Followers

Friday, October 17, 2014

Cara mudah cerahkan kulit


1. Biasakan diri makan ikan salmon dan sayur-sayuran hijau seperti bayam. Walaupun mahal, namun lemak baik yang ada dalam ikan salmon dan sayur-sayuran boleh memperbaharui sel kulit terbakar (sunburn) atau rosak.

2. Untuk penjagaan kulit badan, gunakan pelembap kulit atau moisturize untuk membantu tona kulit kembali ke asal, apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari yang banyak. Bila perlu, tambah serbuk penaik (baking soda) dalam air mandian. Cuci kulit yang hangus dengan air tersebut.

3. Amalkan pengambilan vitamin C dan vitamin E secara rutin untuk mengembalikan kecantikan serta kesegaran kulit anda.

4. Untuk memutihkan kulit anda dari dalam, ambil 1 sudu makan jus mentimun dan campuran 1 sudu makan susu. Bahan-bahan ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Sapukan pada wajah dan biarkan ianya kering sebelum dicuci dengan air suam. Ianya membantu memperbaiki tekstur dan kualiti kulit secara konsisten.

5. Ambil 1 sudu makan yogurt segar, dan campurkan dengan 1/2 sudu makan madu. Oleskan pada wajah selama 10-15 minit. Kesannya, ianya akan mencerahkan kulit dan tona kulit akan menjadi sekata jika diamalkan secara konsisten. Ia juga sesuai diamalkan oleh pemilik apa sahaja jenis kulit.



sumber


No comments:

Post a Comment