Followers

Tuesday, October 11, 2016

CONTOH LATIHAN KATA HUBUNG GABUNGAN

  Lengkapkan petikan di bawah dengan kata hubung gabungan yang betul.
   
    Penduduk Kampung Jaya telah menganjurkan program gotong-royong supaya kawasan taman mereka bersih ______ indah. Mereka mencuci longkang, memungut sampah, mengecat dinding dewan dan memotong rumput yang panjang. Ahmad ______ kawan-kawannya turut sama membantu mengindahkan kawasan taman perumahan mereka. Aktiviti ini bukan sahaja terdiri daripada orang dewasa ______ semua penduduk menyertainya. Aktiviti ini telah dilakukan sejak lima tahun yang lalu. Penduduk juga dapat mengeratkan hubungan ______ beramah mesra. Ayah bersama kaum lelaki membersihkan dewan ______ ibu pula menyediakan hidangan tengah hari. Pelbagai lauk-pauk ______ kuih-muih juga disumbangkan oleh penduduk di situ. Ahmad turut sama membantu ayahnya memungut sampah ______ memasukkannya ke dalam plastik hitam. Setelah selesai gotong-royong, mereka _____ mencuci tangan dan menjamah makanan yang disediakan.


serta      dan      malahan     sementara     sambil      atau     seterusnya      kemudian

No comments:

Post a Comment