Followers

Thursday, June 6, 2013

Perkara yang kena ada sebelum lelaki mengayat perempuan

Ketampanan atau jenis kereta seseorang lelaki itu bukanlah semata-mata dicari wanita. Banyak lagi perkara lain yg perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Ketahuilah lelaki, anda perlu ada 6 ciri ini sebelum melangkah keluar rumah utk memancing hati gadis idaman.


1. KEBERSIHAN DIRI
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yg tampan, tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain-lain. Walaupun kacak seperti Brad Pitt sekali pun, anda tidak akan dipandang oleh wanita.

2. MEMPUNYAI GAYA TERSENDIRI
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Shah Rukh Khan mahupun Anuar Zin utk bergaya. Percaya dgn gaya anda. Pasti ada yang akan suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut, jgn lupa nak 'trim' sikit takut geli gadis melihatnya nanti.

3. ADA SIKAP LUCU DALAM DIRI
Lelaki lucu selalunya akan diminati oleh ramai wanita, kerana tidak akan bosan bila bersama mereka. Kadang-kadang wanita ini sudah cukup bermasalah, jadi lelaki menjadi tempat mereka utk melepaskan tekanan itu.

4. BERSIKAP PRIHATIN
Anda juga perlu prihatin atau mengambil berat kpd wanita. Tak perlu bersungguh utk menunjukkan keprihatinan anda. Cukup dgn membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta utk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita, mereka sudah terasa terharu hika anda menunjukkan sifat gentlemen ini. 

5. SELALU SENYUM
Senyuman adalah 'make up' terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk setiap mata wanita yg memandang. Walaupun tak tampan, anda sudah kelihatan manis jika senyum. Wanita pun lebih berani mendekati anda daripada yg kacak tapi muka masam 24 jam. 

6. BERSIKAP COOL
Lelaki cool atau tenang ini juga antara salah satu sifat yg disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yg tenang tetapi anda yg teruk menggelabah. Lelaki cool adalah lelaki yg dapat menghadapi segala masalah dgn tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

Sumber ; Harian Metro (Gen.Y)

No comments:

Post a Comment