Followers

Tuesday, December 11, 2012

Ketahui 10 cara untuk otak cerdas

Makanan penting bagi setiap manusia kerana ia sumber tenaga untuk meneruskan kelansungan hidup mereka. Namun, nutrien semua makanan boleh diambil begitu sahaja terutama menjelang hari penting seperti peperiksaan atau sebagainya.

Dalam proses perkembangan otak, terdapat banyak makanan berkhasiat yg boleh diambil. Berikut ialah 10 juadah berkhasiat bagi membantu perkembangan otak dan sekali gus sebagai persiapan untuk anda menghadapi peperiksaan. 

1. Coklat


Coklat atau koko telah dibuktikan sangat berkhasiat utk otak. Secara mudah, coklat mampu meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus memberi kecerdasan pada otak.

2. Madu 


Madu dan kesihatan bukanlah sesuatu yang baru, malah turut digelar Raja Ubat kerana kemampuan madu menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu juga membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental anda. Selain itu, madu turut menghindarkan kepenatan pada otak yang melakukan banyak kerja. 

3. Kismis 


Kismis membekalkan zat besi utk pertambahan darah bagi memastikan bekalan oksigen ke otak mencukupi. Hasilnya kismis membantu masalah mengantuk, pelupa, lembap dan lemah dalam berfikir. 

4. Susu segar


Susu mengandungi 3 elemen yang membantu pertumbuhan badan dan otak iaitu air. keju dan lemak. Susu tidak hanya membekalkan kalsium pada tulang, tetapi turut menguatkan ingatan, memberi tenaga fizikal dan mental. Malah, susu juga ialah penawar utk menghindari masalah lupa. 

5. Daun salad


Makan daun salad dapat menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan. Apabila sistem pernafasan lancar, kamu akan berasa lebih tenang dan mudah untuk mengulangkaji pelajaran. 

6. Teh


teh mengandungi sejenis bahan yg dikenali sebagai Catechins yang berfungsi utk mengekalkan kesegaran minda anda kerana ia sebagai ejen yg membenarkan otak kamu berehat dan membantu melawan keletihan mental. Jadi, bolehlah amalkan minum secawan teh setiap pagi.

7. Telur


Telur juga merupakan salah satu makanan yg menyumbang kpd kecerdasan otak. Makanan ini mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Telur terutama kuning telur bukan sahaja mampu mengatasi kelemahan tenaga fizikal tetapi juga minda.

8. Mangga


Buah mangga bukan sahaja enak utk dimakan, tetapi juga mengandungi khasiat yg baik utk otak. Kandungan jumlah asid glumatik yg cukup ini sangat berguna khususnya utk meningkatkan daya ingatan. 

9. Tiram


Menurut kajian, makanan laut ini boleh menajamkan fikiran dan meningkatkan kebolehan utk meningkatkan kembali maklumat yg diperoleh dgn mudah. Hal ini kerana, tiram mengandungi zink dan zat besi yg membantu daya ingatan anda.

10. Air

Air selalu juga dikaitkan dengan bahan yang boleh mengelak penyakit. Air berfungsi utk mengeluarkan kotoran, membersih dan mengalirkan darah serta zat ke seluruh badan. Amalkan minum air sebanyak 8 gelas sehari utk membantu kecerdasan minda anda. 



jom amalkan ! 

Sumber : disalin dari surat khabar Utusan Malaysia, 3 Nov 2012.

No comments:

Post a Comment