Followers

Tuesday, March 26, 2013

Hati-hati beli makanan

Makanan atau jajan di pinggir jalan kadangkala menggiurkan, apatah lagi ketika sedang berjalan-jalan atau melancong.
Harga setiap hidangan yang ditawarkan biasanya lebih murah berbanding di restoran, sekali gus menjimatkan perbelanjaan ketika melancong. 
Teruja dengan keenakan kulinari pinggir jalan, jangan lupa memerhatikan kesesuaian serta kebersihan makanan demi kesihatan perut. 

Jangan nanti, anda terpaksa menghabiskan masa anda berehat di bilik dan bukannya berkunjung ke lokasi pelancongan disebabkan sakit perut, cirit- birit dan muntah-muntah.

Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menikmati keenakan makanan tempatan yang cukup istimewa dan menyelerakan.

Ia pasti menjadi satu kerugian jika tidak merasai masakan istimewa sesuatu tempat yang dikunjungi terutama anda penggemar makanan. 

Jom semak tip minggu ini. Ia mungkin dapat membantu anda ketika mahu menikmati keenakan makanan tempatan di destinasi pelancongan yang anda kunjungi. 


Kebersihan makanan 

Jika boleh, intai setiap bahan makanan yang disajikan. Apakah pembungkus makanannya bersih dan bahan mentah yang belum dimasak disimpan di tempat yang sesuai. 

Lihat juga peralatan yang digunakan oleh si peniaga. Adakah ia dicuci selepas digunakan atau sebaliknya. 


Lihat makanan yang sedang dimasak 

Biasanya penjual makanan di pinggir jalan akan memasak makanannya secara terbuka. Sehingga anda sendiri boleh melihat bagaimana proses makanan itu dimasak. 

Bagaimana ia mengolah makanan yang berasal dariPADA daging mentah atau minuman dengan ais. Dengan itu, anda boleh mempertimbangkan untuk membelinya atau 
sebaliknya. 


Memilih makanan sihat 

Tiada salah memilih makanan apa yang akan dibeli. Ini kerana, tidak semua jajan yang dijual me–nyihatkan terutama makanan bergoreng. 

Oleh itu, jika membeli makanan di tepi jalan, cubalah membeli makanan daripada sumber sayuran atau buah-buahan. selain menyihatkan, anda mungkin terhindar daripada mengalami sakit perut. 


Lihat kebersihan peniaga dan kawasan sekitar 

Demi menjaga kesihatan perut, melihat kebersihan si peniaga adalah perlu. Ini kerana, penjagaan kebersihan ketika menyediakan makanan juga perlu di ambil kira. 

Jika peniaga itu tidak menjaga kebersihan diri, bagaimana pula dengan kebersihan makanan yang dijualnya. 

Kebersihan kawasan sekitar juga perlu dititikberatkan. Jangan hanya kerana terlalu terliur dengan makanan yang dijual, anda mengambil enteng kebersihan kawasan sekitar kedai atau warung tepi jalan itu. 


Membawa peralatan makan sendiri 

Kita tidak pernah tahu apakah sudu atau garpu yang digunakan dicuci dengan bersih atau tidak. Justeru, bagi mengelak sebarang masalah, anda mungkin boleh mempersiapkan diri dengan membawa alat makan sendiri untuk menjaga kebersihan.

No comments:

Post a Comment