Followers
Saturday, November 1, 2014
' SEGMEN : BLOGWALKING PROMOSI BLOG & LIKE FANPAGE '
jom join ramai2 segmen ni di SINI.. dapat hadiah.. tolak barang free, tolak rezeki namanya.. cuba jaya ya.. :-)
Saturday, October 18, 2014
Resepi bersihkan toksin badan
Terfikir begaimana untuk
menghilang toksin dalam badan? Atau pernah mengikuti pelbagai cara
tetapi tidak berkesan? Usah risau! Berikut adalah minuman yang paling
mudah yang boleh membantu badan anda membersihkan semua toksin yang
terkumpul!
Minuman berkhasiat ini akan menyerang toksin, memusnahkan mereka, dan membersih keluar dari badan. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih segar dan ceria! Malah, ia juga akan membantu sistem pencernaan dan memberi tenaga sepanjang hari!
Bahan-bahan
1 biji lemon (dikupas )
4 biji buah epal (sebaik-baiknya epal hijau)
1 halia segar
1 cawan air (tidak wajib)
Penyediaan
Sila pastikan anda mengguna bahan-bahan organik jika anda tidak mengupas. Kisar limau, epal, dan halia dalam blender secara rata, dan air adalah pilihan (boleh sertakan juga perlu).
Sediakan pada awal pagi dan minumlah dengan perut kosong sebelum sarapan pagi. Ia akan berkesan serta merta!
Sumber Resepi

Friday, October 17, 2014
Cara mudah cerahkan kulit
1. Biasakan diri makan ikan salmon dan sayur-sayuran hijau seperti bayam. Walaupun mahal, namun lemak baik yang ada dalam ikan salmon dan sayur-sayuran boleh memperbaharui sel kulit terbakar (sunburn) atau rosak.
2. Untuk penjagaan kulit badan, gunakan pelembap kulit atau moisturize untuk membantu tona kulit kembali ke asal, apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari yang banyak. Bila perlu, tambah serbuk penaik (baking soda) dalam air mandian. Cuci kulit yang hangus dengan air tersebut.
3. Amalkan pengambilan vitamin C dan vitamin E secara rutin untuk mengembalikan kecantikan serta kesegaran kulit anda.
4. Untuk memutihkan kulit anda dari dalam, ambil 1 sudu makan jus mentimun dan campuran 1 sudu makan susu. Bahan-bahan ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Sapukan pada wajah dan biarkan ianya kering sebelum dicuci dengan air suam. Ianya membantu memperbaiki tekstur dan kualiti kulit secara konsisten.
5. Ambil 1 sudu makan yogurt segar, dan campurkan dengan 1/2 sudu makan madu. Oleskan pada wajah selama 10-15 minit. Kesannya, ianya akan mencerahkan kulit dan tona kulit akan menjadi sekata jika diamalkan secara konsisten. Ia juga sesuai diamalkan oleh pemilik apa sahaja jenis kulit.
sumber
Thursday, October 16, 2014
Cara kurus mengikut bentuk badan
Rasa sakit hati kan, setelah cuba pelbagai cara dan senaman namun berat
badan masih belum berkurang? Tanpa disedari ini mungkin kerana bentuk
badan berbeza memerlukan tumpuan senaman dan diet berbeza. Kali ini kami
senaraikan amalan senaman yang sesuai untuk bahagian badan bermasalah,
mengikut jenis bentuk badan anda!
Bagi mereka yang miliki badan berbentuk “Pear”
Bentuk badan “Pear” miliki bahagian punggung dan paha lebih besar. Misalnya seperti diva antarabangsa Beyonce dan Rihanna.
Senaman yang wajar dilakukan:
Amalkan senaman yang meningkatkan metabolisma dan bakar kalori seperti berlari. Cuba angkat berat untuk lengan dan bahu bagi seimbangkan potongan badan anda yang asalnya lebih lebar di bahagian punggung. Bagi tone bahagian kaki, amalkan lunge dan squat. Senaman lain hanya akan membesarkan lagi kaki anda.
Bagi mereka yang miliki badan berbentuk Epal
Masalah utama bagi mereka yang miliki bentuk badan epal adalah lengan yang besar. Mereka miliki bahagian atas badan yang lebih lebar, tetapi kaki yang cantik dan kurus. Contoh terbaik adalah Catherine Zeta Jones.
Senaman yang wajar dilakukan:
Amalkan senaman kardio dan cuba angkat berat untuk bahagian kaki bagi seimbangkan bentuk badan anda.
Bagi mereka yang miliki badan berbentuk “hourglass”
Bentuk badan idaman kebanyakan jejaka namun tidak berapa diinginkan kaum Hawa. Mereka yang miliki bentuk badan Hourglass miliki dada dan punggung lebih terbentuk manakala pinggang yang ramping. Bentuk badan ini juga harus menjaga permakanan kerana mudah untuk naik berat. Contoh terbaik adalah Kim Kardashian dan Marilyn Monroe.
Senaman yang wajar dilakukan:
Amalkan senaman yang tumpukan kepada seluruh badan seperti berlari dan kardio.
Bagi mereka yang miliki badan Tubular
Inilah bentuk badan idaman kebanyakan wanita. Semulajadi kurus. Namun ada kalanya nampak terlalu kurus, kerana badan seolah seperti papan, dada kecil dan tidak berpunggung. Contohnya seperti kebanyakan peragawati, termasuklah Cara Delevigne.
Senaman yang wajar dilakukan:
Tingkatkan pengambilan kalori untuk bina otot. Cuba aneka jenis senaman untuk seluruh badan tetapi jangan terlalu leka dengan senaman kardio kerana ini akan mengecilkan lagi badan anda.
SUMBER

Wednesday, October 15, 2014
Cara mengawal lemak di perut BUNCIT
Kebiasaannya, menyingkirkan lemak di perut adalah langkah awal yang
diambil apabila anda bercita-cita ingin menurunkan berat badan. Jadi,
apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jadual senaman yang telah
dirancang dan mematuhi diet pemakanan yang telah ditetapkan.
Diet ini mengandungi beberapa jenis makanan yang boleh mempercepatkan proses penyingkiran lemak. Berikut adalah senarai jenis makanan yang dapat membantu proses tersebut;
Protein
Protein yang dimaksudkan adalah protein tanpa lemak. Badan anda membakar kalori untuk mencernakan makanan. Menurut kajian, makanan yang mempunyai protein yang tinggi memerlukan kalori yang banyak untuk proses pencernaan yang juga membantu meningkatkan proses metabolism. Ayam, daging merah, dan putih telur adalah contoh makanan yang mempunyai protein yang tinggi.
Makanan berempah
Tentu anda pernah mengalami situasi di mana anda berpeluh-peluh setelah memakan makanan yang pedas atau mengandungi rempah ratus. Hal ini disebabkan rempah ratus seperti lada dan cili mengandungi capsaicin yang membantu merangsang kadar metabolism tubuh anda, membakar lebih kalori dan meningkatkan penyingkiran lemak.
Sayur-sayuran hijau
Sayuran hijau adalah antara makanan yang terbaik untuk perut anda. Kebanyakan sayuran hijau mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi dari segi kandungan fiber. Fiber yang tinggi menjadikan perut anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Bayam, timun, brokoli dan kacang hijau adalah pilihan yang baik untuk menu salad atau snek anda.

Tuesday, October 14, 2014
Atasi masalah parut jerawat dengan air mawar
Air Mawar
Air mawar membantu merawat jerawat dan menghaluskan pori-pori lalu mencantikkan kulit secara semulajadi.
Cara: Anda boleh membuat air mawar sendiri dengan mencampurkan kelopak bunga mawar dengan air mendidih. Gunakan air mawar ini sebagai ‘toner’ setiap hari.

Monday, October 13, 2014
Atasi parut jerawat dengan buah lemon
Buah lemon
Buah lemon mengandung Alpha-Hidrocxy Acid yang dapat membantu pengelupasan sel-sel kulit mati dan mampu menghilang parut jerawat.
Cara: Perah jus lemon dan sapukan pada parut jerawat/seluruh muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

Sunday, October 12, 2014
Atasi masalah parut jerawat dengan madu
Madu
Madu adalah salah satu rawatan yang terbaik untuk jerawat dan parut jerawat. Ia melembutkan kulit anda dengan mengurangkan kesan merah dan kerengsaan. Bukan itu sahaja, madu juga memudarkan bintik/tompok hitam.
Cara: Gunakan madu pada parut jerawat dan biarkan semalaman.

Saturday, October 11, 2014
Manfaat madu dalam kecantikan
Madu mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dengan pengambilan madu
secara kerap. Orang zaman dahulu memang gemarkan madu dan
menggunakannya sebagai produk kecantikan semulajadi.
Masalah rambut kusam? Kulit berjerawat? Wajah tak berseri? Tidak perlu risau, madu mampu menyerlah kecantikan kulit dan rambut anda.
3 manfaat madu bagi mengatasi masalah rambut dan kulit:
Menyuburkan rambut
Campurkan madu dengan minyak zaitun dengan jumlah yang sama banyak dan sapukan pada rambut serta kulit rambut. Selepas setengah jam, bilas dengan syampu. Mudah kan?
Mengatasi jerawat
Madu mempunyai kandungan anti bakteria yang berkesan untuk mengatasi masalah kulit berjerawat. Campurkan madu dengan kunyit and sapu pada bahagian yang berjerawat selama 15 minit lalu bilas. Lihatlah perbezaan yang ketara pada wajah anda!
Mencantikkan kulit
Untuk kulit yang cantik dan berseri secara semulajadi, minumlah madu secara berkala serta gunakannya pada kulit. Madu mengandungi nutrisi seperti magnesium, potassium dan kalsium yang membantu menghasilkan kulit yang lebih sihat and berseri.

Friday, October 10, 2014
Harga kereta dijangka turun selepas GST
Harga kereta dijangka turun selepas GST
Narayani Raj - Thursday, October 09, 2014
KUALA LUMPUR, (MLP) - Harga kereta yang baru dijangka akan turun antara 1 hingga 3 peratus selepas pelaksanaan Goods and Service Tax (GST).
Walau bagaimanapun, ini akan diimbangi harga tinggi untuk komponen kenderaan yang diimport kerana faktor pertukaran wang asing.
Komponen kenderaan kebanyakannya diimport dari negara Jepun dan jika matawang yen
meningkat berbanding dengan ringgit, kos penjimatan akan berkurang. Ini
adalah kerana kos komponen kereta akan menjadi lebih tinggi dan akan
juga mempengaruhi harga kereta.
Pengarah Bahagian CBP Jabatan Kastam
Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy berkata ‘’kami tidak boleh
jaminkan harga kereta akan menurun kerana tiada siapa dapat menjangka
kadar pertukaran asing pada bulan Disember atau pada Januari tahun
depan’’.
SUMBER ARTIKEL
Thursday, July 24, 2014
Petua lebatkan bulu kening
- Bakar dua biji buah keras sehingga hitam.
- Kemudian tumbuk halus.
- Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur.
- Bersihkan dengan air pada keesokan harinya.
- Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik
Wednesday, July 23, 2014
Petua atasi rekahan pada bibir
Atasi rekahan pada bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya.
Tuesday, July 22, 2014
Petua rawat kulit berkedut
- Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan.
- Selepas itu, campurkannya dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
- Gaul sebati bancuhan tersebut.
- Sapukan pada kulit sekali sehari.
Monday, July 21, 2014
Petua Bayi Berkulit Bersih - Oleh: EDITORIAL PAMA
Semua ibu bapa mahu memiliki bayi yang mempunyai kulit bersih dan mulus. Ia boleh dimiliki dengan mengamalkan petua tradisional sejak mengandung lagi.
Amalan minum air kelapa ketika kandungan memasuki trimester ketiga amatlah digalakkan. Amalkan minum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa dikatakan berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih tanpa kesan yang biasa dialami oleh bayi lain yang baru lahir. In Shaa Allah sepanjang usia bayinya, anak jarang menghadapi masalah berkaitan kulit.
Sunday, July 20, 2014
Petua Ubati Bisul
- Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih.
- Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada bisul dan sekelilingnya.
Saturday, July 19, 2014
Tips atasi kesan hitam pada celah kuku
Sapukan hirisan limau kasturi atau limau nipis pada jari dan kuku.
Friday, July 18, 2014
Tips atasi masalah jerawat dengan lemon
Perah jus lemon ke dalam air masak.
Jadikan ia rutin minuman harian anda.
Thursday, July 17, 2014
Tips Turunkan Berat Badan Guna Lemon
Amalkan pengambilan air suam yang dicampur perahan lemon dan madu.
Sedap diminum dan membantu misi menurunkan berat badan.
Wednesday, July 16, 2014
Petua Meluruskan Rambut
- Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja.
- Campurkan dengan air limau nipis.
- Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim.
- Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut.
- Tutup kepala dengan tuala selama satu jam.
- Selepas itu, barulah bilas dengan air sehingga bersih.
- Lakukan tiga kali seminggu.
- Anda akan dapati rambut keriting menjadi lurus sedikit demi sedikit.
Tuesday, July 15, 2014
Tips atasi keputihan
- Rebus 10 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air.
- Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.
Monday, July 14, 2014
Derma Darah Bantu Tubuh Langsing - Oleh: EDITORIAL PAMA
Menderma darah ternyata bermanfaat bukan hanya buat penerima darah tetapi juga buat penderma itu sendiri. Mereka yang sering menderma darah akan memperoleh banyak manfaat kesihatan dari darah yang disumbangkan.
Pertamanya, penderma darah dapat menurunkan risiko penyakit jantung. Hal ini kerana zat besi yang berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan oksidasi kolesterol. Oksidasi ini akan berkumpul pada dinding arteri yang akhirnya boleh memperbesarkan risiko terkena serangan jantung dan strok.
Selain itu, tindakan menderma darah juga dapat membantu tubuh untuk mengurangkan jumlah sel darah merah dalam darah. Anda tidak perlu panik dengan berkurangnya sel darah merah kerana sumsum tulang belakang akan segera menghasilkan darah merah bagi menggantikan sejumlah sel darah merah yang telah hilang.
Sebab itulah menderma darah menjadi langkah yang baik untuk menggalakkan penghasilan darah baru. Bagi yang ingin berdiet, pendermaan darah menjadi langkah yang bijak untuk menjalani program diet.
Hal ini kerana dengan mendermakan sejumlah 450 ml darah anda, ia akan dapat membantu proses pembakaran kalori sehingga 650 kalori. Jumlah ini cukup untuk mengurangi ukur lilit pinggang anda. Tunggu apa lagi, mari kita sama-sama menderma darah.

Sunday, July 13, 2014
Petua Menghilangkan Sengat Binatang Berbisa
- Titiskan dua atau tiga titik getah keladi tua di atas tempat yang disengat.
- Kemudian lap dengan kain bersih.
- Ulangkan sebanyak tiga kali.
- Rasa kesan sengatan akan berkurangan.
Saturday, July 12, 2014
Petua Gebukan Kulit
Jika anda inginkan kulit yang gebu dan halus, ambil ibu kunyit dan tumbuk halus bersama beras. Campurkan sedikit air mawar dan sapu pada wajah serta seluruh badan. Lakukan tiga kali seminggu. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Friday, July 11, 2014
Tips Redakan Batuk Berkahak
- Perah sesudu besar limau nipis dan campurkan secubit garam.
- Kacau dan minum bancuhan tersebut.
- Batuk cepat sembuh dan kahak mudah cair.
Thursday, July 10, 2014
Petua Lebatkan Rambut
- Kisar sebiji nanas sehingga menjadi jus.
- Biarkan jus tersebut semalaman.
- Selepas itu, lumur jus tersebut pada rambut dan biarkan selama 15 hingga 30 minit.
- Amalkannya tiga kali seminggu.
Petua Ubati Luka
Jika terdapat luka di tubuh, sapukan sahaja madu asli pada bahagian luka. Ia membantu mempercepatkan luka kering dan parut kurang kelihatan apabila sembuh nanti.
Wednesday, July 9, 2014
Cara Semulajadi Awet Muda - Oleh: HASNITA PAMA
Pokok durian belanda banyak ditanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan Bahama. Buah sukulen ini boleh dimakan mentah atau dibuat jus. Rasanya yang masam manis menjadikan durian belanda buah atau jus yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca tropika yang panas di negara kita.
Satu kelebihan buah durian belanda dari segi pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi. Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gram serat. Ini bersamaan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa.
Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, anda boleh memasukkan durian belanda dalam senarai bahan keperluan apabila anda membeli-belah. Satu cawan durian belanda membekalkan lebih 600 mg kalium, iaitu zat galian yang mengimbangkan kenaikan tekanan darah disebabkan natrium. Kalium juga membantu mencegah kekejangan otot, dan kerana itu ia juga baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Hidangan secawan durian belanda membekalkan separuh (50%) daripada pengambilan vitamin C yang disyorkan untuk orang dewasa. Pengambilan vitamin C secukupnya dalam diet membantu pengeluaran kolagen kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah durian belanda adalah cara semula jadi untuk awet muda.
Idea untuk jus – Isi durian belanda + buah belimbing + pear Cina
Tuesday, July 8, 2014
Petua Atasi Ruam Secara Tradisional - Oleh: HASNITA PAMA
Masalah ruam di kalangan bayi adalah masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan si kecil terjejas. Kulit bayi yang bersih dan mulus menjadi kemerah-merahan akibat alergi dengan banyak perkara termasuk susu, mandian, bedak dan persekitaran.
Jika bayi diserang masalah ruam, dia jadi tidak selesa dan akan meragam sepanjang masa. Sudah tentu ia turut membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenteram. Selain menggunakan ubat-ubatan moden tidak salah mencuba petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah ruam ini.
Masak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan ia (atau guna airnya sahaja) pada bahagian yang mengalami ruam.
Selain dari itu boleh juga mencuba cara lain iaitu tumbuk hancur ragi bersaiz sederhana. Selepas itu diayak, kemudian campurkan dengan sedikit bedak. Sapukan pada kulit bayi.
Sapukan tepung ubi di kawasan yang terkena masalah ruam selepas memandikan bayi anda. Selepas beberapa hari mencuba In sha Allah ruam akan beransur hilang dan si manja boleh tersenyum riang.
Monday, July 7, 2014
Ulam-Ulaman Ibu Berpantang - Oleh: HASNITA PAMA
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana. Antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan perlbagai vitamin termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan dalam pantang seperti daun pengaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Sunday, July 6, 2014
Serai Legakan Sesak Nafas - Oleh: HASNITA PAMA
Mengalami masalah sesak nafas biasa dialami mereka yang mempunyai masalah asma atau semput. Kesukaran bernafas memang sangat menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti seharian. Masalah ini boleh menyerang semua peringkat manusia tidak kira tua atau muda, kanak-kanak atau orang dewasa.
Selain menggunakan ubat-ubatan kimia, anda boleh juga mencuba petua tradisional untuk merawat masalah sesak nafas ini. Serai yang sering digunakan untuk tujuan memasak sebenarnya ada manfaat untuk merawat masalah sesak nafas. Cara-caranya seperti berikut:
1. Ambil kira-kira 10 batang serai, cuci hingga bersih kemudian rebus dengan dua gelas air.
2. Sebelum mendidih, campurkan gula merah secukupnya.
3. Bila sudah mendidih, biarkan sehingga airnya tinggal segelas.
4. Kemudian sejukkan sekejap, kemudian ditapis.
5. Minumlah air rebusan serai yang sudah ditapi sekali setiap hari, iaitu setiap pagi sebelum makan.
Saturday, July 5, 2014
Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata
- Ambil sebiji timun dan hiris dengan ketebalan sederhana.
- Kemudian, tekapkan hirisan timun tadi pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit.
- Selain timun, anda boleh juga menggunakan buah tomato.
Friday, July 4, 2014
Cara Meleraikan Pergaduhan Si Kecil - Oleh: HASNITA PAMA
Kadang kala sedang asyik anak kecil anda bermain dengan temannya, tiba-tiba terdengar suara salah seorang menangis. Ia adalah perkara normal yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Jangan terkejut dengan hal ini, sebaliknya bersikap rasional untuk mengendalikannya.
Dalam proses tumbesaran dan bersosial, kanak-kanak kecil akan sekali-sekala bergaduh, terutamanya apabila mereka berasa bosan atau letih. Kanak-kanak lelaki biasanya lebih agresif daripada kanak-kanak perempuan. Apabila pergaduhan tidak terkawal, libatkan diri anda dengan segera. Antaranya, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut:
*Asingkan kanak-kanak yang bergaduh.
*Alihkan perhatian mereka dengan memperkenalkan permainan lain atau mengalihkan perhatian mereka.
*Jangan menyebelahi sesiapa. Hampir mustahil untuk menentukan siapa yang betul dan salah dalam sebarang situasi.
Kadangkala ada kanak-kanak yang boleh bertindak agresif seperti menggigit lawannya dalam pergaduhan itu. Jadi anda perlu memberi perhatian kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa gigitan itu. Allihkan kanak-kanak yang menggigit itu dengan serta-merta dan letakkannya di suatu tempat lain, selamat dan bersendirian selama lima belas minit.
Semasa pertama kali bermain dengan kawan-kawan, mungkin anak anda cenderung untuk merampas atau merentap sesuatu barang apabila dia mula bermain buat pertama kali. Apabila berhadapan dengan situasi ini, anda hendaklah membantunnya belajar berkongsi dan lebih bersikap baik hati terhadap orang lain.
Mungkin ada kanak-kanak lain akan terus berkasar dan bersikap agresif, dan perangai mereka akan menyebabkan mereka tidak diminati dan sukar untuk disukai. Oleh itu untuk kebaikan anak anda, bantulah kanak-kanak itu untuk bersikap baik dengan orang lain.
*Berikannya suatu contoh yang baik untuk diikutinya dengan sentiasa berlemah lembut, bersabar dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya.
*Pastikan anda menjelaskan kepada anak melalui tindakan anda bahawa perangainya yang anda tidak suka, bukan dirinya.
*Sentiasa libatkan diri dan hentikan anak anda dengan serta-merta apabila dia mula memukul kanak-kanak lain. Bersikap tegas tetapi jangan berteriak atau bertindak agresif.
*Jangan sekali-kali membiarkannya melakukan caranya sendiri dengan berkelakuan agresif atau tidak baik. Sekiranya dia berjaya dengan caranya, dia akan cenderung bersikap sedemikian.
Thursday, July 3, 2014
Petua Kurangkan Bengkak Susu
- Ambil beberapa helai daun sirih.
- Cuci bersih dan sapu dengan minyak kelapa.
- Kemudian hangatkan di atas api sampai layu.
- Tampalkan di sekitar payu dara yang bengkak selagi daun masih hangat.
Langkah Penjagaan Apabila Rambut Anak Diserang Kutu - Oleh: HASNITA PAMA
Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
- Tanya ahli farmasi tentang ubat yang boleh membunuh kutu dan telur kutu. Sapukan ubat ini di seluruh kepala anak anda dan biarkan ia atas kepala selama masa yang diarahkan, biasanya beberapa jam.
- Cuci dan bilas rambutnya. Sikat dengan sempurna menggunakan sebatang sikat haus untuk mengeluarkan kutu dan telur kutu yang mati. Anda mungkin perlu mengulang rawatan ini dua atau tiga kali, setiap tiga hari, untuk menghapuskan telur kutu.
- Bersihkan berus dan sikat anak anda serta topinya. Satu cara lain, simpan topinya di dalam beg plastik bertutup rapat dan biarkan selama sekurang-kurangnya sepuluh hari. Kutu dan telur tersebut akan mati.
- Elakkan anak anda menyertai kumpulan kanak-kanak atau pergi ke taman permainan bermain bersama kawan-kawan kerana bimbang akan menjangkiti kanak-kanak lain. Biar dia tinggal di rumah sehingga kutu dan telurnya telah dimusnahkan sepenuhnya.
Wednesday, July 2, 2014
Tip Mudah Ibu Bekerjaya - Oleh: HASNITA PAMA
Menjadi ibu yang bekerja memerlukan anda bergerak pantas menguruskan diri sendiri, rumah tangga dan keluarga. Berfikiran kreatif dalam mengendalikan tugas harian di rumah membantu ibu menjadi lebih cekap dan efisien.
Sebaik pulang dari pejabat, ibu perlu menyinsing lengan memasak untuk keluarga pula. Dalam masa yang sama masih perlu memberi perhatian kepada anak-anak. Jika ada yang masih menyusu susu ibu, maka perlu disusukan dan pelbagai lagi kerenah si kecil yang lain.
Oleh itu ibu perlu bijak menyusun keperluan yang akan digunakan untuk tugas rutin seperti memasak, mengemas, mencuci pakaian dan sebagainya lagi. Berikut adalah beberapa contoh tip pantas yang boleh membantu ibu berkerjaya menguruskan tugas harian di rumah.
- Siapkan bahan asas memasak
Tugas memasak sebenarnya menjadi lebih mudah sekiranya segala macam bahan asas yang mengambil masa lama untuk disediakan seperti bawang, cili kisar, ikan, ayam, udang, sotong sudah tersedia. Oleh itu jadikan cuti hujung minggu untuk anda membuat persediaan mengisar cili, mengupas dan memotong bawang, menyiang ikan, sotong, udang dan sebagainya lagi. Untuk lebih mudah, anda boleh pekkan setiap bahan basah mengikut bahagian yang akan dimasak dalam sehari. Lebih mudah sekiranya anda sudah menetapkan jenis masakan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk kegunaan lima hari bekerja. Cara ini mempercepatkan proses memasak malah memelihara kesegaran bahan basah yang dibeli.
- Menyediakan pes masakan
Kaedah ini juga dijamin menjimatkan masa memasak anda di dapur. Anda boleh menyediakan pes masakan seperti pes cili, pes kari dan sebagainya bagi memudahkan kegunaan masakan anda. Pes tersebut boleh dipelbagaikan untuk memasak lauk pauk, pasta, mee dan sebagainya.
- Mencuci pinggan mangkuk
Kadang kala tugas di dapur menjadi berganda selepas memasak kerana perlu menyelesaikan tugas mencuci pinggan mangkuk kotor pula. Mengapa perlu tunggu selepas makan? Anda boleh jimatkan masa dengan mencuci segala alatan yang digunakan dalam penyediaan memasak. Sementara menunggu lauk yang ditumis atau direneh, ringankan tangan untuk mengosongkan sinki daripada peralatan dapur yang kotor. Ia dapat menjimatkan masa anda.
- Membasuh dan menyidai pakaian
Jangan biarkan bakul pakaian kotor anda sentiasa penuh. Usah bertangguh untuk membasuh pakaian kotor. Kini kebanyakan rumah dilengkapi dengan mesin basuh bahkan ada yang mempunyai alat pengering. Oleh itu pastikan membasuh pakaian setiap hari agar anda tidak terbeban pada hujung minggu.
- Usah tangguh melipat pakaian
Ia antara tugas yang paling tidak digemari oleh kebanyakan ibu. Untuk menjimatkan masa, sebaik mengangkat pakaian dari ampaian, jangan bertangguh melipatnya atau menunggu sehingga pakaian menjadi ‘gunung’. Jika mempunyai anak yang besar, anda boleh meminta bantuan mereka melipat pakaian masing-masing. Biarpun awalnya lipatan mereka kurang sempurna tetapi percayalah latihan awal akan membuatkan mereka ringan tulang membantu.
- Menggosok pakaian
Tugas menggosok pakaian memang mengambil masa yang panjang. Jadi untuk menjimatkan masa, peruntukan masa pada hujung minggu untuk menggosokan stok seminggu pakaian anda dan suami serta anak yang bersekolah.
Dengan perancangan yang cekap, anda masih boleh meluangkan masa untuk anak-anak pada waktu malam selepas menikmati makan malam sekeluarga.
Tuesday, July 1, 2014
Tip Pilih Hospital Bersalin - Oleh: EDITORIAL PAMA
Anda sedang hamil? Tentu persoalan di mana hendak bersalin bermain-main di fikiran. Memilih antara bersalin di hospital swasta atau kerajaan menjadi dilema pasangan bakal papa dan mama. Mana satu pilihan terbaik? Dapatkan maklumat berikut sebagai garis panduan.
Sewaktu melihat hospital dan klinik bersalin, anda tentu berasakan ia sama sahaja. Tetapi hakikatnya, bukan semua dapat memenuhi keperluan anda. Penting bagi anda menyenaraikan kriteria yang perlu ada pada hospital dan klinik bersalin yang sewajarnya menjadi pilihan anda.
Hakikatnya anda sendiri yang perlu membuat keputusan hospital mana untuk melahirkan bayi berdasarkan faktor keperluan, kemampuan dan keselesaan anda. Usah mengikut orang lain kerana setiap orang lain-lain keperluan dan kemampuannya.
Kebanyakan pakar obstetrik & ginekologi yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan di hospital swasta dan kerajaan mempunyai panduan untuk bakal-bakal ibu dan wanita yang sedang merancang untuk memiliki anak ketika membuat pemilihan hospital untuk bersalin.
1. Pastikan anda tahu mengenai latar belakang sejarah kesihatan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, asma, jantung, kencing manis atau komplikasi semasa hamil dan melahirkan (yang lalu) yang memerlukan penjagaan rapi. Dapatkan pandangan daripada doktor O&G yang memeriksa anda.
2. Adakah hospital yang dipilih membenarkan pasangan anda masuk ke bilik bersalin semasa proses kelahiran bayi? Jika anda merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ambil tahu adakah hospital pilihan anda merupakan hospital rakan bayi (menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif).
3. Pastikan anda selesa dan serasi dengan doktor pakar O&G di hospital tersebut kerana dia akan memantau sepanjang kehamilan dan menyambut kelahiran bayi anda. Oleh itu sebaiknya biarlah pemilihan hospital bersalin dilakukan di awal kehamilan. Ini membolehkan anda dan doktor membina hubungan yang baik seterusnya memudahkan anda berkomunikasi jika ada sebarang masalah berkaitan kehamilan anda.
4. Pastikan lokasi hospital bersalin yang dipilih paling hampir dengan rumah kerana tidak tahu bila berlaku kecemasan. Jadi ia mudah untuk datang secepat mungkin tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.
5. Pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan yang lengkap jika berlaku sebarang kecemasan semasa melahirkan anak. Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, berpengalaman bersalin secara pembedahan caesarean, ada komplikasi semasa hamil, digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana kemudahan dan kepakaran yang lengkap dan cukup. Ini kerana bukan semua hospital swasta mempunyai pakar bius yang bersedia sepanjang masa atau kemudahan unit rawatan rapi neonatal.
Selepas meneliti serba sedikit maklumat mengenai beberapa hospital berikut, mungkin anda sudah memiliki panduan untuk memilih hospital bagi melahirkan zuriat. Tidak kira sama ada pilihan anda adalah hospital kerajaan ataupun swasta pastikan kriteria penting yang memihak kepada keselamatan diri sendiri dan bayi menjadi keutamaan.
Memang tidak dinafikan antara kedua hospital mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang hanya boleh dipertimbangkan oleh bakal mama sendiri. Bagaimanapun faktor kewangan juga antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika memilih hospital bersalin.
Jika berkemampuan dan mahukan layanan lima bintang tidak salah memilih hospital swasta terkemuka sebagai pilihan bersalin. Namun bukan bermakna mereka yang memilih hospital kerajaan tidak menerima perkhidmatan berkualiti kerana kita sedia maklum fasiliti di hospital kerajaan lengkap dan canggih. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.
Monday, June 30, 2014
Khasiat bunga kobis - Oleh: HASNITA PAMA
Menyihatkan jantung
Bunga kobis membantu meningkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Dengan mengamalkan pemakanan bunga kobis, darah akan dipam sekali ganda pada rahim tanpa mengganggu ketidakselesaan pada jantung.
Pembentukan plasenta
Bunga kobis membantu pembentukan plasenta kerana ia kaya dengan folat. Folat sendiri membekalkan khasiat kepada bayi dan perkembangannya.
Penyerapan zat besi
Keperluan zat besi wanita meningkat apabila dia mengandung. Kandungan zat besi di dalam bunga kobis membantu melancarkan proses bersalin dan mengurangkan risiko berat badan bayi berkurangan.
Keperluan kalsium
Bila badan anda kekurangan kalsium, keperluan kalsium oleh bayi akan diambil dari tulang-tulang anda. Ini sangat berbahaya. Oleh itu amalkan makan bunga kobis yang merupakan sumber kalsium terbaik.
Kaya niacin
Bunga kobis juga mengandungi niacin iaitu zat yang membantu mengembangkan kulit bayi, sistem saraf dan pencernaan bayi.
Mengembangkan sel-sel
Kandungan vitamin A dan B yang ada dalam bunga kobis membantu mengembangkan sel-sel tubuh bayi.
Kaya vitamin C
Ia juga kaya akan kandungan vitamin C yang sangat diperlukan untuk pembentukan sistem imun tubuh. Bayi akan jauh lebih aktif dan sihat apabila keperluan vitamin C mencukupi.
Vitamin K
Bunga kobis juga meningkatkan pembentukan sel-sel di tulang yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Pembentukan tersebut dibantu dengan adanya pengambilan vitamin K daripada bunga kobis.
Sumber mineral
Bunga kobis kaya akan zink, mangan, sodium dan fosfor. Sumber lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil.
Sunday, June 29, 2014
Asam gelugur melegakan kesakitan gusi
- Caranya dengan mengambil sekeping asam gelugur.
- Kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut.
- Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit.
- Kemudian kumur dengan air suam.
Saturday, June 28, 2014
Petua Mudah Bersalin - Oleh: HASNITA PAMA
Semakin menghampiri tarikh bersalin, semakin berdebar hati mama. Kata orang ada macam-macam petua boleh diamalkan untuk memudahkan proses melahirkan anak.
Kebanyakan orang tua-tua mengesyorkan ibu yang sudah genap sembilan bulan mengandung supaya mengamalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala bayi waktu keluar dari vagina ibu.
Amalkan minum air kelapa satu gelas, dua hingga tiga kali dalam masa seminggu apabila semakin mahmpir dengan tarikh bersalin. Ada juga yang memberikan petua agar ibu hamil mengamalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia enam bulan ke atas. Sebaiknya minyak tersebut hendaklah yang dibuat sendiri.
Friday, June 27, 2014
Petua mudah kupas kentang
- Masukkan garam dalam air dan rendamkan ubi kentang dalam air garam semalaman.
- Bilas dan kupas seperti biasa kerana ia menjadi semakin mudah.
Thursday, June 26, 2014
Petua Untuk Wajah Berseri
Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian baharulah dibilas.
Wednesday, June 25, 2014
RAHSIA Wanita Jepun Ramping
1. RAHSIA PERTAMA : makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan,soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan
2. RAHSIA KEDUA : sajian makanan adalah kecil
3. RAHSIA KETIGA : sup miso menjadi sajian sarapan utama
4. RAHSIA KEEMPAT : memasak secara sederhana
5. RAHSIA KELIMA : nasi menggantikan roti
6. RAHSIA KEENAM : hanya jamah makanan pencuci mulut
7. RAHSIA KETUJUH : wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaiknya hanya makan apa saja yang di gemari dalam jumlah yang sedikit

Tuesday, June 24, 2014
Idea Kekalkan Keharmonian Perkahwinan - Oleh: HASNITA PAMA
- Bagi pasangan Muslim, solat berjemaah bersama adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Berdoa bersama meminta kepada Allah agar memelihara hubungan anda dan pasangan serta mengurniakan kebahagiaan dalam perkahwinan.
- Sesekali berbual tentang kenangan zaman percintaan anda berdua. Tentu banyak kisah manis yang boleh diimbas kembali selain kisah lucu yang pasti membuatkan anda berdua tertawa mengenangkannya.
- Sentiasa mengambil tahu aktiviti seharian pasangan. Keprihatinan yang ditunjukkan membuatkan anda berdua saling menyayangi antara satu sama lain.
- Jangan lupa mengucapkan kata-kata ‘saya sayang awak’ atau ‘saya cintakan awak’ setiap hari. Dengan cara ini pasti hubungan cinta kalian berdua tetap utuh dan manis selamanya.
- Pelukan dan ciuman juga mampu mengeratkan hubungan intim suami isteri. Jika sudah lama tidak memberikan pelukan kepada suami atau isteri, segera lakukan!
- Sentiasa mengucapkan kata-kata maaf setiap kali melakukan kesalahan dengan pasangan kerana ia adalah kunci kebahagiaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)