Followers

Friday, June 7, 2013

Tips untuk pasangan memastikan kerukunan rumah tangga

  • Paling utama adalah memupuk dan menyamai keimanan yg tinggi dalam ahli keluarga. Sebagai suami dan khalifah dalam keluarga, sepatutnya berusaha mendapatkan ilmu yang berkaitan dgn agama bagi membimbing keluarga di jalan yg diredhai Allah S.W.T.
  • Suami dan isteri hendaklah sama-sama merancang, menyusun dan melaksanakan aktiviti dalam rumah tangga dan menjadikan tugas ini sebagai tanggungjawab bersama tanpa ada sikap salah menyalahi antara satu sama lain.
  • Sentiasa prihatin mengenai kesusahan satu pihak sama ada kesusahan suami sebagai ketua keluarga dan pencari rezeki utama dalam keluarga atau kesusahan isteri sebagai pengurus rumah tangga. amat penting jika ada perasaan saling menghormati satu sama lain. 
  • Menggalakkan komunikasi secara terbuka antara pasangan tanpa menyembunyikan rasa tidak puas hati antara satu sama lain dan sentiasa bersedia berbincang secara berhemah jika ada yg perlu dibincangkan.
  • Jangan sesekali menceritakan mengenai masalah rumah tangga kepada orang ketiga kerana ini akan mengundang kemurkaan Allah SWT kerana membuka rahsia rumah tangga kepada orang lain. Apatah lagi jika orang ketiga itu tidak boleh dipercayai dan mengambil peluang utk memporak-pernadakan rumah tangga mereka.

  • Cuba menerima kelemahan pasangan dan jika ada peluang, sama-sama memperbaiki kelemahan masing-masing.
  • Suami isteri hendaklah menerima teguran dan pandangan secara terbuka.
  • Elakkan daripada wujudnya persaingan atau pertandingan antara pasangan yang akan membibitkan rasa tidak puas hati apabila salah seorang akan lebih baik. Seharusnya sama-sama memberi semangat dan peransang kepada satu sama lain dalam apa jua kerja yg dilakukan.
  • Wujudkan sikap selamat dan menyelematkan antara satu sama lain khususnya dalam mencari keredhaan Allah SWT. Jika suami melihat isteri dan anak-anaknya lalai dan cetek ilmu agama, suami sepatutnya menegur dengan baik dan cuba perbaiki. Begitu juga isteri, perlu mengingatkan suami jika ia terlalai utk menjalankan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT dan keluarga.
  • Lakukan aktiviti riadah dan menguruskan rumah tangga secara bersama (suami isteri) atau berpasukan (bersama anak-anak).
  • Suami atau ayah seharusnya dari semasa ke semasa memberi tazkirah kepada isteri dan anak-anak bagi mengingatkan mereka mengenai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga. 

No comments:

Post a Comment