Followers

Friday, August 17, 2012

Faedah Puasa Enam Di Bulan Syawal


Ibnu Rajab r.a menyebutkan beberapa faedah antaranya :

1.      Berpuasa enam di bulan Syawal setelah Ramadhan akan menyempurnakan ganjaran berpuasa setahun penuh.
2.      Puasa Syawal dan puasa Syaaban seperti halnya solat rawatib qabliah dan ba’diah. Amalkan sunat seperti ini akan menyempurnakan kekurangan dan cacat yang ada dalam amalan wajib. Setiap orang pasti memiliki kekurangan dalam amalan wajib. Amalan sunat inilah yang akan menyempurnakannya.
3.      Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan adalah tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan. Sebab jika Allah menerima amalan hamba, maka Dia akan memberi taufik pada amalan soleh selanjutnya.
4.      Begitu pula orang yang melaksanakan kebaikan lalu melakukan keburukan maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan yang pertama.
5.      Disebabkan Allah telah memberi taufik dan menolong kita untuk melaksanakan puasa Ramadhan serta berjanji mengampuni dosa kita yang telah lalu, maka hendaklah kita mensyukuri hal ini dengan melaksanakan solat malam, di siang harinya mereka berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah atas taufik yang diberikan.
6.      Sungguh beruntung sekali jika kita dapat melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal, ini sungguh keutamaan yang luar biasa. Marilah kita melaksanakan puasa tersebut demi mengharapkan rahmat dan ampunan Allah.
7.      Lebih baik bagi seseorang yang masih memiliki qada’ (puasa ganti) puasa Ramadhan untuk menunaikannya daripada melakukan puasa Syawal. Sebabnya, tentu sahaja perkara yang wajib harus diutamakan daripada perkara sunat.



Thursday, August 16, 2012

Hukum Memutihkan Gigi



Adalah diizinkan untuk berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi. Ini bukanlah satu perbuatan mengubah ciptaan Allah. Kamu hanya mengembalikan gigi kamu kepada keadaannya yang asal dengan menghilangkan kotoran asing yang terdapat padanya. Dan Allah mengetahui yang terbaik.

(Dijawab oleh Sheikh Husayn al-Jaburi, Professor di Universiti Umm al-Qura)


Wednesday, August 1, 2012

Mesej Pemakanan Semasa Ramadhan




Bahasa MalaysiaBahasa Inggeris
Mesej 1 Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 1 Limit sweet drinks when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan..
Mesej 2 Gantikan kuih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 2 Replace sweet kuih with fruits when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 3 Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan kuih dan pengat. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 3 Use less sugar when making kuih and pengat. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 4 Hadkan hanya satu masakan bersantan atau bergoreng semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 4 Limit to only one santan or fried dish when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 5 Kurangkan minyak ketika menggoreng nasi, mi, mihun dan kuetiau. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Mesej 5 Use less oil when frying rice, noodle, mihun andkuetiau. Practise healthy eating during Ramadhan
Mesej 6 Buang minyak berlebihan dalam kari, sambal tumis dan masakan goreng berlada. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 6 Remove excess oil in curry, sambal tumis and goreng berlada dishes. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 7 Elakkan daripada mengambil telur masin dan ikan masin setiap hari. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.Message 7 Avoid eating salted fish and salted eggs every day. Practise healthy eating during Ramadhan.
Mesej 8 Elakkan makanan dan minuman yang disedia menggunakan pewarna tiruan.