Followers

Monday, June 3, 2013

Makanan Seimbang Penting Dalam Menurunkan Berat


Setiap penyakit datangnya daripada perut. Di sinilah peranan pemakanan seimbang untu mengelakkan daripada sebarang penyakit berlaku. Obesiti adalah salah satu fenomena yg boleh membawa pelbagai penyakit. Obesiti berlaku adalah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang (terlalu banyak makan makanan belemak dan carbohydrate).

Berbalik kepada pyramid makanan, terdapat lemak, protein, serat vitamin dan mineral, dan carbohydrate. Kelompok lemak adalah diperlukan yg teramat sedikit manakala kelompok carbohydrate adalah yg paling diperlukan. Untuk menyeimbangkan pemakanan haruslah disertai dengan protein dan serat vitamin dan mineral untuk memberi fungsi yg bagus kepada tubuh badan. Namun begitu, begitu ramai sekali di kalangan overweight dan obesity yg telah melebihkan makanan bergoreng serta carbohydrate, mengakibatkan makanan tidak seimbang. 

Pemakanan seimbang adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan berat badan ideal. Selain daripada memberikan tubuh badan nutrisi yg cukup, ia mampu membantu untuk menurunkan berat badan jika faham tentang pemakanan yg seimbang. Bagi yg ingin menurunkan berat badan, haruslah elakkan daripada pengambilan lemak berlebihan seperti makanan bergoreng, kena ia menyumbang kepada lemak tepu dan trans lemak yg mana akan menaikkan kadar cholesterol dlm darah serta menaikkan risiko penyakit jantung. Lemak yg perlukan hanyalah daripada mono-lemak tak tepu dan poly-lemak tak tepu. 
Peranan pemakanan yg seimbang dari sudut pengambilan protein haruslah disertakan bersama. Hal ini kerana protein mampu untuk memperbaiki dan membina tisu otot, yg mana akan mempercepatkan kadar metabolism dengan peningkatan jisim otot. Oleh itu, jika ingin menurunkan berat badan haruslah mengambil protein utk mendapatkan bentuk tubuh badan yg ideal. Dengan diet tanpa protein boleh menyumbang kepada yoyo diet, berat tetap akan turun, namun apabila kemudian mengambil makanan secara biasa, akan menaikkan berat badan dengan berganda. 

Dari sudut pengambilan serat vitamin dan mineral, serat sangat membantu dalam proses penghadaman yg bagus. Penghadaman yg baik akan menjadikan usus lebih bersih. Apabila usus bersih mudah untuk menyerap nutrisi seperti protein, vitamin, dan mineral, untuk mendapatkan kesihatan yg optimum. Tanpa pengambilan serat, akan menyukarkan proses penghadaman sehingga menyukarkan tubuh badan untuk mendapatkan nutrisi yg secukupnya. Berat badan takkan dapat turun dengan mudah disebab usus yg kotor kerana tak dpt menyerap segala nutrisi yg diperlukan. Akhirnya membawa kepada pemakanan yg tidak seimbang.

Sungguhpun pemakanan yg seimbang memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan, tetapi biarlah ia disertai dengan pengambilan calorie yg tidak melebihi daripada calorie keperluan seharian. Jika ia terlebih, tetap menyumbang kepada penambahan berat badan. Maka dengan itu haruslah berwaspada dengan pengambilan calorie dan menyeimbangkan segala pengambilan makanan.


No comments:

Post a Comment