Followers

Sunday, January 27, 2013

Cara Kekal Sihat Semasa Bercuti

Masa cuti adalah masa yang paling seronok dan paling ditunggu-tunggu untuk bersama yang tercinta. Pasti ramai yang akan berjalan ke kampung ataupunbercuti ke destinasi pilihan. Dugaan dan cabaran untuk menjaga pemakanan pastiada. Ada caranya untuk kekal sihat semasa bercuti antaranya ialah:

Minum Air Kosong

Air kosong adalah sangat penting untuk tubuh anda. 8 gelas sehari amat penting tetapi lebihkan jumlah tersebut apabila dalam perjalanan atau percutian. Elakkan diri anda daripada kekurangan air.

Jangan Mudah Manjakan Diri

Memang bagus dapat berjalan di pusat membeli belah atau menghabiskan masa berjalan di persisiran pantai. Tetapi jangan sesekali terperangkap dengan “aku boleh makan ni. Penat dah berjalan.” Kawal nafsu makan kerana bukan mudah untuk membakar kalori yang ada.



Bawa Snek yang Sihat

Snek di antara waktu makan utama adalah penting untuk mengelakkan makan berlebihan. Bawalah makanan yang mudah dan berkhasiat di dalam beg anda seperti buah, kekacang ataupun granola bar.

Tidur Mencukupi

Badan mudah mendapat penyakit sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi. Kalori juga dapat di bakar jika anda dapat tidur dengan secukupnya.

Jangan Terlebih Makan

Masa cuti semestinya banyak makanan yang enak boleh di masak atau didapati. Tapi ingat, jangan terlebih makan kerana bimbang perut menjadi tidakselesa dan bakal mengganggu percutian anda. Minum air kosong dahulu sebelummenikmati hidangan.

Amalkan gaya hidup sihat dan kekal sihat semasa bercuti supaya anda boleh menikmati percutian anda dengan lebih indah! 

SUMBER ARTIKEL by Kevin Zahri

No comments:

Post a Comment