Followers

Thursday, June 14, 2012

Dua Produk Kesihatan Yang Bahaya


Utusan Malaysia
Khamis, 14/06/2012
Dua produk kesihatan bahaya
Kuala Lumpur 13 Jun - Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan produk kesihatan Kapsul Benkwat Ginseng Plus 500 mg dan JT Cordyceps Mycelium kerana dikesan mengandungi bahan campuran palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, kedua-dua produk itu dikesan mengandungi bahan campuran yohimbine dan thiodimethylsildenafilyang tidak dibenarkan bagi produk yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.
Katanya, penggunaan kedua-dua bahan itu sangat berbahaya sekiranya ia digunakan oleh orang awam terutamaya wanita hamil, pesakit darah tinggi, jantung, buah pinggang atau hati dan pesakit angina yang mengambil ubat nitrat.
"Pendaftaran kedua-dua produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 31 Mei lalu berikutan pengesanan bahan racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk tersebut.
"Justeru sebarang penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu harus dihentikan serta merta dan individu yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

1 comments:

  1. owh.. actually tak pernah tahu pun dua2 benda tu.
    hmmm.......

    ReplyDelete