Followers

Wednesday, June 5, 2013

Snek Lazat Elakkan Stress

Sering kali kita dengar bahawa jika seseorang menghadapi tekanan tentang sesuatu perkara, mereka akan mencuba pelbagai alternatif agar dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi. Ada yang menghadapinya secara positif, manakala ada yang melakukan tindakan yang kurang wajar seperti makan dengan banyak tanpa mengawal kalori harian mereka. 

Hal ini mungkin dapat melegakan tekanan seseorang, akan tetapi mereka akan dapat kesan buruk selepas itu iaitu kenaikan berat badan yang akhirnya akan menyumbang kepada gejala yang tidak sihat. Oleh itu, berikut adalah beberapa snek pilihan bagi golongan ini menikmati snek lazat dan dapat mengelakkan peningkatan kalori yang mendadak dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, snek yang berkualiti haruslah menjadi pilihan untuk dinikmati.

Kacang 

Terdapat pelbagai jenis kacang dipasaran seperti badam (almond), walnut, kacang tanah (peanut), hazelnut dan pistasio. Ianya mempunyai banyak lemak, akan tetapi kebanyakkan lemaknya tidak tepu dan dapat memberikan manfaat dalam mengurangkan kolesterol. 
Terdapat pelbagai kebaikan jika kita menjadikan kacang sebagai snek pilihan anda lagi-lagi jika anda ingin menghilangkan tekanan kerana ia mengandungi omega-3 dimana ia diketahui mempunyi faktor anti-inflamasi yang akan mengurangkan risiko penyakit jantung, dan mengurangkan sistem kemurungan. Secara tidak langsung, membantu dan membuat anda rasa tenang dan santai. Kacang juga kaya dengan tenaga, protein, serat, dan penuh dengan antioksidan, vitamin, mineral dan kalium.  


Bijiran dan Bar tenaga

Untuk melegakan tekanan, kita juga boleh mengambil makanan dari sumber karbohidrat. Karbohidrat dapat membantu meningkatkan tahap rasa baik (serotonin) seperti anti-keresahan kedalam fungsi minda kita. Bijiran dan juga bar tenaga adalah contoh sumber karbohidrat yang mudah didapati sebagai snek yang berkualiti yang dapat membekalkan karbohidrat yang diserap lebih perlahan didalam badan anda. Oleh itu, perasaan rasa lebih baik dapat dirasai secara perlahan-lahan didalam tubuh badan kita.

Segar bersama Air Kelapa

Air kelapa adalah seperti air Gatorade semulajadi yang mudah didapati dan jimat untuk mendapatkan minuman ini. Ia mengandungi karbohidrat ringkas iaitu gula dan juga elektrolit (mineral termasuk kalium dan magnesium). Apa yang pasti, air ini boleh membuatkan anda rasa sejuk dan menyegarkan dan tidak mengandungi lemak serta rendah kalori. Pastikan anda tidak mencampurkan gula halus ke dalam air anda.

No comments:

Post a Comment