Followers

Saturday, December 31, 2011

Atasi Masalah Senggugut


Sebahagian wanita mengalami kesakitan senggugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah :

Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 



Petua 3

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 4



Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.



Friday, December 30, 2011

CENGKIH PENAWAR SAKIT GIGI


Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum cengkih pada tempat yang sakit. 


Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insyaallah, sakit beransur kurang.


Apa khasiat buah ini?


  • Ramai menyukai tembikai dan menjadikan buah tempatan ini sebagai pilihan utama. isinya berwarna merah dan kuning, berair seta manis sudah cukup untuk membangkitkan selera anda untuk menikmatinya. 

  • Citrullus Lanatus atau dikenali sebagai timun cina di negeri Pantai timur, semangka atau tembikai merupakan pokok menjalar termasuk dalam keluarga Cucurbitaceae.
  • Tembikai diperkaya dengan vitamin A & C, zink, magnesium, asid folik dan galian lain yang dipercayai berguna dalam bidang perubatan.
  • Buah yang berasal dari Afrika ini dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah serta mengatasi masalah ginjal, penyakit paru-paru, masalah kulit dan sakit kepala
  • Sementara itu, jus yang didapati daripada buah ini dapat membekalkan tenaga dan amat sesuai diminum oleh mereka yang baru sembuh sakit, mengubati kesakitan tekak, mengurangkan demam kuning serta mengeluarkan angin.
  • Manakala biji tembikai boleh diminum bagi melawaskan pembuangan air kecil dan besar dengan cara mengisarkannya terlebih dahulu. Masalah pada sistem pernafasan dan penghadaman juga dapat diatasi. 
  • Dipercayai, biji buah yang dihancur dan dikeringkan dapat mengubati penyakit salur kencing.
  • Tembikai biasanya dimakan sebelum mengambil makanan berat kerana ia berfungsi membersihkan perut
  • Mengandungi 92% air dan 8% gula. Buah ini bersifat antioksidan lycopene, beta karotena yang dikatakan boleh menghindarkan pelbagai penyakit terutama sekali kanser
  • Tembikai juga kaya dengan kandungan kalsium tinggi yang berfaedah untuk menghalang kolestrol yang selalunya melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri
  • Jika rajin mengamalkan meminum jus tembikai setiap hari, ia dapat menolong menghilangkan kesan toksik dalam badan dan seterusnya melancarkan lagi pengaliran darah

Thursday, December 29, 2011

Jom join Faceblog! Menarik nampak!

JOM JOIN THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR 

UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI 

SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN 

BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH 

MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, FACEBLOG JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG 

SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA 

BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN 

IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA 

MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


Edit

Tips Memilih Buah-buahan Segar


Apabila membeli buah-buahan, ia hendaklah tujuan untuk dimakan pada hari dibeli atau pada hari esok.Jangan membeli buah-buahan secara berlebih-lebihan, walaupun harganya murah, kerana : 


Buah-buahan tempatan tidak tahan lama jika disimpan lebih daripada tiga hari. Rasanya juga menjadi kurang sedap. 


Cara memilih buah-buahan :


Beli buah-buahan pada musim buah-buahan agar dapat buah-buahan yang lebih bermutu. 
apabila membeli betik atau pisang, janganlah dipicit-picit. Perbuatan ini akan menyebabkan buah-buahan tersebut, lebam, rosak dan cepat busuk.


Jangan membeli ketika pembeli lain sedang ramai atau berebut-rebut membeli kerana :

  • Harga menjadi lebih mahal.
  • Tidak dapat membuat pilihan dengan teliti.

Perhatikan keadaan buah-buahan tersebut :

  • Keseluruhan buah-buahan tersebut kelihatan segar dan tidak layu. 
  • Rasanya berat.
  • Tidak terdapat bekas terpotong, digigit ulat atu binatang.
  • Tampuknya tidak mempunyai tanda menunjukkan telah lama dipetik atau telah lama diperam.

Petua mengenali nanas yang masak :

  • Mata-matanya tidak berapa timbul lagi.
  • Jambul atu kumpulan daun-daun yang tumbuh di hujung nanas mudah ditanggalkan.
  • Warna nanas itu kelihatan menunjukkan warna-warnanya yang tertentu, iaitu kuning tua, kuning keemas-emasan atau kuning kemerah-merahan.


Petua mengenali tembikai yang masak :

  • Kulitnya agak licin.
  • Pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung warnanya putih kuning air.


Sekiranya tembikai itu telah dibelah, pastikan :

  • Jangan mudah terpengaruh dengan warna merah kerana ia mungkin dibalut dengan plastik yang berwarna merah.
  • Warna tembikai yang asli kelihatan merah berseri, bukannya pucat. manakal isinya pejal dan roinga-rongganya kasar.
  • Biji-biji isinya berwarna perang tua ataupun hitam dan agak keras.

Biar Otak BERFIKIR



Inginkan otak yang terus tajam dan ligat?? Kuncinya ialah melatih otak untuk berfikir. Latih otak untuk mempelajari bahasa asing, mengisi teka silang kata, menyusun jingsaw puzzle dan bermain 'Saidina' mahupun 'Sahiba'. 


Semuanya adalah cara untuk terus mengasah kemampuan otak. Oleh itu, daripada buat kerja tidak berfaedah, mainlah permainan yang boleh menguji minda!


Wednesday, December 28, 2011

KAWAL STRESS DENGAN MUZIK

Muzik dan emosi ibarat isi dan kuku. Malah siapa sangka muzik juga merupakan salah satu terapi yang mudah untuk menenangkan diri ketika mengalami stress. 
Ada kajian yang mengatakan bahawa setiap alat muzik yang menghasilkan bunyi memberi satu deria rasa kepada manusia malah cas-cas positif tersebut akan dihantar ke otak agar memberi isyarat kepada pergerakan badan untuk jadi lebih tenang.



Tuesday, December 27, 2011

HADIAH PUNCA REDAKAN AMARAH

Melayari dunia percintaan kadang kala ada pasang surutnya. Ada kalanya si jejaka bingung bagaimana cara terbaik untuk meredakan amarah insan tersayang. 
Sebenarnya rasa marah itu boleh diredakan dengan cara memberi hadiah. 
Bukankah ia satu cara yang mudah?? Tidak perlu barangan yang terlalu mahal. Cara kamu memberikan hadiah kepada si dia nyata mampu melembutkan insan tersayang. Pasti si dia tenang menerima cintamu kembali !





Monday, December 26, 2011

Jom Check Tarikh Birthday Ikut Tahun Islam


Hari ni, 27 Disember untuk tarikh Masihi..Tapi kita 

ingat tak berapa tarikh islam hari ni..?? Bila 

birthday kita ek..?? Selalunya, kita mesti ingat

 tarikh Birthday kita mengikut tahun Masihi..Tapi 

, bila tarikh Birthday kita mengikut Tahun islam..?? 

Jom kita semak Tarikh Birthday kita mengikut 

Tahun islam...Sungguh Menarik..!! 



Cara Kaya Tanpa Berhenti Belanja

Pasti ramai yang teruja dengan tajuk di atas. Mana tidaknya, tetap kaya walaupun aktiviti membeli belah diteruskan. Benarkah ianya boleh berlaku? 
Memang benar jangan terburu-buru memutuskan untuk tidak akan sama sekali keluar membeli belah. Anda masih boleh berbelanja dengan dompet yang masih ada isi dan masih boleh menabung tiap-tiap bulan. Jika kamu ingin bijak dalam mengelola kewangan, sebaiknya semak trik di bawah : 


PERLU ADA PERANCANGAN
Sebelum keluar membeli belah, buatlah perancangan yang matang, ke mana anda akan berbelanja, dengan siapa, naik apa dan berapa yang harus kamu keluarkan, 
Jangan malas untuk membuat perancangan ini sebelum keluar membeli belah kerana ini yang akan mengawal diri untuk berbelanja. Bukan itu sahaja, kemungkinan untuk ada pengeluaran tambahan semakin kecil.


HARGAI SETIAP BAKI WANG PULANGAN
Kebanyakan orang apabila ada baki wang dari jurujual kalau jumlahnya 10sen atau 5sen pasti macam tidak kisah. Malah ada yang meninggalkan sahaja baki tersebut. Jangan meremehkan hal ini. Mungkin hari ini jumlahnya tidak banyak tetapi jika disimpan dan dikira dalam seminggu jumlahnya pasti boleh menjadi besar. 
Jadi, setiap baki wang itu perlulah diambil serta disimpan di tempat yang sama dengan wang-wang lain. Jangan hanya memasukkan sahaja di tempat yang anda sendiri tidak ingat di mana letaknya.


GUNAKAN KAD DEBIT
Kamu juga boleh menggunakan kad debit untuk pembayaran ketika membeli belah bagi menghadkan lagi pembelian serta mengawal diri agar tidak terlalu ghairah bila berbelanja.


LUPUSKAN KAD KREDIT
Bunga kad kredit sememangnya sangat tinggi apalagi jika anda hanya membayar tahap minimum. Jadi, andai anda tidak mahu berhadapan dengan masalah kewangan di kemudian hari, lupuskan semua kad kredit yang kamu ada dan lunaskan segala hutang-hutang tersebut.

WAKTU YANG SESUAI
Sebaiknya andai misi kamu untuk membeli atau membeli belah, elakkan keluar waktu makan tengah hari atau malam. Andai kamu keluar pada waktu berikut, bajet terpaksa disediakan untuk makan dan secara tidak lansung akan menambahkan lagi masalah kewangan kamu. Jadi, misi perlu jelas agar tidak over bajet!


JANGAN IMPULSIF
Pengeluaran yang berlebihan sebenarnya terjadi kerana sistem belanja yang impulsif. Cubalah tengok isi dompet, isi almari baju dan barang solekan yang kamu ada. 
Kiralah ada berapa jumlah barang yang jika kamu tidak memiliki akan membuat hidup kacau bilau dan menderita. Pasti tidak ada kan? Jadi beli barang-barang yang benar-benar untuk kegunaannya bukan kerana ikut nafsu membeli.




Sunday, December 25, 2011

Lidah Kelu Semasa Nyawa Sedang Dicabut


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut’
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..”
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? 
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. sumber
Jadi, ketika senyap menghormati azan, sunat kita menjawab azan :


Ada 4 adab ketika Azan berkumandang, kita sering buat-buat tak tahu. Jom berubah, tak nak bila dah mati esok Allah kelukan lidah nak ucap kalimah syahadah... : 
  • Jangan berbual, berborak, bergelak ketawa !
  • Off / mute TV, Radio, MP3, MP4, VideoGame, PS3, Xbox ... !
  • Jawab Azan !
  • Segera ke Masjid bagi yang lelaki, dan segera solat bagi perempuan 
Bila habis Azan, jangan lupa baca doa habis Azan tu. Kalau nak buat doa hajat apa-apa...doalah ketika habis azan tu.. sumber

Doa selepas azan :


(Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mii'ad.)

Maksudnya: "Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. " sumber


Ibu sihat, anak cerdas



Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting adalah apa yang anda makan. Ibu yang sedang hamil digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Tujuannya adalah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat, mengekalkan kesihatan ibu dan sebagainya. antara pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan adalah :


Telur - kaya protein


Ikan salmon - kaya sumber Omega-3


Kekacang - tinggi serat & protein


Keledek - sumber vitamin A, C, folat dan serta


Bertih jagung atau sebarang biji-bijian - tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient


Kacang walnuts - kaya sumber omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari telur atau ikan)


Yogurt - sumber kalsium


Sayuran berdaun hijau - kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.


Daging tanpa lemak - kualiti protein terbaik


Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni - dapat memastikan bayi mendapat kepelbagaian sumber nutrien. 


Saturday, December 24, 2011

‘Cinta Pandang Pertama’


‘Emak,  Cikgu Aliah tu baik la mak… semua orang suka kat dia’. Kata-kata itu keluarnya dari mulut seorang murid Tahun 3 sekolah rendah. Apa istimewanya Cikgu Aliah? Dia sama sahaja dengan guru-guru pelatih lain yang sama-sama menjalani praktikum di sekolah berkenaan.

Cikgu Aliah apabila menjejakkan kakinya di sekolah, beliau tidak pernah bermasam muka. Jalannya penuh sopan namun bergerak aktif sepanjang berada di sekolah. Tingkahlaku inilah yang membuatkan anak muridnya menyukai beliau walaupun dia tidak banyak berinteraksi dengan murid-muridnya di luar bilik darjah. 

Masa terluangnya digunakan untuk persediaan mengajar pada keesokan harinya. Namun kesempatan berinteraksi dalam kelas bersama anak-anak muridnya digunakan sepenuhnya dan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tingkahlaku inilah yang disebut sebagai komunikasi bukan lisan (non verbal communication) yang dipamerkan oleh Cikgu Aliah. 

Adakah anda mempunyai ciri-ciri komunikasi bukan lisan yang berkesan? Antara komunikasi bukan lisan yang berkesan ialah : -
  • Beri perhatian apabila murid anda ingin menyatakan  sesuatu kepada anda
  • Berdepan dengannya semasa dia bercakap
  • Sesekali pandang matanya
  • Beri anggukan sesekali menandakan anda mendengarnya
  • Senyum, jangan nampakkan kegelisahan anda walaupun  anda ada urusan lain

Inilah yang dikatakan murid ‘jatuh cinta’ dengan gurunya pada pandangan pertama hasil daripada komunikasi bukan lisan yang berkesan yang dipamerkan oleh gurunya. 

Jadilah pandangan yang pertama itu (first impression) pandangan yang boleh menarik anak didik kita untuk terus ‘meminati kita’ dan seterusnya meminati mata pelajaran yang diikuti. 

Nawaitu kita tidak lain tidak bukan hanyalah ingin melihat anak didik kita berjaya dan menjadi manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan ! -unit kaunseling-

Selamat mencuba pendidik-pendidik sekalian :)

Friday, December 23, 2011

Jaminan Kehidupan Sihat


Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Jom kita lihat  piramid makanan di sini.

Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?
Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia. 

Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.

Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.

Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.

Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut. Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.

Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.
Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :
  • Kalori.
  • Lemak.
  • Kolesterol.
  • Natrium.
  • Protein.
Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah. Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak. sumber

 Lampiran berita :

untuk pembacaan lebih jelas : mesti baca

Ketahui permakanan yang seimbang untuk menjamin kehidupan yang sihat di sini : cara hidup sihat

Perut Punca Segala Penyakit


Perut asyik meragam? Kamu kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kamu sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Ini mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang berbahaya. Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W, “Perut manusia ini tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala perubatan”.

Perut merupakan salah satu daripada tempat yang menjadi sarang penyakit. Terdapat 6 punca penyebab penyakit perut.

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu, jagalah pemakanan supaya ia dapat menghindari diri daripada segala penyakit yang berbentuk kronik atau sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan. Sabda Rasulullah S.A.W juga ada menyebut bahawa, “Berpuasalah kamu nescaya kamu akan menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)