Followers

Wednesday, November 2, 2016

TUJUAN BERTUNGKU SELEPAS BERSALIN

1. Mengeluarkan saki baki darah kotor.

2. Mengecutkan dan memulihkan rahim.

3. Memulihkan urat saraf di sekeliling peranakan.

4. Memudahkan pemulihan tenaga dan perjalanan darah. Hal ini kerana, badan berpeluh dan hangat ketika bertungku.


Tuesday, October 11, 2016

CONTOH LATIHAN KATA HUBUNG GABUNGAN

  Lengkapkan petikan di bawah dengan kata hubung gabungan yang betul.
   
    Penduduk Kampung Jaya telah menganjurkan program gotong-royong supaya kawasan taman mereka bersih ______ indah. Mereka mencuci longkang, memungut sampah, mengecat dinding dewan dan memotong rumput yang panjang. Ahmad ______ kawan-kawannya turut sama membantu mengindahkan kawasan taman perumahan mereka. Aktiviti ini bukan sahaja terdiri daripada orang dewasa ______ semua penduduk menyertainya. Aktiviti ini telah dilakukan sejak lima tahun yang lalu. Penduduk juga dapat mengeratkan hubungan ______ beramah mesra. Ayah bersama kaum lelaki membersihkan dewan ______ ibu pula menyediakan hidangan tengah hari. Pelbagai lauk-pauk ______ kuih-muih juga disumbangkan oleh penduduk di situ. Ahmad turut sama membantu ayahnya memungut sampah ______ memasukkannya ke dalam plastik hitam. Setelah selesai gotong-royong, mereka _____ mencuci tangan dan menjamah makanan yang disediakan.


serta      dan      malahan     sementara     sambil      atau     seterusnya      kemudian

Sunday, September 18, 2016

KEBAIKAN MEMAKAI PILIS SEMASA BERPANTANG

1. Elak pening, sakit kepala dan pitam.

2. Elak rabun pada usia muda.

3. Kepala rasa sejuk dan berangin.

4. Elak letih dan mengantuk.

5. Cergas dan tidak tertidur terutama waktu pagi. Tidur waktu pagi mengakibatkan banyak penyakit.




Saturday, September 17, 2016

Friday, September 16, 2016

CARA MEMBUAT BEDAK SEJUK UNTUK BAYI

1. Rendam beras selama 7 hari dengan menggantikan airnya sekali sehari. 

2. Setelah itu, toskan beras dan tumbuk. 

3. Kencur hidup, jerangau, jintan putih, kayu pucuk, kulit kayu manis, lengkuas, akar restu dan bunga kesumba dijemur sehingga kering dan ditumbuk serta diayak.

4. Selepas itu, campurkan dengan tepung beras tadi dan masukkan sedikit air.

5. Adunkan semua bahan ini dan renjiskan di atas kain. Gunakan penyapu yang dikembangkan. 

6. Jemur sehingga kering. Pisahkan bahan daripada kain dan simpan dalam bekas.

7. Campurkan dengan air yang mencukupi.

8. Sedia untuk disapu pada bayi! :-)

Thursday, September 15, 2016

PETUA MENCANTIKKAN PUSAT BAYI

Ambil seulas bawang putih ditumbuk pecah-pecah, secamca teh, jintan putih, sedikit abu dapur kayu. Bungkus semua dengan kain, ikat kemas-kemas. Kemudian, salai atas bara atau batu yang telah dipanaskan. Apabila telah suam kuku, tekan perlahan-lahan di keliling pusat dan perut bayi. 


Wednesday, September 14, 2016

CONTOH SOALAN UJIAN MATEMATIK TAHUN 3 KERTAS SATU

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Susunan yang manakah disusun mengikut urutan menurun?

A. 3246, 4426, 7003, 9639
B. 4426, 3264, 9639, 7003
C. 9639, 7003, 4426, 3264
D. 3264, 9639, 4426, 7003

Jawapan : c

2. Lengkapkan

____ - 432 = 7002

A. 6464
B. 7464
C. 6434
D. 7434

Jawapan : d

3. 8 ribu + 3 puluh =

A. 8300
B. 8003
C. 8030
D. 3800

Jawapan : c

4. 7384 dibundarkan kepada ratus terdekat ialah

A. 7400
B. 7500
C. 8000
D. 7300

Jawapan : a

5. 4 m + 500 cm =

A. 45m
B. 504cm
C. 900cm
D. 6m

Jawapan :  c

6. Antara nombor berikut yang manakah dibundarkan kepada puluh terdekat menjadi 1670?

A. 1668
B. 1675
C. 1781
D. 1764

Jawapan : a

7. Cari jumlah 87, 6259 dan 790 kepada ribu terdekat.

A.7500
B. 8500
C. 7000
D. 8000

Jawapan : c

8. Hasil darab yang manakah betul?

A. 9 x 309 = 2681
B. 195 x 6 = 1176
C. 384 x 7 = 2698
D. 4 x 296 = 1184

9. 458 kg x 7 =

A. 2816 kg
B. 3206 kg
C. 3026 kg
D. 2416 kg

Jawapan : b

10. 90 minit + 11 minit =

A. 1 jam 26 minit
B. 1 jam 41 minit
C. 2 jam 41 minit
D. 2 jam 26 minit

Jawapan : b

Tuesday, September 13, 2016

TUJUAN BERBENGKUNG SELEPAS BERANAK

1. Cegah peranakan drpd jatuh.

2. Kecutkan semula peranakan.

3. Ibu berasa lebih yakin & selesa.

Monday, September 12, 2016

KHASIAT JAMU TRADISIONAL

Sunday, September 11, 2016

KHASIAT ULAM-ULAMAN SEGAR SELEPAS BERSALIN

1. Selera makan pulih.

2. Susu ibu banyak.

3. Bayi puas menyusu.

4. Ibu lebih cergas.

Contoh ulam-ulaman yang boleh dimakan bersama nasi panas :
Daun tenggek burung, kunyit ditumbuk dan dicampur kicap, limpuyang serta daun hijau segar yang lain.

Saturday, September 10, 2016

12 AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

1. Banyak bertaubat kpd Allah.

2. Banyak membaca Al Quran 

3. Banyak berpuasa isnin dan khamis.

4. Rajin solat berjemaah.

5. Elak pergi ke tempat tidak dibenarkan syarak.

6. Rajin hadiri majlis ilmu.

7. Dilarang makan benda haram dan memberi rezeki haram serta riba.

8. Banyak baca doa keselamatan isteri mengandung dan anak di dalam kandungan.

9. Dilarang membuka aurat, takut-takut mempengaruhi akhlak anak.

10. Jauhi marah dan benci isteri.

11. Banyak bersabar dan jalinkan hubungan dgn isteri.

12. Banyak baca surah AL FATIHAH, LUQMAN, YASIN, YUSUF, AN NAHL AYAT 78, AL A'RAF AYAT 189 dan AYAT QURSI.

Friday, September 9, 2016

PANTANG LARANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Ibu jari kaki harus dijaga supaya tidak tersepak atau terhantuk. Bimbang bentan.

2. Banyakkan minum air akar kayu atau jamu, untuk jaga badan.

3. Jangan minum teh dan kopi. Angin badan.

4. Jangan makan sayuran sejuk seperti bayam, kangkung, lobak putih dan timun. 

5. Jangan makan ikan berbisa dan gatal seperti keli, puyy, sembilang, terubuk, pari, udang.

6. Jangan makan buah sejuk seperti rambutan dan langsat.

Ingat ya mommies! 

Thursday, September 8, 2016

ADAB-ADAB WANITA KETIKA MENGANDUNG

1. Kasihani & sayangi suami

2. Tidak mengeluarkan kata-kata kotot/kesat kpd suami

3. Jangan terlalu cerewet & banyak karenah 

4. Terima suami seadanya

5. Jauhi perasaan mencintai orang lain selain suami

6. Jauhi sifat menuduh rumah tangga orang lain

7. Jauhi sifat mengumpat / menghina orang lain

8. Jauhi sifat mencari kesalahan & membuka aib orang lain

9. Jauhi sifat menghina & memandang rendah terhadap orang lain

10. Menghormati & berbuat baik dengan orang lain

11. Menghargai setiap pandangan & nasihat orang di sekeliling kita

Semoga kita sentiasa memperbaiki diri ke arah lebih baik dan positif!

Wednesday, September 7, 2016

TIPS PERMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

1. Tambahan Protein

ntuk pertumbuhan otot,  kulit, rambut dan kuku janin, ibu mengandung memerlukan tambahan protein sekurang-kurangnya 10gram. Protein dapat diperoleh drpd daging, susu, keju, ikan, telur, tauhu, tempe dsb.

2. Tambahan Kalsium

Kalsium diperlulan ntuk pertumbuhan tulang dan persediaan gigi janin. Kalsium boleh diperoleh drpd susu, kacang, sayuran dsb.


3. Tambahan Kalori

Makanan yg banyak karbohidrat, gula dan lemak mempunyai kalori tinggi. Ibu mengandung boleh memperoleh kalori tersebut drpd makanan utama seperti nasi, mi atau roti.

4. Tambahan Vitamin

Vitamin diperlukan utk melancarkan perjalanan darah. Vitamin B kompleks boleh didapati dalam kacang. Vitamin A boleh didapati di dalam kuning telur, susu, hati, sayur dan buah warna hijau serta kuning kemerahan. Vitamin C boleh didapati di dalam sayur dan buah.


AYAT-AYAT AL-QURAN YANG PERLU DIBACA SEMASA MENGANDUNG

1. Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi

2. Surah Yasin hingga akhir

3. Surah At-Taubah hingga akhir

4. Surah Yusuf hingga akhir. (Agar memperoleh anak soleh, sihat, cantik, sempurna)

5. Surah Luqman hingga akhir. (Agar memperoleh anak yg taat)

6. Surah Maryam hingga akhir. (Agar memperoleh anak yg sabar, taat)

7. Surah An-Nahl ayat 78

8. Surah Al-A'raf ayat 189

Jom sama-sama kita amalkan! Semoga anak yg akan lahir ini menjadi anak yg soleh dan solehah. In sha Allah. Aamiin..

Tuesday, September 6, 2016

TANDA-TANDA MENGANDUNG

1. Putus haid


2. Loya dan muntah-muntah, terutama waktu pagi

3. Sering rasa letih, badan rasa tidak sedap, lain daripada biasa.

4. Buah dada sengal-sengal atau bengkak

5. Kerap buang air kecil

6. Rasa runsing tidak menentu

7. Mulut rasa payau atau rasa tidak enak

8. Hilang minat terhadap makanan atau minuman kesukaan

9. Tidak taham atau alahan sesetengah bau yg sebelum ini tidak menjadi masalah

10. Kerap ke tandas dan sukar membuang air besar

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas, TAHNIAH!
Cepat-cepatlah buat UPT & berjumpa dgn doktor utk pengesahan!