Followers

Tuesday, July 31, 2012

Petua Mengurangkan Rasa Lapar Dan Dahaga Di Bulan Ramadhan

Mula-mula, syarat untuk anda mengamalkannya ialah mesti bersahur. 

Semasa bersahur, anda boleh mengurangkan rasa lapar dan dahaga di siang hari dengan;

1. Sebelum anda makan nasi, buat dulu 3 gumpalan nasi. Mula-mula, anda baca Surah Al-Ikhlas sekali. 





Ayat-ayat yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas ini dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin-Nya. Selepas membacanya, makan segumpal nasi yang telah digumpal tadi. Seterusnya, ulangi dengan membaca Surah Al-Ikhlas dan makan segumpal nasi untuk kali ke-2 dan ke-3. Sesudah itu, barulah anda makan nasi beserta lauk pauk yang ada seperti biasa. 

2. Apabila selesai makan nasi, berselang-selilah berselawat ke atas Nabi S.A.W dan memakan buah kurma pula. Selawat sekali, kemudian makanlah sebiji kurma.


Ulangi langkah 2. ini sebanyak 7 kali.

Jika kita amalkan memakan 7 biji kurma setiap hari, iblis tidak akan mendekati kita juga dengan izin-Nya. Untuk pengetahuan anda, petua ini amat sesuai diamalkan oleh individu yang bekerja berat dan banyak menggunakan tenaga di siang hari seperti buruh kasar. 



Apa yang lebih penting, petua ini juga merupakan amalan Nabi S.A.W. Selamat Mencuba!

sumber

Monday, July 30, 2012

TIPS BERSAHUR BAGI ORANG BUJANG

Bagi orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum tidur. Kebanyakan daripada mereka suka mengambil makanan lewat malam sebelum tidur sebagai makanan untuk bersahur. Makanan seperti burger, nasi goreng dan mee segera sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan mudah didapati. Kebanyakan orang bujang juga susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Oleh itu makanan yang diambil sebelum tidur akan dianggap sebagai sahur. Walau bagaimanapun, makanan ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya. Waktu sahur yang paling baik adalah sekurang-kurangnya ½ jam sebelum waktu imsak. Oleh itu, jika boleh pastikan anda bangun sahur di awal pagi. Ini kerana,. Bersahur di awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Anda boleh mengambil makanan ringkas seperti roti, sandwic, ban, oats, telur rebus, bijirin sarapan pagi ataupun buah-buahan sewaktu bersahur. Jika terlalu malas untuk memasak dan ingin makan mi segera pastikan mi tersebut ditambah dengan sumber protein seperti telur atau ikan bilis dan sayur-sayuran seperti sawi atau kobis. Pastikan anda mengambil air yang mencukupi untuk mengelakkan kekeringan.

Sunday, July 29, 2012

TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN AIR DI BULAN PUASA

Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil 6-8 gelas air sehari. Air adalah penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun begitu, kita juga boleh mengambil air dalam bentuk jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Bagi berbuka puasa, adalah digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya. Selain daripada minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah-buahan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air:
  • Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
  • Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
  • Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
  • Minum 2 gelas air sewaktu bersahur.

Saturday, July 28, 2012

TIPS MENYEDIAKAN HIDANGAN SIHAT UNTUK BERBUKA PUASA

Laungan azan maghrib adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa. Sudah tentulah, pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa. Bagi sesetengah keluarga, mereka lebih menggemari masakan yang disediakan di rumah berbanding yang di beli di pasar Ramadhan. Sudah tentulah masakan yang disediakan di rumah oleh ibu akan lebih menyelerakan. Tambahan pula, bagi anak-anak, inilah masanya mereka boleh meminta si ibu memasakkan apa saja makanan kegemaran mereka untuk santapan berbuka puasa. Namun begitu, sebagai ibu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sihat untuk keluarga. Gunakanlah panduan berikut bagi menyediakan hidangan sihat untuk berbuka puasa.
  • Rancanglah menu dengan mengambil kira 5 kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula.
  • Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet.
  • Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.
  • Pelbagaikan kaedah masakan dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.

Friday, July 27, 2012

TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN DI BULAN PUASA


Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah bersederhana semasa menghidang juadah terutamanya ketika berbuka puasa. Sudah tentulah sukar untuk mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah daripada pelbagai jenis sudah ada di depan mata. Oleh itu, kita harus mengambil peluang di bulan puasa ini untuk berjimat cermat khususnya bagi perbelanjaan ke atas makanan. Rancang dan hidangkan makanan untuk berbuka pada kadar yang berpatutan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari bahan semula jadi seperti daun pandan. limau nipis dan serai. Elakkan penggunaan gula berlebihan, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Selain daripada itu, anda juga harus ingat tujuan berpuasa adalah untuk mendapatkan pahala dan keberkatan. Oleh itu, elakkan pembaziran di bulan puasa kerana ini boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri. 

Thursday, July 26, 2012

TIPS MEMBELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN

Memang tidak dinafikan, di bulan puasa pasar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan. Di sini anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk juadah berbuka puasa. Bayangkan dalam keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. Ini boleh menyebabkan anda rambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau amalan makan secara sihat senang saja diketepikan pada saat itu. Sebagai panduan, pastikan anda membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk di beli. Senarai makanan ini boleh mengelakkan kita daripada membeli makanan yang tidak diperlukan. Buatlah pilihan yang lebih sihat semasa membeli juadah berbuka puasa. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak secara minima. Kurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di rumah. Ini membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut.

Wednesday, July 25, 2012

TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA

Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.
  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Kurangkan makanan tinggi gula.
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

Tuesday, July 24, 2012

TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan

Monday, July 23, 2012

TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA

Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
  • Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
  • Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
  • Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

Sunday, July 22, 2012

Tips Berbuka Puasa


  1. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.
  2. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut:
    • Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Ikan, ayam, daging dan kekacang
    • Susu dan produk tenusu
    • Sedikit minyak, lemak, gula dan garam
  3. Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
  4. Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.
  5. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu . Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.
  6. Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

Saturday, July 21, 2012

TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SEWAKTU BERSAHUR

Amalan berpuasa bagi anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sesetengah anak-anak begitu teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun begitu, apa yang menjadi masalah adalah apabila bangun bersahur. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak memang susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Ada juga anak-anak yang susah untuk makan kerana biasanya mereka kurang berselera untuk makan di waktu pagi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tip berikut boleh dijadikan panduan:
  • Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.
  • Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu apa yang anak-anak anda ingin makan sewaktu bersahur.
  • Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang sama setiap hari.
  • Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan
  • Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
  • Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.

Friday, July 20, 2012

TIPS MENYEDIAKAN MAKANAN SEWAKTU BERSAHUR

Kebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan dihidangkan sebagai hidangan untuk bersahur. Amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyenangkan kaum ibu yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur. Ini boleh dilakukansekiranya makanan tersebut disimpan dengan cara yang betul dan selamat. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya kita menyediakan makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini kerana, sekiranya lebih makanan sewaktu berbuka dihidang, dikhuatiri ia telah tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan. Makanan yang telah terdedah di suhu bilik melebihi 4 jam adalah tidak selamat untuk dimakan. Tambahan pula, menggoreng semula makanan akan menyebabkan tambahan kalori kerana penggunaan minyak yang berulang. Makanan untuk bersahur tidak perlu terlalu rumit untuk disediakan. Makanan seperti sandwic, bubur nasi, oat, bijirin sarapan pagi, roti bersalut telur, makaroni goreng, spageti, buah-buahan serta sup seperti sup sayur ataupun sup bebola ikan yang ringkas boleh dijadikan hidangan bersahur yang sihat. Selain daripada itu, pastikan juga buah-buahan dihidangkan sewaktu bersahur. Bagi minuman pula, lebihkan pengambilan air kosong dan kurangkan penggunaan gula atau susu pekat manis. Pengambilan teh dan kopi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan melalui air kencing.

Thursday, July 19, 2012

Bagaimana Hendak Rasa Garam Dalam Masakan Ketika Berpuasa

Untuk merasa garam dalam masakan, memang menjadi masalah terutamanya jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ia menandakan masakan anda cukup masin, tetapi jika jari anda merasa perit, ini menandakan masakan anda terlebih garam. Selamat mencuba!!! :-)




Mutiara kata :




Wednesday, July 18, 2012

Karakter Suami Yang Manja


Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di bumi ini untuk saling sayang menyayangi dan saling melengkapi. Berikut adalah ciri dia manja terhadap anda!

1. Melalui bertentang mata

Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan suami minat terhadap anda. Jadi si isteri jangan pula mengalihkan pandangan pula, teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda!

2. Jika marah

Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye. Jikalau si isteri sedang marah(api), suami patut menyejukkannya dengan belaian mesra!

3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka

Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia akan berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama. Memang romantis suami begini!

4. Suka mengusik dan berjenaka

Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.

5. Bercakap lembut

Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja dengannya..

Berbahagialah dan beruntunglah jikalau isteri mempunyai suami yang begini. Kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri suami di atas, hargailah dan banyakkanlah wujudkan hubungan mesra suami isteri. Insyallah.

Monday, July 16, 2012

Cara Memutihkan Ketiak Dan Leher Yang Hitam


Bagi yang mahukan cara lain untuk memutihkan ketiak, hari ini saya kongsikan cara alternatifnya. Cara kali ini ada dua fungsi. Bukan setakat memutihkan ketiak yang hitam. Malah sesuai buat anda yang ingin memutihkan bahagian bawah leher. Itu hanya tambahan jikalau bahagian bawah leher anda hitam.

Andainya bawah leher agak hitam, cubalah petua di bawah ini;

1. Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.
2. Memula, anda perahkan limau nipis.

3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.
4. Seterusnya, anda tumbukkan sedikit kunyit.
5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.

6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan di atas pada bahagian bawah leher atau ketiak. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.

Petua ini perlu dibuat setiap hari sehinggalah anda puas hati dengan hasilnya. Selamat Mencuba!
sumber

Sunday, July 15, 2012

Elakkan Minum pada 7 Waktu Ini


Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.


7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:


1. Sebaik saja bangun tidur.


Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.


2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.


3. Selepas memakan buah-buahan.


4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. 

Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).


5. Sewaktu tengah makan.

Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.


Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.


7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.


Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.


Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya. Selamat mencuba!


Saturday, July 14, 2012

Tips Belajar Yang Paling Efektif

1. Suasana yang kondusif


Suasana pembelajaran berperanan penting untuk meningkatkan fokus kita sewaktu belajar. 'Tidak fokus' akan menyebabkan kita mengambil waktu belajar yang lebih lama dari yang sepatutnya. Sedangkan kita tahu, masa kita sendriri seperti tidak cukup 24 jam sehari. Matikan telefon, internet, laptop, TV dan lain-lain yang menganggu konsentrasi kita semasa belajar.


2. Masa belajar


Masa yang diperlukan untuk seseorang mengulangkaji pelajaran adalah subjektif. Jika kita fokus, masa yang diperlukan mungkin singkat. 3 jam sehari mungkin sudah mencukupi. Tetapi, ada juga yang memerlukan masa yang lebih panjang. Berlaku jujurlah sewaktu merancang masa mengikut kapasiti diri. Semua orang berbeza kemampuannya.


3. Tidak bertangguh




Sikap bertangguh ini adalah suatu penyakit!! Bila sekali kita bertangguh, kita akan berasa selesa untuk bertangguh. Antara cara untuk mengatasi sikap bertangguh ini adalah, apabila rasa nak bertangguh sahaja, cuba berjanji pada diri untuk belajar selama 15 minit shaja. Percayalah anda tidak akan berhenti belajar setelah memulakannya. Ini berdasarkan hukum Newton pertama yang menyatakan suatu benada akan kekal berada dalam sifatnya sama ada pegun atau bergerak. Jika kita sudah mula bergerak untuk belajar, maka InsyaAllah kita tidak akan berhenti melakukannya. Senang bukan??


4. Badan yang sihat


Selain daripada minat terhadap pelajaran yang diambil, kesihatan dan kecergasan tubuh badan juga memainkan peranan penting. Amalkan senaman yang tetap seperti berjoging selama 20 minit, 3 kali seminggu. Selain itu, elakkan makan makanan yang tidak sihat, seperti mi segera, kopi juga air berkafien tinggi. Tidak dilupakan, waktu tidur dan qiyamullail yang teratur juga membantu kecergasan badan dan kecerdasan minda.


5. Gol dan hadiah


Untuk mendorong kita bersungguh ketika mengulangkaji, letakkan gol yang mesti dicapai setiap kali belajar. Contoh : "hari ini saya akan menghabiskan satu topik dalam masa 2 jam. saya akan pastikan saya faham dan boleh mengajarnya semula". Untuk lebih memotivasikan diri, hadiahkan diri kita dengan sesuatu yang kita sukai seperti membeli aiskrim atau buku jika berjaya mencapai gol yang ditetapkan.


6. Membuat dan menyusun nota


Membuat nota ketika belajar dapat menguatkan ingatan terhadap apa yang dipelajari. Jadikan nota anda itu menarik dan cantik. Boleh jadi anda penuhkan dengan sesuatu visual dan grafik, boleh juga menggunakan peta minda dan boleh juga menulis nota pendek dengan menggunakan warna pen yang berbeza. Paling penting, nota itu mampu membantu anda untuk menghafal.




7. Tidak malu bertanya


Sekiranya anda sukar memahami sesuatu subjek, jangan malu untuk bertanya!! Anda juga boleh mengadakan sesi belajar secara berkumpulan. Elakkan dari berbual-bual mengenai perkara yang tidak sepatutnya. Rajinkan diri untuk bertanya kepada guru jika hasil perbincangan tidak mampu menyelesaikan masalah.


8. Tingkatkan daya ingatan


Keberkatan ilmu dan juga permakanan adalah faktor penting dalam keupayaan ingatan kita. Perlu ada niat yang ikhlas ketika belajar dan jauhkan diri dari mencaci guru kita. Diet yang sihat dan mengikut sunnah nabi juga digalakkan untuk menguatkan minda dan ingatan. Begitu juga menghafal Al-quran mampu meningkatkan daya ingatan.

9. Hubnngan baik dengan Allah
 
Mana mungkin kita akan sedar tanggungjawab kita yang besar sebagai pelajar dan juga da'ie jika hubungan kita dengan Allah longgar? Bagaimana kita mahu bersungguh-sungguh dalam pelajaran jika dalam beribadah pun kita tidak bersungguh-sungguh? Bagaimana kita hendak berjaya jika kita tidak yakin yang kejayaan itu sesungguhnya datang daripada Allah? Dia akan memudahkan urusan kita. Bangunlah bersolat tahajud dan perbanyakkan doa. Kebergantungan kita kepada Allah adalah suatu perkara yang penting dan tidak boleh kita remehkan, ilmu datangnya daripada Allah. 




Friday, July 13, 2012

Petua Untuk Isteri Dan Bakal Isteri




1. Wajib bagi seorang isteri:
 
i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya. 
 
Keterangan:

Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga. Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan hikmah.
 
ii. Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.

Keterangan:

Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya.
 
iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun diatas belakang unta)

Keterangan:

Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku. Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta.

iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si isteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.

Keterangan:

Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.
 
2. Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: " Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di muka bumi."
 
3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.
 
4. Saidatina Aishah r.a berkata: "Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."
 
5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah:
 
i. Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali.
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah dia dimaafkannya.
iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali."
 
6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali', maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya".

Keterangan:

Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal kebajikan si isteri.
 
7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa saja seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga keatasnya."
Keterangan:
Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.
 
8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya"

Keterangan:

Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti. Ada juga isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah dihargai.
 
9. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Urusan pertama yang ditanyai kepada para isteri pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia melaksanakan tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)
 
10. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:

i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.
 
ii. Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya.
 
iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).
 
iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami."

Keterangan :

Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecualilah dia bertaubat.

11 Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW: "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan."

Maka baginda bersabda yang bermaksud: "Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya." Berkatalah perempuan itu: "Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia ini masih ada"
 
12. Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan terhadap ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya suaminya meminta untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta maka tidaklah dia si isteri boleh menolaknya.
 
13. Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak. Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan begitulah jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.
 
14. Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil hati jika saranannya tidak dipersetujui.
 
15. Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.
 
16. Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.
 
17. Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.
 
18. Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud: "Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir disungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga"
 
19. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah akan didoakan keampunan baginya oleh para malaikat.
 
20. Memasak mengikut selera atau kesukaan suami.
 
Keterangan:

Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.
 
21. Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak
 
22. Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit, megipas dan lain-lain.


Thursday, July 12, 2012

Hilangkan Urat Timbul Di Kaki

Bagi ibu-ibu yang mengandung, mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Untuk mengatasi masalah ini, ketika tidur, anda mesti meletakkan kaki tinggi daripada kepala. Satu cara lagi adalah ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda, selama 15-20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperoleh hasil yang memuaskan. Selain itu, anda juga boleh mengurutnya perlahan-perlahan dengan menggunakan minyak urut. Selamat Mencuba!! ;-)



Wednesday, July 11, 2012

Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa. Setelah itu, simpan dalam peti sejuk. InsyaAllah kelapa akan tahan lebih lama.

Tuesday, July 10, 2012

Petua Menghilangkan Kedut Di Muka

Usia dan kedutan wajah sememangnya sering menghantui ramai wanita. Bagaimana untuk mengurangkannya? Ambil sebiji lobak merah, parut hingga hancur. Campurkan dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sapukan di tempat yang berkedut dan biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. lakukan sellau. InsyaAllah wajah anda akan kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.


Monday, July 9, 2012

10 Petua Untuk Menjadi Suami Yang Terbaik

1. Tunaikan tanggungjawab dan peranan yang sebenarnya kepada isteri.


2. Layanlah isteri dengan baik dan lembut.


3. Hindarkan kritikan, sindiran, ugutan dan kekerasan terhadap isteri.


4. Berikan pujian dan penghargaan kepada isteri.


5. Keraplah bekerjasama dengan isteri unntuk memajukan dan meningkatkan rumahtangga.


6. Bawalah berbincang dengan isteri walaupun masalah itu kecil.


7. Berikan isteri perasaan aman, tenteram, selesa dan selamat.


8. Memahami perubahan hati nurani isteri seperti sedih, kecewa dan sebagainya.


9. Tingkatkanlah hubungan seksual agar isteri mendapat kepuasan yang diharapkan.


10. Jangan membohongi isteri kerana isteri akan merasa dirinya dipermainkan jika mengetahui dirinya dibohongi.




Sunday, July 8, 2012

Melembutkan Dan Mencerahkan Kulit Muka


Buat jus pekat limau. Sapukan pada kulit muka anda dan biarkan selama 5 minit. Cuci muka seperti biasa. InsyaAllah kulit wajah akan menjadi cerah.


Saturday, July 7, 2012

Melicinkan Kulit Wajah


Kisar timun dan ubi kentang, kemudian campurkan keduanya. Setelah sebati sapu pada wajah. Amalkan 2 kali seminggu.


Friday, July 6, 2012

Cara Hindari Curang


Selalu berpenampilan menarik

Setelah menjalani alam rumah tangga bertahun-tahun,  penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu, bila berada di luar seperti di tempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza. Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan sal;ah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

Keperluan seks yang sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan amat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.

Persamaan

Bernikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat memperkecil kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlansung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

Waktu hanya berdua

Ada pasangan yang menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

Mencari kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor atau orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar  dan indah jika tidak disiram dan dipupuk. Begitu juga dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yang bersikap produktif dalam menjaga keutuhan rumah tangga, siapa lagi yang anda harapkan?

Menghargai pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda menghargai apa yang dilakukan.


Ubat Telinga Bernanah


Ambil sepotong daun lidah jin hijau, bakar hingga kulit luarnya agak hangus. Picit hingga keluar airnya dan titiskan ke dalam telinga pagi dan malam. InsyaAllah dapat mnyembuhkan telinga bernanah.  


Wednesday, July 4, 2012

Cara Mengatasi Lingkaran Hitam Bawah Mata

Ambil 2 uncang teh yang sudah digunakan. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Setelah sejuk, letakkan di atas kedua-dua belah mata anda. InsyaAllah lingkaran hitam bawah mata akan hilang dan mata anda terasa segar dan  bermaya.



Sunday, July 1, 2012

Cara Membasuh Tangan Yang Betul


Pengenalan
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:
  • Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas mengendalikan sisa makanan
  • Selepas menghembus hingus
  • Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya
Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari bakteria dan kotoran.
Bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul?
Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:
  • Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih yang mencukupi
  • Gosok tapak tangan
  • Gosok setiap jari dan celah-celah jari
  • Gosok kuku pada tapak tangan
  • Gosok belakang tangan
  • Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
  • Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau dengan udara kering.