1. Bagi pasangan Muslim, solat berjemaah bersama adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Berdoa bersama meminta kepada Allah agar memelihara hubungan anda dan pasangan serta mengurniakan kebahagiaan dalam perkahwinan.

  1. Sesekali berbual tentang kenangan zaman percintaan anda berdua. Tentu banyak kisah manis yang boleh diimbas kembali selain kisah lucu yang pasti membuatkan anda berdua tertawa mengenangkannya.

  1. Sentiasa mengambil tahu aktiviti seharian pasangan. Keprihatinan yang ditunjukkan membuatkan anda berdua saling menyayangi antara satu sama lain.

  1. Jangan lupa mengucapkan kata-kata ‘saya sayang awak’ atau ‘saya cintakan awak’ setiap hari. Dengan cara ini pasti hubungan cinta kalian berdua tetap utuh dan manis selamanya.

  1. Pelukan dan ciuman juga mampu mengeratkan hubungan intim suami isteri. Jika sudah lama tidak memberikan pelukan kepada suami atau isteri, segera lakukan!

  1. Sentiasa mengucapkan kata-kata maaf setiap kali melakukan kesalahan dengan pasangan kerana ia adalah kunci kebahagiaan.