dengan banyak tanpa mengawal kalori harian mereka.
Untuk melegakan tekanan, kita juga boleh mengambil makanan dari sumber karbohidrat. Karbohidrat dapat membantu meningkatkan tahap rasa baik (serotonin) seperti anti-keresahan kedalam fungsi minda kita. Bijiran dan juga bar tenaga adalah contoh sumber karbohidrat yang mudah didapati sebagai snek yang berkualiti yang dapat membekalkan karbohidrat yang diserap lebih perlahan didalam badan anda. Oleh itu, perasaan rasa lebih baik dapat dirasai secara perlahan-lahan didalam tubuh badan kita.
Air kelapa adalah seperti air Gatorade semulajadi yang mudah didapati dan jimat untuk mendapatkan minuman ini. Ia mengandungi karbohidrat ringkas iaitu gula dan juga elektrolit (mineral termasuk kalium dan magnesium). Apa yang pasti, air ini boleh membuatkan anda rasa sejuk dan menyegarkan dan tidak mengandungi lemak serta rendah kalori. Pastikan anda tidak mencampurkan gula halus ke dalam air anda.
Hal ini mungkin dapat melegakan tekanan seseorang, akan tetapi mereka akan dapat kesan buruk selepas itu iaitu kenaikan berat badan yang akhirnya akan menyumbang kepada gejala yang tidak sihat. Oleh itu, berikut adalah beberapa snek pilihan bagi golongan ini menikmati snek lazat dan dapat mengelakkan peningkatan kalori yang mendadak dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, snek yang berkualiti haruslah menjadi pilihan untuk dinikmati.
Kacang
Terdapat pelbagai jenis kacang dipasaran seperti badam (almond), walnut, kacang tanah (peanut), hazelnut dan pistasio. Ianya mempunyai banyak lemak, akan tetapi kebanyakkan lemaknya tidak tepu dan dapat memberikan manfaat dalam mengurangkan kolesterol.
Terdapat pelbagai kebaikan jika kita menjadikan kacang sebagai snek pilihan anda lagi-lagi jika anda ingin menghilangkan tekanan kerana ia mengandungi omega-3 dimana ia diketahui mempunyi faktor anti-inflamasi yang akan mengurangkan risiko penyakit jantung, dan mengurangkan sistem kemurungan. Secara tidak langsung, membantu dan membuat anda rasa tenang dan santai. Kacang juga kaya dengan tenaga, protein, serat, dan penuh dengan antioksidan, vitamin, mineral dan kalium.
Bijiran dan Bar tenaga
Bijiran dan Bar tenaga
Untuk melegakan tekanan, kita juga boleh mengambil makanan dari sumber karbohidrat. Karbohidrat dapat membantu meningkatkan tahap rasa baik (serotonin) seperti anti-keresahan kedalam fungsi minda kita. Bijiran dan juga bar tenaga adalah contoh sumber karbohidrat yang mudah didapati sebagai snek yang berkualiti yang dapat membekalkan karbohidrat yang diserap lebih perlahan didalam badan anda. Oleh itu, perasaan rasa lebih baik dapat dirasai secara perlahan-lahan didalam tubuh badan kita.
Segar bersama Air Kelapa
Air kelapa adalah seperti air Gatorade semulajadi yang mudah didapati dan jimat untuk mendapatkan minuman ini. Ia mengandungi karbohidrat ringkas iaitu gula dan juga elektrolit (mineral termasuk kalium dan magnesium). Apa yang pasti, air ini boleh membuatkan anda rasa sejuk dan menyegarkan dan tidak mengandungi lemak serta rendah kalori. Pastikan anda tidak mencampurkan gula halus ke dalam air anda.
Tuesday, June 4, 2013
10 Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus
Adakah anda tahu bahawa makanan berserat atau fiber membantu anda menguruskan badan?
Inilah masa yang anda perlu tahu! Kajian saintifik menunjukkan diet serat yang seimbang bukan sahaja untuk sistem pencernaan yang baik dan melancarkan pergerakan kumuh/tahi dalam usus besar manusia malah ianya juga membantu menurunkan berat badan!
Jadi pentingnya untuk anda memasukkan serat sebagai komponen diet anda sebagaimana memberikan kita rasa 'kenyang' dan paling penting, TIDAK menggemukkan.Berikut senarai sumber serat yang anda boleh cuba masukkan dalam diet harian anda.
1. Bran

Dedak gandum, dedak jagung contoh yang terbaik untk serat yang maksimum berbanding makanan lain. Ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi berbanding oat.
2. Kacang
2. Kacang
Kacang rebus membekalkan kandungan serat yang agak tinggi. Secawang kacang pea sahaja membekalkan 8.8g serat.
3. Berries
3. Berries
Berri juga sumber terbaik membekalkan serat. Secawan berries boleh memberikan 8 ke 10 g serat untuk anda. Berries juga boleh dimakan mentah untuk kesan yang baik!
4. Cocoa
4. Cocoa
Banyak juga kajian menunjukkan coklat terutamanya dark coklat(mentah) memberikan kebaikan kepada kesihatan. Dark chocolate (coklat hitam) ini sumber iron dan potassium yang mantap selain hidangan sebanyak 100g boleh memberikan 33.2 g serat. Bagaimanapun, coklat yang bersusu yang tidak mengandungi serat yang mencukupi haruslah dielakkan.
5. Bijian
5. Bijian
Kebaikan bijian ini tidak dapat dinafikan kerana bijian/bijirin ini digunakan dalam setiap masakan dan roti untuk meningkatkan serat dalam makanan. Jadi tidak ada masalah untuk anda mendapatkan serat dalam diet anda.
6. Kekacang
6. Kekacang
Sumber kekacang seperti gajus, kacang tanah dan kacang almond merupakan sumber serat mudah yang boleh didapati di mana mana. 100g hidangan kacang almond sudah cukup membekalkan 12.2g serat. Apa tunggu lagi?
7. Sayuran
7. Sayuran
Sayuran kaya dengan iron dan juga serat. Pastikan makanan harian anda ada sayuran untuk meningkatkan serat dalam pemakanan. Anda boleh cuba bayam atau lobak atau apa apa sahaja yang anda rasa itu sayuran tapi pastikan serat.
8. Artichoke
8. Artichoke
Artichok mengandungi serat, vitamin K dan folate. Ianya juga sumber vitamin C, magnesium, manganese dan potassium yang bagus.
9. Lentils
9. Lentils
Kacang dalca atau dal contoh amat baik dalam memberikan sumber serat. 1 cawan lentils yang dimasak mengandungi 15.6g serat.
10. Herba
10. Herba
Mengandungi vitamin dan mineral yang banyak, herba yang dikeringkan ini juga sumber serat. Contoh kulit kayu manis memberikan 53.1g per 100g hidangan. Banyak bukan? Cuba untuk masukkan ramuan herba dalam masakan anda, anda tidak perlu khuatir lagi tentang serat.
Monday, June 3, 2013
Makanan Seimbang Penting Dalam Menurunkan Berat
Setiap penyakit datangnya daripada perut. Di sinilah peranan pemakanan seimbang untu mengelakkan daripada sebarang penyakit berlaku. Obesiti adalah salah satu fenomena yg boleh membawa pelbagai penyakit. Obesiti berlaku adalah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang (terlalu banyak makan makanan belemak dan carbohydrate).
Berbalik kepada pyramid makanan, terdapat lemak, protein, serat vitamin dan mineral, dan carbohydrate. Kelompok lemak adalah diperlukan yg teramat sedikit manakala kelompok carbohydrate adalah yg paling diperlukan. Untuk menyeimbangkan pemakanan haruslah disertai dengan protein dan serat vitamin dan mineral untuk memberi fungsi yg bagus kepada tubuh badan. Namun begitu, begitu ramai sekali di kalangan overweight dan obesity yg telah melebihkan makanan bergoreng serta carbohydrate, mengakibatkan makanan tidak seimbang.
Pemakanan seimbang adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan berat badan ideal. Selain daripada memberikan tubuh badan nutrisi yg cukup, ia mampu membantu untuk menurunkan berat badan jika faham tentang pemakanan yg seimbang. Bagi yg ingin menurunkan berat badan, haruslah elakkan daripada pengambilan lemak berlebihan seperti makanan bergoreng, kena ia menyumbang kepada lemak tepu dan trans lemak yg mana akan menaikkan kadar cholesterol dlm darah serta menaikkan risiko penyakit jantung. Lemak yg perlukan hanyalah daripada mono-lemak tak tepu dan poly-lemak tak tepu.
Peranan pemakanan yg seimbang dari sudut pengambilan protein haruslah disertakan bersama. Hal ini kerana protein mampu untuk memperbaiki dan membina tisu otot, yg mana akan mempercepatkan kadar metabolism dengan peningkatan jisim otot. Oleh itu, jika ingin menurunkan berat badan haruslah mengambil protein utk mendapatkan bentuk tubuh badan yg ideal. Dengan diet tanpa protein boleh menyumbang kepada yoyo diet, berat tetap akan turun, namun apabila kemudian mengambil makanan secara biasa, akan menaikkan berat badan dengan berganda.
Dari sudut pengambilan serat vitamin dan mineral, serat sangat membantu dalam proses penghadaman yg bagus. Penghadaman yg baik akan menjadikan usus lebih bersih. Apabila usus bersih mudah untuk menyerap nutrisi seperti protein, vitamin, dan mineral, untuk mendapatkan kesihatan yg optimum. Tanpa pengambilan serat, akan menyukarkan proses penghadaman sehingga menyukarkan tubuh badan untuk mendapatkan nutrisi yg secukupnya. Berat badan takkan dapat turun dengan mudah disebab usus yg kotor kerana tak dpt menyerap segala nutrisi yg diperlukan. Akhirnya membawa kepada pemakanan yg tidak seimbang.
Sungguhpun pemakanan yg seimbang memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan, tetapi biarlah ia disertai dengan pengambilan calorie yg tidak melebihi daripada calorie keperluan seharian. Jika ia terlebih, tetap menyumbang kepada penambahan berat badan. Maka dengan itu haruslah berwaspada dengan pengambilan calorie dan menyeimbangkan segala pengambilan makanan.
Sunday, June 2, 2013
Tips Turunkan Berat Badan
1. Elakkan makanan ringan. Makanan ringan tidak berkhasiat dan banyak pengawet & perasa tiruan.
2. Ambil karbohidrat tinggi serat. Ie.roti wholemeal, beras perang etc.
3. Ambil protein putih dan elakkan protein merah seperti daging. Protein putih ie. Ikan, tauhu, tempe etc.
4. Banyakkan portion buah-buahan. Elakkan buah yang tinggi glisemik indeks spt durian, kurma, pisang dan anggur.
5. Pastikan menu kita adalah betul untuk breakfast, lunch & dinner!Pastikan khasiat seimbang & JANGAN TINGGAL MAKANAN!!
6. Amalkan air kosong. Air kosong bantu bakar kalori berlebihan. Sekurangnya 8 gelas. Elak air manis.
7. Amalkan pengambilan suplemen eg. : multivitamin, vitamin C, vitamin E, anto Oksida, OMEGA 3, mineral kalsium, magnesium, zink, dll. Suplemen dapat bantu kekal metabolism badan ke tahap optimum. Omega 3 dapat bantu turun berat badan. Klik sini untuk supplement!
8. Ambil probiotik secara kerap untuk mengekalkan kesihatan usus.

Saturday, June 1, 2013
Kesan Minyak Jagung Terhadap Kesihatan Diri
Minyak jagung merupakan salah satu jenis minyak masak yang wujud di dunia ini. Ia merupakan sejenis cecair yang tebal dan kaya dengan kalori yang diekstrak daripada jagung. Minyak ini selalu diguna pakai di dalam pelbagai jenis produk makanan seperti salad, kek mahupun masakan lauk-pauk yang biasa. Dengan kewujudan jagung yang banyak, masalah bahawa minyak ini akan habis bukanlah menjadi masalah dan ia juga murah. Akan tetapi, minyak jagung ini mungkin akan mendatangkan kesan buruk yang lebih banyak berbanding kesan yang baik kepada kesihatan tubuh badan kita.
Kandungan kalori di dalam minyak jagung ini ternyata tinggi. Ini dapat dikenalpasti melalui persamaan satu sudu minyak jagung dapat disamakan dengan 120 kalori, ataupun 6 peratus daripada diet 2000 kalori untuk sehari. Ternyata dengan fakta ini, minyak jagung ini tidak membantu jika anda ingin mengurangkan berat badan dan ia mendatangkan kesang yang sebaliknya, iaitu menambahkan berat badan. Minyak jagung jugak tinggi dengan kandungan lemak. Satu sudu minyak jagung dapat disamakan dengan 13.6 g lemak. Namun begitu, ia juga datang dengan faedah yang baik seperti menolong badan untuk menyerap vitamin, membantu badan untuk bertahan sesi senaman yang lama dan mengekalkan kulit dan rambut anda kelihatan sihat.
Selain itu, minyak jagung juga kaya dengan lemak tidak tepu. Hal ini mendatangkan kesan buruk kerana terlalu banyak penggunaan lemak tidak tepu akan meninggikan risiko tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan hanya 16g atau kurang amaun lemak tidak tepu yang boleh diterima oleh tubuh badan kita dalam sehari. Minyak jagung juga tidak mengandungi banyak mineral dan vitamin selain daripada vitamin E. Vitamin ini bertindak sebagai antioksidan dan ia membantu untuk mengurankan risiko keradangan dan membantu menguatkan sistem imunisasi badan manusia.
Ternyata minyak jagung ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk kepada diri kita berbanding kesan yang positif. Dengan itu, sebaik-baiknya kita mengelakkan diri daripada kerap menggunakan minyak jagung dalam masakan harian kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)