Followers

Tuesday, May 28, 2013

Yasmin Hani Umum Hamil Anak Pertama Di Instagram

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Tahniah diucapakan kepada pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani yang baru sahaja mengumumkan yang dia kini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan Shaarin Blackrose.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Instagram milik Yasmin sendiri. Menerusi status di Instagram miliknya, Yasmin, 33, memberitahu dia kini telah hamil 16 minggu dan meminta semua peminat dan orang yang mengenalinya supaya mendoakan segala kebaikan buat bayi yang bakal yang lahir dan juga kesejahteraan mereka suami isteri.

Berikut adalah status yang dimuat naik Yasmin di Instagram miliknya:
@yasminhani Hello everyone!! Today is a special day coz we decided its time to share this great news with all of u. Syukur Alhamdulillah we r blessed as we will welcoming a new member to our family!! I am now 16 weeks (Picture was taken way before) Please doakan yg baik2 utk bakal baby yg akan lahir dan kami juga, Amin. Much love from us.

Dari portal Murai, tahniah kami ucapkan dan berita baik ini muncul di saat Yasmin Hani akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke 34, 11 Jun ini.

Yasmin Hani atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson selamat diijabkabulkan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong dalam satu majlis akad nikah pada 21 Oktober 2011. Majlis resepsi kemudiannya diadakan di Duchess Place Jalan Ampang pada hari yang sama. SUMBER - MURAI.COM

No comments:

Post a Comment