Followers

Saturday, June 8, 2013

5 tips rawatan sakit kepala tanpa ubat

1. Minum air kosong/air lumau purut/ teh
Kemungkinan badan dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedao air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kemudian rehat.

2. Bernafas lebih efisien sambil tutup mata
Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/stim/mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yg boleh dibeli di pasar raya utk kegunaan di rumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan sauna.

4. Picit/urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belekang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yg berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutp lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment