Followers

Saturday, July 14, 2012

Tips Belajar Yang Paling Efektif

1. Suasana yang kondusif


Suasana pembelajaran berperanan penting untuk meningkatkan fokus kita sewaktu belajar. 'Tidak fokus' akan menyebabkan kita mengambil waktu belajar yang lebih lama dari yang sepatutnya. Sedangkan kita tahu, masa kita sendriri seperti tidak cukup 24 jam sehari. Matikan telefon, internet, laptop, TV dan lain-lain yang menganggu konsentrasi kita semasa belajar.


2. Masa belajar


Masa yang diperlukan untuk seseorang mengulangkaji pelajaran adalah subjektif. Jika kita fokus, masa yang diperlukan mungkin singkat. 3 jam sehari mungkin sudah mencukupi. Tetapi, ada juga yang memerlukan masa yang lebih panjang. Berlaku jujurlah sewaktu merancang masa mengikut kapasiti diri. Semua orang berbeza kemampuannya.


3. Tidak bertangguh




Sikap bertangguh ini adalah suatu penyakit!! Bila sekali kita bertangguh, kita akan berasa selesa untuk bertangguh. Antara cara untuk mengatasi sikap bertangguh ini adalah, apabila rasa nak bertangguh sahaja, cuba berjanji pada diri untuk belajar selama 15 minit shaja. Percayalah anda tidak akan berhenti belajar setelah memulakannya. Ini berdasarkan hukum Newton pertama yang menyatakan suatu benada akan kekal berada dalam sifatnya sama ada pegun atau bergerak. Jika kita sudah mula bergerak untuk belajar, maka InsyaAllah kita tidak akan berhenti melakukannya. Senang bukan??


4. Badan yang sihat


Selain daripada minat terhadap pelajaran yang diambil, kesihatan dan kecergasan tubuh badan juga memainkan peranan penting. Amalkan senaman yang tetap seperti berjoging selama 20 minit, 3 kali seminggu. Selain itu, elakkan makan makanan yang tidak sihat, seperti mi segera, kopi juga air berkafien tinggi. Tidak dilupakan, waktu tidur dan qiyamullail yang teratur juga membantu kecergasan badan dan kecerdasan minda.


5. Gol dan hadiah


Untuk mendorong kita bersungguh ketika mengulangkaji, letakkan gol yang mesti dicapai setiap kali belajar. Contoh : "hari ini saya akan menghabiskan satu topik dalam masa 2 jam. saya akan pastikan saya faham dan boleh mengajarnya semula". Untuk lebih memotivasikan diri, hadiahkan diri kita dengan sesuatu yang kita sukai seperti membeli aiskrim atau buku jika berjaya mencapai gol yang ditetapkan.


6. Membuat dan menyusun nota


Membuat nota ketika belajar dapat menguatkan ingatan terhadap apa yang dipelajari. Jadikan nota anda itu menarik dan cantik. Boleh jadi anda penuhkan dengan sesuatu visual dan grafik, boleh juga menggunakan peta minda dan boleh juga menulis nota pendek dengan menggunakan warna pen yang berbeza. Paling penting, nota itu mampu membantu anda untuk menghafal.




7. Tidak malu bertanya


Sekiranya anda sukar memahami sesuatu subjek, jangan malu untuk bertanya!! Anda juga boleh mengadakan sesi belajar secara berkumpulan. Elakkan dari berbual-bual mengenai perkara yang tidak sepatutnya. Rajinkan diri untuk bertanya kepada guru jika hasil perbincangan tidak mampu menyelesaikan masalah.


8. Tingkatkan daya ingatan


Keberkatan ilmu dan juga permakanan adalah faktor penting dalam keupayaan ingatan kita. Perlu ada niat yang ikhlas ketika belajar dan jauhkan diri dari mencaci guru kita. Diet yang sihat dan mengikut sunnah nabi juga digalakkan untuk menguatkan minda dan ingatan. Begitu juga menghafal Al-quran mampu meningkatkan daya ingatan.

9. Hubnngan baik dengan Allah
 
Mana mungkin kita akan sedar tanggungjawab kita yang besar sebagai pelajar dan juga da'ie jika hubungan kita dengan Allah longgar? Bagaimana kita mahu bersungguh-sungguh dalam pelajaran jika dalam beribadah pun kita tidak bersungguh-sungguh? Bagaimana kita hendak berjaya jika kita tidak yakin yang kejayaan itu sesungguhnya datang daripada Allah? Dia akan memudahkan urusan kita. Bangunlah bersolat tahajud dan perbanyakkan doa. Kebergantungan kita kepada Allah adalah suatu perkara yang penting dan tidak boleh kita remehkan, ilmu datangnya daripada Allah. 




1 comments:

  1. yer... kena ada gol ... dan senarai.
    sellau kalau byk kerja. leeza akn buat senarai. setiap yg dh siap. di tick...
    dan dlm sehari mesti ckp aku kena habiskan kerja2 ni.

    ReplyDelete